Tuesday, November 22, 2016

HUKUMAN MURTAD DAN KEBEBASAN BERAGAMA



Mengikut pendapat kebanyakan ulamak hukuman ke atas orang murtad ialah bunuh. Tuhan izinkan orang murtad dibunuh selepas diberi peluang bertaubat. Ada ulamak kata tempoh untuk bertaubat tiga hari, ada ulamak kata sebulan, ada yang kata dua bulan dan ada ulamak kata pujuk sampai mati. Ini terserah kepada pemerintah Islam.

Jika dia bertaubat gugurlah hukuman bunuh ke atasnya.

Ada pula mengatakan hukuman murtad melanggar kebebasan beragama. Ini biasa dikatakan oleh orang-orang bukan Islam.

Hukuman murtad hanya berkait dengan orang Islam sahaja. Jadi bukan melanggar kebebasan beragama. Orang masuk Islam bila mengucap dua kalimah syahadat bermakna dia berjanji dengan Allah Ta’ala.

Jika melanggar janji dengan manusia, khianat kepada mana-mana kerajaan dalam dunia hukumannya bunuh. Amerika menghukum bunuh kepada pengkhianat negara, Rusia membunuh pengkhianat negara, dan kepada kita orang Islam murtad bermakna pengkhianat terhadap Allah Ta’ala dan lebih besar daripada pengkhianat negara lagi.

Islam adalah agama yang meletak politik dan negara di dalam ajaran Islam. Bila seseorang murtad dianggap melanggar keamanan politik negara Islam. Jika keadaan merbahaya kepada politik dan negara boleh dikenakan hukuman bunuh.

Mana-mana negara dalam dunia pun ancaman kepada keselamatan negara dikenakan hukuman bunuh.

Kita tidak boleh memaksa orang masuk Islam. Ini adalah kebebasan beragama yang ada dalam Islam. Bila dia masuk Islam baharulah hukuman murtad kena kepadanya.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment