Wajibnya mengikut
jemaah Islam disebut oleh nabi SAW di dalam banyak hadis antaranya ialah: “Kamu
hendaklah bersama dengan jamaah orang Islam dan pemimpin mereka.”
Jadi jika tidak
menyertai jamaah Islam hukumnya berdosa.
Hadis asal panjang. Sebutan hadisnya
diriwayatkan oleh Khuzaifah ibni Yaman
RA. Khuzaipah menceritakan ramai orang bertanya Rasulullah mengenai perkara
baik-baik. Saya hendak bertanya Rasulullah mengenai perkara yang jahat kerana
takut jatuh dalam perkara yang jahat.
“Wahai Rasulullah kita dulu dalam keadaan
jahiliah (jahat). Sebelum datang Rasulullah orang Arab menyembah berhala,
berzina, berjudi dan makan macam-macam. Bila datang Rasulullah kami menjadi
baik dan mengikut agama yang betul. Adakah selepas ini datang pula perkara
jahat.”
Nabi jawab: “Ya. Akan tiba kejahatan, penuh
dengan kekeruhan. Tetapai kamu dapat bezakan antara betul dengan salah.”
Khuzaifah bertanya lagi: “Selepas kejahatan
ini ada pula kebaikan.”
Rasulullah berkata: “Ada. Masa itu
kebaikannya ada, penuh dengan penjelasan dan ada cabaran-cabaran akan kamu
hadapi.”
Kemudian Khuzaifah bertanya lagi: “Wahai
Rasulullah selepas kebaikan itu ada atau tidak kejahatan.”
Rasulullah berkata: “Ada kejahatan pula. Ada
penyeru-penyeru ke arah neraka jahanam pada masa itu.”
Penyeru-penyeru ke arah neraka
jahanam boleh jadi sudah berlaku di zaman kita.
Lalu Khuzaifah bertanya lagi: “Siapa
penyeru-penyeru ke arah neraka jahanam itu, wahai Rasulullah.”
Jawab Rasulullah SAW: “Mereka itu
daripada kulit kita juga, serupa macam kita, bercakap dengan bahasa kita (boleh
jadi pakai sereban, sembahyang, pergi ke Mekah macam kita juga) tetapi dalam
masa yang sama menjadi penyeru-penyeru ke arah neraka jahanam.”
Disebut dalam hadis lain akan
berlaku di akhir zaman: “Seseorang itu akan berada dalam bencana macam malam
yang gelap gelita. Tidak mengetahui mana betul dan mana salah kerana seseorang
itu di sebelah pagi mengaku beriman di sebelah petang kufur. Di sebelah petang
dia beriman pagi esok kufur pula.”
Dia pergi Mekah dan selepas balik
daripada Mekah bercakap tidak percaya kepada Islam. Ada duit pergi membuat
umrah pula. Selepas balik daripada umrah bercakap Islam tidak sesuai pula.
Oleh itu orang jadi keliru.
Sebabnya ialah: Menjual agama dengan harga yang murah.” Mula-mula ikut agama,
bila rasa susah tinggal agama.
Nabi menyebut dalam satu hadis:
Akan tiba di akhir zaman orang yang berpegang
dengan agama sama dengan memegang bara api.” Pegang bara api memang sakit
tetapi kena pegang juga. Susahnya berpegang dengan agama bila tiba zaman
bencana macam malam yang gelap gelita
Bara api jika sakit kita boleh
lepas. Tetapi berpegang dengan agama tidak boleh dilepaskan walaupun terbakar
tangan. Akan tiba masanya zaman bencana orang yang berpegang dengan agama sama
dengan pegang bara api.
Lalu Khuzaifah bertanya lagi: “Apa yang patut
kami buat jika bertemu dengan zaman yang begitu rupa.”
Jawab nabi SAW: “Kamu hendaklah bersama
dengan jemaah orang Islam dan pemimpin mereka.”
Kalau ada pemimpin yang
menegakkan Islam dan kumpulan yang menegakkan Islam maka kamu kena ikut
kumpulan itu.
Khuzaifah bertanya lagi: “Jika tiada pemimpin
dan tiada jemaah bagaimana pula wahai Rasulullah.”
Jawab nabi SAW: “Kamu
hendaklah meninggalkan golongan-golongan yang tidak berpegang dengan Islam itu
walaupun kamu terpaksa memakan umbi-umbi kayu.”
Hendak memanjat ambil buah kayu tidak larat
kerana lapar. Jadi makanlah umbi-umbi kayu di bawah. Walaupun terpaksa dalam
keadaan begitu kamu hendaklah berpegang dengan agama.
Dalam surah Fatihah ada ayat menyatakan wajib
bersama dengan jemaah Islam.
IYYA KANA’BUDU WAIYYA KANAS TA’IN (Engkaulah
sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon
pertolongan.)
IHDINASYSYIRATAL MUSTAQIM (Tunjukilah kami
jalan yang lurus.)
Dibaca dengan nas lapaz jamak. Tidak dibaca
dengan lapaz mufrat (singular/seorang diri)
Jika kitab baca qunut, sembahyang seorang
baca ALLAHUMMAHDINI FIMANHADAIT (wahai Tuhanku berilah petunjuk kepada aku
bersama dengan orang yang Engkau memberi petunjuk) dan RABBIRFIRLI WARHAMNI
(amapunkalan aku, kasihankanlah aku) masa duduk baca tahyat.
Jika sembahyang ramai-ramai baca
ALLAHUMMAHDINA FIMANHADAIT. Tetapi Fatihah sama ada sembahyang seorang atau
ramai-ramai (berjemaah) baca IHDINASYSYIRATAL MUSTAQIM (Tunjukilah kami jalan
yang lurus.). Tidak boleh baca IHDINISYSYIRATAL MUSTAQIM (tunjukkan kepada aku
jalan yang lurus)
IYYA KANA’BUDU WAIYYA KANAS TA’IN tidak boleh
baca IYYA KAA’BUDU WAIYYA KANAS TA’IN (akan Engkau aku sembah dan akan Engkau
aku minta tolong).
Sembahyang seorang pun IHDINA
dan IYYA KANA’, sembahyang ramai-ramai pun IHDINA dan IYYA KANA’
Kenapa sembahyang
seorang sebut KAMI juga. Ini bagi menyatakan bahawa WAJIB ORANG ISLAM MENYERTAI
JEMAAH. Ini disebut dalam Fatihah.
Kita masa sembahyang sahaja eloknya. Lepas
sembahyang ikutlah mana-mana jamaah pun. Masa sembahyang menghadap tuhan, lepas
sembahyang berbohong.
Kita baca dalam hadis qudsi di atas bila kita
menyebut IHDINASYSYIRATAL MUSTAQIM, IYYA KANA’BUDU WAIYYA KANAS TA’IN Allah
Ta’ala menyebut sama sahaja: “Ini bagi hamba Ku dan bagi hamba Ku apa yang dia
minta.
Tuhan berjanji hendak tunai apa
yang kita minta. Kita minta dalam sembahyang bukan sahaja kita berjamaah dalam
sembahyang bahkan kita hendak berjemaah juga di luar sembahyang. Jadi mesti
bersama dengan kumpulan yang menegakkan Islam.
Disebut dalam hadis
yang lain: “Sesiapa yang memisahkan dirinya daripada jamaah/kumpulan Islam
sekadar sejengkal bermakna dia telah membuang ikatan Islam daripada lehirnya.”
Barangsiapa tidak berjamaah, tidak ikut parti
yang memperjuangkan Islam dia akan hanyut sebagaimana sampan perahu yang tidak
diikat dengan ibunya.
Disebut dalam hadis lain:
“Kambing yang terpencil daripada kawan ditangkap oleh serigala.”
Begitulah mereka yang tidak
beriltizam dengan jemaah.
Jadi surah Fatihah menerangkan semua perkara.
Bukan sahaja perkara sembahyang termasuklah perkara kehidupan kita, bukan
sahaja perkara akhirat termasuklah perkara dunia, bukan sahaja perkara ibadat
termasuklah urusan hidup.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment