Firman Allah Ta’ala surah al-An’aam ayat 54:
“Jika
orang-orang beriman kepada ayat-ayat Kami (al-Quran) datang kepada kamu
ucapkanlah “SALAAMU ’ALAIKUM (selamat sejahtera bagimu)”. Tuhanmu telah
menetapkan bagi diri-Nya kasih sayang. (Iaitu) Bahawa barangsiapa berbuat
kejahatan kerana kejahilannya (tidak tahu / bodoh)
kemudian dia
bertaubat setelah itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Tafsiran:
Mengikut
ayat itu jika datang kepada kamu seorang beriman maka ucapkan kepada mereka
SALAAMU ’ALAIKUM
Disebut
dalam kitab sirah apabila nabi s.a.w. bersama para sahabat daripada Mekah ke
Madinah, bila sampai sahaja di Madinah nabi menyebut: “wahai manusia
sesungguhnya hendaklah kamu sebarkan salam.”
Ini satu
strategi yang cukup hebat bagaimana nabi s.a.w. melihat di antara golongan
muhajirin hendak dipersaudarakan dengan golongan ansyar terlebih dahulu nabi
memulakan dengan sebaran salam dan nabi hendak menyebarkan ke seluruh Madinah
agar golongan yang berada di kota Madinah berasa sejahteranya hidup kerana
ucapan salam itu merupakan barakah daripada Allah s.w.t.
Maka dengan
sebab itu kita melihat ucapan salam mulai merebak seluruh Madinah kerana
masing-masing terus menerus menyebarkan salam. Ini menyebabkan hubungan
golongan ansyar dan muhajirin semakin hari semakin rapat.
Ucapan salam
disebut juga oleh Allah s.w.t pada sifat Allah. Sembilan puluh sembilan nama
Allah termaktub dalam suratul Haj ayat 23: “Bila Allah Ta’ala menyatakan
sesungguhnya Dialah tuhan tiada tuhan yang disembah melainkan Dia, dan tuhan
al-Qudus dan tuhan yang sejahtera.”
Kalau inilah
perkataan yang disebut dalam al-Quran perkataan salam maka sudah tentulah
mukaddimah ayat-ayat di atas orang-orang yang mahukan kepada kebaikan dan mahu
berpanjangan sifat silatul rahim, hendaklah mereka menyebut salam banyak-banyak.
Allah
mengaku diri-Nya ada kasih dan sayang. Mereka menyayangi Allah dan Allah
menyayangi mereka. Mereka mencintaan Allah dan Allah mencintai mereka.
Nabi s.a.w. telah bersabda: “Mereka tidak
menyayangi maka mereka tidak akan disayangi.”
Ini
berlaku kepada al-Akrab bin Habih apabila anak-anak nabi yang dilihatnya nabi
bermesra dan begitulah dengan cucu-cucu nabi s.a.w. al-Akrab mengatakan aku
mempunyai sepuluh orang anak wahai Rasulullah tetapi tidak pernah menyayangi
dan mencintai dan mencium mereka.
Salam membawa maksud sejahtera. Sejahtera
ini adalah hak milik mutlak Allah SWT. Allahlah yang Maha Sejahtera. Diajar
kita bila kita hendak memulakan perbicaraan ucaplah salam. Pengantin baru pun
jika hendak masuk bilik hari pertama dengan isteri ucap ASSALAMU ALAIKUM wahai
isteri ku.
Mengikut kitab tafsir ASSALAMU ALAIKUM ini
adalah satu doa memohon keselamatan sahabat kita, saudara kita atau orang-orang
yang kita beri salam. Jadi Allah SWT mengajar kita supaya memulakan dengan
ucapan ASSALAMU ALAIKUM WARAH MATULLAHI WABARAKATUH.
Dalam hadis al-Buqari ada menyebut tentang
ucapan salam dan jawab salam. Apabila diucap ASSALAMU ALAIKUM jawabnya ialah
WA’ALAIKUMUSSALAM WARAH MATULLAH.
Sekiranya dipanjangkan ASSALAMU ALAIKUM WARAH
MATULLAH maka hendaklah dijawab WA’ALAIKUMUSSALAM WARAH MATULLAHI WABARAKATUH.
Jika diucapkan ASSALAMU ALAIKUM WARAH
MATULLAHI WABARAKATUH jawapannya ialah WA’ALAIKUMUSSALAM WARAH MATULLAHI
WABARAKATUH. Ada ulamak mengatakan jawapanany ialah WA’ALAIKUMUSSALAM WARAH
MATULLAHI WABARAKATUH WAMAGHFIRATUN WARIDWANA.
Jadi
jawapan salam lebih panjang.
Tidak disunatkan memberi salam kepada orang
sedang makan atau semasa berada dalam tandas.
Antara adat memulakan salam; orang atas
kenderaan memberi salam kepada orang yang berdiri atau orang yang berjalan.
Orang yang berjalan memberi salam kepada orang yang duduk. Orang yang sedikit
memberi salam kepada orang yang banyak.
Orang yang tinggi darjatnya memberi salam
kepada orang bawah akan menghapuskan sifat kesombongan yang ada dalam diri
mereka.
Nabi bila datang ke masjid memberi salam
kemudian mendirikan solat. Salam itu dijawab oleh sahabat-sahabat.
Berusaha membalas salam dengan lebih baik
kecuali kepada orang Yahudi yang pernah menyapa nabi ASSA-MUALAIKUM (bermaksud
celaka kepada kamu wahai Muhamad). Jawapan kepada Yahudi itu ialah WA’ALAKUM
(Balik semula kepada kamu) sahaja.
Allah SWT sangat mementingkan hubungan silatul rahim buktinya
semasa duduk ATTIHIYYAT dibaca ATTIHIYYATUL MUBARAKATUS SALAWATUT TAIYIBATU
LILLAH.
Nabi memberi salam kepada Allah SWT bermaksud segala pujian
ATTIHIYYATUL MUBARAKATUS SALAWATUT TAIYIBATU LILLAH iaitu
Allah menjawab ASSALAMU’ALAIKA AYYUHANNABIYYU WARAHMATULLAHI
WABARAKATUH. Bermaksud salam juga kepada engkau wahai Muhamad AYYUHANNABIYYU
WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
Ini menunjukkan Allah dan rasulnya saling memberi salam.
Salam juga menjadi ucapan
ahli-ahli syurga. Di dalam syurga tidak kedengaran
langsung perkataan-perkataan yang buruk yang tidak sedap didengar melainkan
perkataan SALAMUN SALAMA.
Ungkapan ASSALAMU ALAIKUM WARAH MATULLAH
ini ialah key word atau kata kunci kepada pembuka silatul rahim. Kata kunci
kepada sifat taat kepada Allah SWT ialah solat, kata kunci untuk mendapat
rezeki yang murah ialah sedekah dan kata kunci untuk silatul rahim ialah dengan
memberi salam.
Ucapan salam ini juga merupaka doa iatu
selamat sejahteralah ke atas kamu mudah-mudahan kamu sihat, aman daripada
kesakitan dan aman daripada segala yang sengsara kepada diri kamu. Jadi jelas
menunjukkan doa mendoakan adalah satu perintah daripada Allah SWT.
Dalam surah di atas ‘bila kamu berjumpa
dengan orang-orang beriman dengan ayat-ayat Allah maka ucapkanlah SALAMUN
‘ALAIKUM’
Dalam satu hadis nabi SAW sendiri pernah
bertanya kepada para sahabat: “Adakah kamu ingin tahu kalau aku ajar kepada
kamu satu perkara yang mudah iaitu kamu akan berkasih sayang”. Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: “Kamu
jadikan budaya salam itu sebagai sesuatu yang kamu praktikkan dalam kehidupan
kamu.”
Bagitu
penting ucapan salam ini sehingga menziarahi kubur pun kena ucap salam dan
memasuki rumah yang tidak ada penghuni pun kena beri salam juga.
Jadi ucapan salam bukan sahaja kepada
mereka yang hidup. Imam Nawawi berkata menziarahi kubur itu bertujuan mengambil
iktibar dan barakah. Kata imam Nawawi bila menziarahi kubur hendaklah
mengucapkan ASSALAMU ALAIKUM ya ahlil kubur bererti selamat sejahteralah kepada
ahli kubur dan muga-muga Allah mengampun dosa kami dan dosa kalian dan sesungguhnya
kami akan mengiringi kamu di suatu masa nanti.
Kepada orang mati pun sunat diberi salam
apatah lagi antara kita yang masih hidup. Salam boleh diucapkan antara lelaki
dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan. Salam juga boleh diucapkan antara
lelaki dan perempuan asalkan bertujuan baik dan terpelihara daripada fitnah.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment