Tuesday, November 29, 2016

KEDUDUKAN AHLI SYURGA MENGIKUT DARJATNYA


Hadis riwayat muttafakun alaih:

Dan dari Ibi Said al-Khudri RA dari nabi SAW sabdanya:

Sesungguhnya penghuni syurga melihat sesama mereka ahli-ahli yang duduk di tempat masing-masing yang ada di atas mereka sebagaimana mereka melihat bintang-bintang cakrawala gemerlapan cahayanya yang berada di upuk timur dan barat kerana kelebihannya berbeza di kalangan mereka.

Lalu sahabat bertanya:

Wahai Rasulullah bagaimana pula kedudukan-kedudukan para nabi-nabi yang tidak mampu dicapai oleh orang lain. Sabdanya:

Bahkan demi tuhan yang diri Muhamad berada di dalam genggaman kecintaannya orang-orang beriman kepada Allah yang percaya kepada rasul-rasul (Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menyatakan ahli-ahli syurga berada di tempat masing-masing dan mengikut darjat masing-masing. Mereka dapat melihat kedudukan itu laksana mereka melihat bintang-bintang cakrawala yang ada di langit pada hari ini memenuhi ufuk timur dan barat.

Nabi-nabi mempunyai kedudukan yang tinggi daripada orang-orang lain yang beriman kerana ibadatnya lebih, perjuangan dan pengorbanan mereka lebih daripada orang lain.

Jadi Allah Ta’ala memberi kedudukan yang tinggi kepada nabi-nabi dan kata nabi SAW ada orang-orang beriman kepada Allah dan percaya kepada rasul-rasul ASTS diberi kepada mereka kedudukan yang tinggi.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment