Tidakkan kamu masuk syurga kecuali kamu beriman, tidakkan kamu beriman kecuali kamu belajar kasih sayang di antara kamu sendiri.
Nabi bertanya: “Hendak atau tidak aku
tunjukkan kamu di atas kerja kalau kamu buat kamu akan rasa kasih sayang itu
berputik di antara kamu.”
Bagaimana
caranya iaitu banyakkanlah memberi salam di antara kamu. Di luar rumah beri
salam dan balik ke rumah beri salam. Anak hendak tidur pun beri salam. Ini
menyebabkan kasih sayang pun bertambah.
Antara faedah yang harus diketahui oleh
orang Islam, orang yang memberi salam ini mendapat satu maghfirah tetapi orang
menjawab salam mendapat enam puluh sembilan keampunan Allah s.w.t. Banyaknya!
Jadi bila sudah mengetahui macam ini para sahabat kalau boleh dia mulakan
memberi salam supaya nanti kalau sahabat lain jumpa dia sahabat itu pula
memberi salam kerana mereka lihat keampunan Allah s.w.t. yang banyak diberi
kepada mereka.
Diajarkan juga kepada kita kalau diberi
salam jawablah yang terbaik.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kalau kamu
diberi salam jawablah yang lebih baik.”
Orang beri ASSALAMU ALAIKUM kita jawab
WA’ALAIKUMUSSALAM WARAH MATULLAH
Orang beri panjang ASSALAMU ALAIKUM WARAH
MATULLAH. Kita jawab lagi panjang WA’ALAIKUMUSSALAM WARAH MATULLAHI
WABARAKATUH.
Yang menjawab mendapat pahala lebih banyak.
Kita tidak tahu bahawa apabila sesama Islam itu memberi salam malaikat akan
mendoakan mereka sebanyak tujuh puluh kali. Tidak ada yang lebih mengembirakan
seorang Islam apabila malaikat mendoakan mereka.
Doa malaikat ini langsung dibawa kepada
Allah s.w.t. Jadi tidaklah kita terasa macam doa ini tidak sampai atau pun
sebagainya. Jika orang memberi salam kemudian dijawab malaikat akan berdoa
kepada mereka sebanyak tujuh kali dan malaikat pernah berkata kepada nabi
bagaimana sangat hairan apabila ada orang-orang Islam tidak mahu mengambil
peluang untuk memberi salam sesama mereka.
Begitu juga apabila dua orang bertemu
diceritakan dalam sebuah hadis, mereka memberi salam dan berjabat tangan pula
maka akan gugurlah dosa-dosa umpama gugur dosa-dosa yang kering.
Apabila mereka bertemu dan memberi ASSALAMU
ALAIKUM dan seorang lagi pula menjawab WA’ALAIKUMUSSALAM dapat sepuluh dosa
yang digugurkan.
Apabila diberi dengan lebih baik ASSALAMU
ALAIKUM WARAH MATULLAH dan dijawab WA’ALAIKUMUSSALAM WARAH MATULLAH, dua puluh
dosa digugurkan.
Jika lagi baik ASSALAMU ALAIKUM WARAH
MATULLAHI WABARAKATUH dan dijawab WA’ALAIKUMUSSALAM WARAH MATULLAHI WABARAKATUH
tiga puluh dosa Allah Ta’ala gugurkan.
Jadi betapa banyaknya fadilat memberi
salam. Cuma kita belum faham konsep persaudaraan ini. Ia merupakan satu cara
penghormatan yang diajar oleh Islam.
Al-Khotadah pernah meriwayatkan dalam
sebuah hadis, kalau dilihat umat-umat yang terdahulu cara mereka menyapa atau
cara mereka menampakkan hormat kepada orang ialah dengan bersujud. Maka amat
bertuah kita umat Islam ini caranya bukan bersujud tetapi dengan memberi salam.
Dalam syurga nanti ucapan sesama ahli syurga ialah salam. Al-Quran menyebut
ahli syurga ashik menyebut salam di kalangan mereka.
Jadi hendaklah kita menyempurnakan salam di
antara kita. Orang yang berjalan memberi salam kepada orang yang duduk, orang
yang berdiri memberi salam kepada orang yang duduk, orang yang datang
beramai-ramai memberi salam kepada orang yang sedikit dan orang yang naik
kenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki.
Orang yang baharu berpindah, jiran yang
baharu datang memberi salam kepada mereka sudah lama tinggal di kampung
tersebut.
Di riwayat dalam sebuah hadis yang didengar
daripada rasulullah s.a.w yang bersabda dengan maksudnya:
“Apabila kamu masuk ke rumah mu hendaklah
kamu memberi salam, sesungguhnya apabila seseorang memberi salam syaitan tidak
akan ikut bersama-sama dengan mu masuk ke dalam rumah.”
Jadi konsep salam ialah untuk mencetuskan
rasa kesejahteraan sesama orang Islam. Konsep memberi salam ini bukan sahaja
apabila kita bertemu di perjalanan atau pun masa menziarah sahaja. Konsep
memberi salam ini diperkembangkan lagi di dalam Islam.
Apabila suami masuk untuk berjumpa isteri
atau pun suami hendak memulakan adigan dengan isteri adalah baik dimulakan
ASSALAMU ALAIKUM. Jadi kalau isteri menjawab dengan baik bermakna dia
bersedialah.
Konsep memberi salam ini dianjurkan apabila
anak-anak hendak tidur. Adalah baik jika dilatih mereka ini sebelum tidur
berjumpa dengan ibu bapa bersalaman serta memberi salam.
Salam juga merupakan permulaan dalam
sebarang perbicaraan. Orang Islam bila memulakan sebarang ucapan adalah lebih
baik dimulakan ASSALAMU ALAIKUM WARAH MATULLAH. Ini yang diajarkan oleh baginda
Rasulullah s.a.w.
Dalam sebuah hadis siapa yang mulakan
bercakap sebelum memberi salam hendaklah ia bersegera memberi salam selepas itu
supaya apa yang ia bercakap tadi memberi keberkatan.
Bagaimanapun ada tempat-tempat yang
digariskan dalam Islam tidak wajar untuk kita memberi salam. Jadi bukan semua
tempat antaranya disebut dalam beberapa hadis makruh kita menyampaikan salam
apabila seseorang sedang mengkodar hajat.
Diceritakan dalam satu hadis suatu hari
nabi s.a.w. sedang mengkodar hajatnya lelaki yang bertemu dengan nabi memberi
salam. Nabi tidak jawab. Bila nabi selesai nabi keluar lalu para sahabat faham
bahawa salam tidak wajar diberi ketika seseorang kodar hajat atau pun berada di
dalam tandas.
Jadi bila kita jumpa kawan-kawan dalam
tandas tidak perlu memberi salam kerana hukumnya makruh.
Begitu juga salam dengan orang bukan Islam.
Sebagai adat bila menjawab telefon selalu memulakan jawapan dengan salam.
Sebagai langkah berjaga-jaga adalah lebih baik kita pastikan dulu orang yang
hendak berbicara dengan kita itu orang Islam baharulah kita memberi salam.
Ini adalah kerana nabi s.a.w. pernah
bersabda di dalam sebuah hadis:
“Janganlah kamu mulai memberi salam kepada
orang-orang Yahudi atau pun Nasrani.”
Berbalik kepada sejarah yang berlaku pernah
suatu ketika orang-orang Yahudi dan Nasrani ini cuba mengelirukan nabi Muhamad
s.a.w. Apabila mereka mendengar bahawa salam ini merupakan cara bagaimana orang
Islam menyapa di antara satu sama lain mereka pun berpura-pura memberi salam.
Tetapi mereka tidak menyebut ASSALAMU ALAIKUM.
Sebaliknya mereka menyebut kepada nabi ASSA
MUALAIKUM yang membawa makna dengan bersujud. Alangkah bertuahnya kita umat
Islam ini cara mereka bukan bersujud tetapi adalah dengan memberi salam bahkan dalam
syurga nanti yang akan diucapkan sesama ahli syurga ialah salam.
Jadi apabila kita telah faham konsep ini
hendaklah kita mengamalkan menyampaikan salam ini kerana malaikat berasa hairan
kalau malaikat melihat bahawa kita tidak mahu memberi salam dan menolak pahala
yang dijanjika oleh Allah s.w.t.
Bahkan baginda Rasulullah s.a.w. berpesan
bahawa orang suka melepak ditepi jalan tidak bolehkan kalau tidak melepak.
Mereka menjawab kami tidak ada tempat. Jika kamu terpaksa juga duduk ditepi
jalan maka berilah hak jalan.
Mereka bertanya: “Apakah hak jalan ya
Rasulullah?”
Maka jawab baginda Rasulullah s.a.w hak
jalan ialah jangan menyakiti dan berilah salam.
Semoga penyampaian ini membanyakkan kita
memberi salam sesama kita in sya Allah.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment