✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail dan beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya mematikannya.
✐ Selepas semua makhluk
mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya
"Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?"
Tiada siapa yang
menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya
"Kepunyaan Allah Yang
Maha Esa lagi Maha Perkasa."
Ini menunjukkan kebesaran
dan keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun,
Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di
atas bumi putih, berupa padang Mahsyar
(umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup
melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz
Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka.
Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka
sangat takut dan bimbang tentang nasib dan masa depan yang akan mereka hadapi
kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang
menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap
manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah
huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang
tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk
terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul
semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari
berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di
bumi seperti keadaannya naik di hari kiamat nescaya seluruh bumi terbakar,
bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan
bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing.
Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga
kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar
yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus
selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan
perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih
dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang
mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada
bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak
dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang
ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air
matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat
lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan
mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara
"pergilah berjumpa
dengan para Nabi".
Maka mereka pun pergi mencari
para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi
usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan
kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s ., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s.
(semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa
Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu
nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda
Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar
bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana
mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit,
turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya
sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat
sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung
bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang
besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu
bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang
menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani
yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar.
Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang. Dalam bahasa
mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun
menundukkan kepala kerana takut. Lalu
dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher
pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk
dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah /
Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-
masing. Orang kafir dan munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim.
Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan
amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama
kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran
seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu
diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan
dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan
dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar,
mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk
menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab
untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang
diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka
seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia
akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada
dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha
Bijaksana.
✐ Setelah amalan
ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak
masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk
berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad
SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan
mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini
tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul
serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat
kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari
mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah
jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah
seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.
Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh
berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15,000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.
Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin,
menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya
disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke
dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di
kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang berjaya
melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-y
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
No comments:
Post a Comment