Hadis
riwayat Bukhari dan Muslim:
Dan dari Abi
Said al-Khudri RA dari nabi SAW sabdanya: Sesungguhnya
dalam syurga itu ada pokok sekiranya seorang penunggang kuda menunggang dengan
laju selama seratus tahun tidak boleh habis naungannya.”
Dan mengikut
riwayat di dalam Bukhari dan Muslim juga:
Dari Abi
Huraiarah RA sabda nabi SAW: Menunggang kuda di dalam
bayang pohon selama seratus tahun tidak boleh menghabisinya.”
Kuda
mudammar ialah kuda yang digemakkan. Orang Arab bila hendak perkasakan kuda
digemakkan dahulu. Kemudian dikurangkan makanannya. Kuda menjadi sihat bila
makanan dalam perutnya kurang. Akibatnya kuda kuat dan ringan menyebabkan kuda
itu dapat berlari dengan laju.
Kuda yang
begitu rupa jika dipecut di bawah naungan pohon dalam syurga tidak habis
walaupun dipecut tanpa berhenti-berhenti selama seratus tahun.
Hadis ini menunjukkan bahawa
dalam syurga tidak ada panas matahari kerana diteduh oleh pokok-pokok yang
besar dan rendang. Cuaca di bawah teduhan pohon kayu amat selesa yang diaturkan
oleh Allah Ta’ala.
Ini
menggambarkan nikmat dalam syurga tidak ada panas sekali-kali.
KULIAH YT
ZZ
No comments:
Post a Comment