Barang siapa duduk dalam
majlis ilmu bersama seorang yang berilmu, tetapi tidak mampu menghapal
sedikitpun ilmu yang disampaikan disana, maka dia telah mendapatkan tujuh
kemuliaan :
1. Dia mendapatkan pahala yang disediakan bagi penuntut ilmu.
2. Selama duduk dalam
majlis itu, dia terhindar dari perbuatan dosa.
3. Rahmat Allah swt
menghampirinya ketika dia keluar dari rumah menuju majlis itu.
4. ketika orang-orang
yang berada dalam majlis ilmu tersebut memperoleh rahmat, maka dia juga akan
memperoleh sebahagian darinya.
5. Selama dia
mendengarkan kajian di majlis itu, dia tercatat sebagai seorang yang sedang
beribadah kepada Allah swt.
6. ketika dia sedih
kerana kurang mampu memahami kajian yang disampaikan, maka kesedihannya itu
menjadi sarana untuk mendekatkan diri kepada Allah swt.
7. Di majlis itu dia akan
melihat kemuliaan seseorang yang berilmu dan kehinaan seorang pendurhaka.
Akhirnya dia akan menyukai ilmu dan membenci perbuatan fasik.
* Rasulullah saw bersabda, “Menghadiri majlis ilmu lebih utama
daripada solat seribu rakaat, menjenguk seribu orang sakit, dan mengiring
seribu jenazah” (Imam al-Ghazali)
Al-Hasan ra berkata,
“Kelak tinta orang yang berilmu akan ditimbang dengan darah orang yang mati
syahid. Ternyata, tinta orang yang berilmu mengungguli darah syuhada” (Imam
al-Ghazali)
Rasulullah saw bersabda, "bahwa orang yg berjalan menuntut
ilmu, kelak Allah akan memudahkan jalannya menuju syurga" (HR. Muslim :
2699)
Mudahan Kita Memperolehi
Petunjuk dan Rahmat-Nya sentiasa.
No comments:
Post a Comment