Firman Allah
Ta’ala: “Yang mempunyai berbagai-bagai warna.”
Tanaman dalam syurga itu banyak jenisnya.
Mengikut
Mujahid tanaman mempunyai banyak dahan dan ranting.
Sudah tentulah lebat buahnya yang boleh diambil bila-bila masa sahaja.
“Maka dengan
yang mana satu wahai jin dan manusia dalil-dalil dan ayat Tuhan kamu yang kamu
hendak bohongi.” Allah Ta’ala mencabar jin dan manusia mana satu ayat yang
tidak diyakini.
Mereka yang
beriman menjawab: “Kami tidak mahu bantah, kami percaya.”
“Di
dalam syurga ada dua mata air yang sentiasa mengalir dengan tidak berhenti-henti
mengeluarkan minuman yang lazat.”
Ada sungai
daripada air biasa, sungai bersusu, sungai bermadu,
sungai daripada air buah-buahan (arak yang tidak memabukkan).
Mengikut
al-Hasan yang diriwayatkan daripada Ibni Abas dengan makna TASNIM dan SALSABIL iaitu dua mata air yang mengalir
dalam syurga. Dasar sungai terdiri daripada batu-batu
merah delima dan permata hijau.
Tanahnya
kafur yang mengeluarkan bau harum dan dua tebingnya daripada zatfaran. Ini semua
adalah bau-bauan yang harum dan benda-benda yang cantik rupanya serta merupaka
perhiasan dalam syurga.
Ini hanya
sebutan. Pada hakikatnya syurga yang sebenar jauh
daripada itu. Syurga sebenar tidak pernah
dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah
terlintas dalam hati manusia.
Di dalam
syurga terdapat buah-buahan yang berbagai jenis.
Tiap-tiap satu buah-buahan itu bermacam-macam jenis pula, bermacam-macam rupa
dan rasanya berlainan.
“Maka dengan
yang mana satu ayat-ayat Tuhan kamu wahai jin dan manusia yang kamu hendak
buhungi.” Sila jawab wahai manusia dan jin.
“Mereka
bersandar di atas hamparan-hamparan dan menyandar, terdiri daripada sutra yang
tebal, dan buah-buahan dalam syurga boleh dipetik dalam keadaan berdiri, duduk
dan juga tidur.”
Itu keadaan
dalam syurga.
“Maka dengan
yang mana satu ayat-ayat Tuhan kamu wahai jin dan manusia yang kamu hendak
buhungi.” Sila kamu jawab wahai jin dan manusia.
Ini ialah makluman daripada Allah Ta’ala yang wajib kita
beriman walaupun kita tidak pernah melihatnya.
KULIAH
TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment