Satu hadis yang panjang yang diceritakan oleh Abu Zar. Abu Zar salah seorang sahabat
yang awal masuk Islam. Dia tidak dilantik sebarang pemimpin kerana dia seorang
yang lemah. Walau bagaimanapun dia banyak menghafal hadis termasuk hadis yang
panjang ini.
Abu Zar menceritakan bahawa nabi SAW meriwayatkan daripada
Allah SWT:
1. Allah mengatakan wahai hamba-hamba-Ku sesungguhnya Aku
haramkan zalim berlaku atas diri Aku. Ini menunjukkan adil sifat yang WAJIB bagi Allah. Zalim sifat yang MUSTAHIL bagi Allah Ta’ala.
Sifat ADIL dan ZALIM ini tidak ada dalam pengajian sifat 20. Sifat 20 contoh sahaja. Jangan fikir sifat tuhan hanya 20 sahaja. Kita perlu fahami
semua sifat kesempurnaan adalah sifat Allah SWT. Di antaranya adalah adil,
rahmat, penyayang, redha, murka (murka kepada orang kafir dan orang zalim) dan
banyak lagi sifat tuhan.
Allah Ta’ala wajib adil.
“Aku haramkan zalim itu berlaku pada diri aku.”
Allah Ta’ala wajib adil.
Hukum Allah Ta’ala; pencuri kena kerat tangan. Ini adalah adil. Kita tidak
boleh berkata tuhan zalim, orang berzina yang sudah kahwin kena rejam, jangan
kata zalim kerana MUSTAHIL bagi Allah Ta’ala zalim.
Allah Ta’ala mengharamkan riba dan menghalalkan jual beli.
Itu adalah adil kerana riba zalim, memakan harta orang dengan cara menindas.
“Dan Aku jadikan haram kepada kamu berlaku zalim, maka
jangan kamu berlaku zalim sesama kamu.”
Tidak zalim sesama kamu: dengan anak isteri, kaum
keluarga, dengan jiran; jadi hakim, pegawai daerah, penghulu dan apa jawatan
yang dipegang tidak boleh berlaku zalim kepada orang.
Apa makna
zalim?
Zalim ialah
meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya dan adil ialah meletak sesuatu
kena pada tempatnya dari segi syarak. Mengikut hukum akal yang bercanggah
dengan hukum syarak adalah zalim.
Semua kamu
sesat walaupun kamu cerdik kecuali orang yang diberi petunjuk oleh Allah. Kita
berdoa dalam sembahyang “tunjukkanlah jalan yang betul”, minta hidayah daripada
Allah. Jika tidak ada hidayah daripada Allah sesat.
Ada golongan alim, ulamak-ulamak ahli kitab melihat nabi tetapi
sesat kerana tidak mendapat hidayah. Iblis tuhan angkat ke langit melihat
syurga, melihat neraka dan berdialog dengan tuhan tetapi sesat kerana tidak
diberi hidayah.
Iblis
sombong dan berasa cerdik sangat maka tidak diberi hidayah oleh Allah SWT.
Demikian
juga manusia. Jika berasa cerdik dan sombong tidak mendapat hidayah dan jadilah
penyembah berhala, penyembah harta, penipu orang dan seumpanya.
2. “WahaI
hamba-hamba-Ku semua kamu lapar melainkan orang yang Aku memberi makan
kepadanya. Mintalah makanan daripada Aku nescaya Aku beri kepada kamu.” Tuhan
menyuruh kita meminta rezeki yang halal daripada-Nya.
Ada orang
kata tidak boleh minta rezeki. Terlalu tinggi sangat ilmu tasawurnya. Tasawur
tidak boleh bercanggah dengan hadis dan tidak boleh bercanggah dengan Quran.
Tidak boleh tinggi daripada nabi dan tidak boleh tinggi daripada sahabat. Oleh
kerana tinggi hakikatnya sampai tidak pakai baju di tengah orang ramai.
Ada orang
rohnya baik tetapi akalnya bodoh. Jadi tidak boleh ikut yang bodoh.
3. “Wahai
hamba-hamba-Ku, semua kamu bertelanjang melainkan orang yang Aku memberi
pakaian kepadanya maka mintalah pakaian daripada Aku.”
Ada
orang memiliki duit riba. Dia berkata tidak boleh makan duit ini tetapi buat
membeli kasut, membeli tayar kereta tidak mengapa. Kasut kita pakai. Pakai pun
tidak boleh kerana duit haram maka pakai pun haram. Apa yang dimaksudkan ialah
rezeki iaitu manfaat.
4.
“Wahai hamba-hamba-Ku kamu melakukan dosa di waktu malam dan siang, Aku ampun
semua dosa, minta ampun kepada Aku, Aku ampunkan dosa kamu.”
Keampunan
Allah sangat luas. Dihuraikan oleh banyak hadis antaranya:
“Wahai
hamba-hamba-Ku sekiranya kamu datang kepada Aku dengan dosa sepenuh langit jika
miminta ampun kepada Aku nescaya Aku akan ampun dosa kamu sepenuh lagit juga.”
Jadi
jika berdosa kena istigfar, jangan putus asa. Pintu taubat sentiasa dibuka
sehingga nyawa sampai ke halkum. Selagi nyawa tidak sampai ke halkum tuhan
terima taubat dengan syarat tidak syirik. Mestilah dengan LAILAHA ILLALLAH,
tiada tuhan sebenar melainkan Allah.
Disebut
dalam hadis lain:
“Ada
hamba-hamba-Ku membuat dosa, lalu dia sedar dan beristigfar (bertaubat dengan
syarat taubat) dia tahu ada tuhan yang mengampunkan dosanya maka Aku ampunkan
dosanya.
Tiba-tiba
membuat dosa pula, kemudian menyesal dan dia beristigfar, Aku ampunkan dosanya.
Tetapi dia membuat dosa pula, kemudian dia beristigfar dan menyesal serta tahu
ada tuhan yang mengampunkan dosanya, Aku ampunkan dosanya.”
Ini
disebut dalam hadis Qudsi. Walaupun berulang kali membuat dosa, selagi tidak
syirik dan nyawa belum sampai ke halkum, dia menyesal dan bertaubat dengan
ikhlas maka tuhan ampun dosanya.
5. “Wahai
hamba-hamba-Ku kamu tidak mampu memberi mudharat kepada Aku, lalu kamu dapat
memberi mudharat kepada Aku dan kamu tidak mampu untuk memberi apa-apa manfaat
kepada Aku, lalu kamu memberi manfaat kepada Aku.”
Tiada siapa
yang boleh melawan tuhan. Tidak mampu memberi mudharat kepada tuhan. Untuk
memberi hadiah tuhan tidak menerima hadiah. Tuhan menerima amal yang soleh
dengan memberi semula kepada kita.
Tuhan
tidak berhajat kepada makan dan minum tetapi menyuruh kita membelanjakan duit
iaitu menginfak. Belanja dengan cara itu diberi pahala oleh Allah SWT.
6. “Wahai
hamba-hamba-Ku sekiranya yang awal kamu dan yang akhir kamu, manusia kamu dan
jin kamu berada dalam keadaan paling takwa kepada Aku tidak menambahkan
kerajaan Aku sedikit pun.”
Kalau sekiranya manusia yang pertama, Adam hingga manusia terakhir
semuanya bertakwa dan paling tinggi takwanya termasuk semua jin tidak
menambahkan kerajaan Allah sedikit pun. Kerajaan Allah Ta’ala semacam itulah
juga. Pahala takwa itu balik kepada manusia dan jin.
Sekiranya awal kamu dan akhir kamu, manusia kamu dan jin kamu
berada dalam keadaan yang paling jahat tidak mengurangkan Allah sedikit pun.
Allah Maha Berkuasa dan Maha Suci daripada segala-galanya.
7. “Wahai hamba-hamba-Ku sekiranya yang awal dan akhir manusia dan
jin berada di satu tempat meminta daripada Allah Ta’ala dan tuhan beri semua
permintaan itu tidak mengurangkan sedikit pun apa yang ada pada Allah Ta’ala.”
Sebagaiman
mencelup jarum dalam gelas tidak terjejas airnya apatah lagi mencelup jarum
dalam lautan yang luas.
8.
“Wahai hamba-hamba-Ku, semua amal baik yang kamu buat wahai jin dan manusia Aku
simpankan pahala amal itu dan Aku pulangkan kepada kamu itu di hari kiamat
kelak.”
Barangsiapa
membuat baik, dia bermuhasabah dan berasa baik maka hendaklah bersyukur kepada
Allah Ta’ala. Bila sedar banyak membuat baik ALHAMDULILLAH puji Allah Ta’ala.
Jangan beritahu kepada orang tetapi puji Allah Ta’ala.
Jika banyak membuat dosa maka cela diri kita sendiri,
mengaku kepada tuhan:
“Saya banyak membuat dosa, saya menzalimi diri sendiri,
saya bodoh wahai tuhan, saya jahat wahai tuhan, saya banyak dosa wahai tuhan.
Wahai tuhan ampunilah dosa saya.”
Mengikut
Said bin Musayyad, seorang alim Tabi’in yang terkenal, menantu Abu Hurairah
berkata Abu Idris al-Khaulani (dia orang masuk Islam akhir dan tidak sempat
berjumpa dengan nabi SAW) ketika berlaku peristiwa murtad di Yaman, Tulaihah
al-Ansi yang mengaku menjadi nabi lalu Abu Idris al-Khaulani mengatakan:
“Ini kafir.
Murtad bila mengaku menjadi nabi.”
Tolihah yang
menguasai Yaman masa itu menangkap Abu Idris al-Khaulani dan mencampak ke dalam
api. Tetapi dibakar tidak hangus. Lalu pengikutnya berkata ini merbahaya, halau
dia.
Kemudian Abu
Idris al-Khaulani pergi ke Madinah duduk bersandar di masjid. Saidina Umar
datang dan bertanya datang daripada mana. Abu Idris al-Khaulani berkata
daripada Yaman. Saidina Umar bertanya:
“Kamu dengar
atau tidak cerita dia melawan orang mengaku menjadi lalu dicampak ke dalam api
tetapi tidak hangus.”
Abu Idris
al-Khaulani jawab:
“Dengar
cerita.”
“Awak
daripada Yaman, awak ke?” kata Saidina Umar.
Jawab Abu
Idris al-Khaulani:
“Ya,
sayalah.”
Lalu Saidina
Umar berkata Alhamdulillah tuhan telah mengizikan aku melihat umat Muhamad yang
diberi kelebihan nabi Ibrahim AH dibakar dalam api tidak hangus.
Saidina Umar
pun memegang tanganya dan pimpin berjumpa dengan Saidina Abu Bakar yang menjadi
khalifah masa itu.
Abu Idris
al-Khaulani ini bila membaca hadis yang kita baca ini dia berdiri atas lutut
kerana menghormati hadis ini. Ini menunjukkan hadis ini sangat besar maknanya.
Imam Ahmad
bin Hambal iaitu imam Mazhab Hambali, anak murid imam Syafie pengikutnya ramai
bermazhab Wahabi. Oleh itu jangan pula kita kata Wahabi sesat.
Imam Syafie
membaca Fatihah dengan Bismillah tetapi Ahmad bin Hambal tidak membaca
Bismillah. Imam Masjid Mekah dan Madinah tidak membaca Bismillah kerana mereka
bermazhab Hambali.
Kata Ahmad
bin Hambal RH tidak ada hadis yang lebih hebat daripada hadis ini yang
diriwayatkan oleh penduduk Syam. Ini hadis yang besar maknanya yang disebut
oleh Imam Nawawi dalam kitabnya Hadis Empat Puluh.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment