Mengikut hadis riwayat Muslim:
“Dari Abu Hurairah RA daripada
Rasulullah SAW sembahyang lima waktu, Jumaat hingga Jumaat dan Ramadan sehingga
Ramadan menghapuskan dosa-dosa di antaranya sekiranya ditinggalkan dosa-dosa
yang besar.”
Keterangan:
Hadis menunjukkan bahawa sembahyang lima
waktu menghilangkan dosa-dosa dalam masa sehari, dosa di celah-celah waktu yang
tidak sembahyang.
Jumaat hingga Jumaat menghilangkan dosa-dosa
dalam masa seminggu.
Ramadan sehingga Ramadan
menghilangkan dosa dalam masa setahun sekiranya DITINGGALKAN DOSA-DOSA BESAR.
Hadis ini menunjukkan bahawa sembahyang lima
waktu menghilangkan dosa-dosa dalam masa sehari di celah-celah waktu yang tidak
sembahyang.
Jumaat sehingga Jumaat menghilangkan dosa
dalam masa seminggu.
Ramadan sehingga Ramadan menghilangkan dosa
dalam masa setahun.
Dengan syarat ditinggalkan dosa-dosa besar.
Dosa-dosa kecil dihapuskan dengan ibadat
sembahyang dan puasa Ramadan.
Dosa-dosa besar berhajat kepada
taubat secara khusus baharulah diampun oleh Allah. Bertaubat dengan
syarat-syarat disebut oleh ulamak:
1. Dosa itu ditinggalkan
2. Menyesal dengan perbuatan dosa
itu
3. Berazan tidak mahu
mengulanginya
3. Berikrar dengan lapaz
istighfar.
Dosa berkait dengan orang kena minta maaf
atau minta halal dengan orang itu.
Jika orang itu:
1. sudah mati istighfar untuknya
2. duduk jauh istighfar untuknya
3. diberitahu boleh mendatangkan fitnah yang
lebih besar, istighfar untuk orang itu.
Itu caranya kita bertaubat.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment