Ayat-ayat
Quran dan hadis-hadis nabi SAW menceritakan ada syurga di alam akhirat. Syurga
penuh dengan nikmat yang tidak terbatas Allah Ta’ala janjikan kepada sesiapa
yang beriman dan beramal soleh.
Perkara
ini termasuk dalam perkara rukun iman iaitulah beriman kepada hari akhirat.
Perkara hari akhirat itu banyak. Berlaku hari kiamat, semua manusia dimatikan
dan dihidupkan semula. Selepas itu ada syurga dan neraka.
Semuanya
wajib kita beriman, percaya dengan yakin walaupun kita belum alami lagi.
Quran
adalah cerita yang benar. Tidak ada yang tidak benar dalam Quran. Allah Ta’ala
buktikan dalam Quran cerita mengenai Firaun di Mesir dan mengenai Namruk di
Iraq.
Nabi tidak
pergi ke Iraq dan Mesir. Nabi tidak belajar dengan ulamak-ulamak ahli kitab. Dari
mana nabi SAW mendapat maklumat mengenai perkara itu. Pasti dengan wahi daripa
Allah Ta’ala. Ini menunjukkan nabi Muhamad benar seorang rasul dan Quran adalah
benar.
Kisah nabi
Ibrahim menghadapi Namruk dan kisah nabi Musa berdepan dengan Firaun ada dalam
Quran. Bekas-bekas Namruk dan Firaun masih ada lagi sehingga hari ini. Ini
membuktikan kisah dalam Quran adalah benar.
Kisah
peredaran matahari dan bintang-bintang cakrawala yang disebut dalam Quran bertepatan
dengan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pakar-pakar kajibumi.
Begitu juga
cerita dalam neraka disebut dalam Quran mesti betul. Oleh itu wajiblah kita
beriman kepadanya kerana perkara yang sudah-sudah dan semasa dengan kita
semuanya betul. Maka samalah juga perkara akan datang mesti benar dan betul.
Berzina
diharamkan oleh Islam. Orang berzina mendatangkan penyakit tetapi perkahwinan
tidak ada apa-apa.
Riba Haram.
Negara-negara kaya dengan riba jatuh merudum ekonominya. Menunjukkan yang diharamkan
merosakkan manusia. Itu adalah perkara-perkara yang sedang berlaku di depan
kita.
Syurga yang
dijanjikan di akhirat tetap benar.
Firman Allah
Ta’ala suratul Hijr 45-48:
( 45 )
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam
beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya.
( 46 )
(Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): "Masuklah kamu
ke dalamnya dengan selamat sejahtera serta beroleh aman".
( 47 )
Dan Kami cabut akan apa yang ada dihati mereka dari perasaan hasad
dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta
mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing.
( 48 )
Mereka tidak akan disentuh susah payah dalam Syurga itu, dan mereka pula
tidak sekali-kali akan dikeluarkan daripadanya.
Ayat
menyatakan bahawa orang-orang yang bertaqwa (mengikut perintah Allah dan
meninggalkan larangan-Nya). Mereka ini Tuhan sediakan untuk mereka
syurga-syurga (maknanya kebun-kebun) yang mengeluarkan buah-buahan yang lazat
menjadi makanan kepada mereka.
Dalam
syurga pula ada banyak mata air yang sentiasa mengalir. Disebut dalam ayat-ayat
lain; ada mata air daripada air biasa, daripada susu, daripada madu dan arak
(air buah-buahan) yang lazat diminum.
“Masuklah
kamu ke dalamnya dengan aman.”
Dalam
syurga tidak ada huru-hara tidak ada perbalahan, tidak ada hasad dengki sedikit
pun dan tidak ada peperangan lagi. Tidak ada penat dan lelah dan tidak ada
penyakit kerana semua dihapuskan oleh Allah Ta’ala.
Tidak
ada mati lagi dalam syurga dan disediakan untuk orang-orang bertaqwa dan taat
kepada Allah.
Bagaimana
hendak taat kepada Allah?
ALIF LAM
MIM. ZAALIKALKITA BULAGHAIBAFIH HUDALLIL MUTTAKIN
(kitab ini,
Quran 30 juzuk ini adalah ayat pertama selepas al-Fatihah; tidak syak lagi
menjadi petunjuk kepada orang-orang bertaqwa.)
Maknanya
orang-orang bertaqwa yang masuk syurga ialah mereka yang menjadi Quran sebagai
petunjuk. Semua 30 juzuk dijadikan petunjuk. Bukan sahaja sembahyang, zakat,
ada duit pergi ke Mekah kemudian perkara-perkara lain tidak diambil kisah.
Syarat
untuk masuk syurga mesti semua 30 juzuk al-Quran dijadikan petunjuk
Apa yang
kita mampu buat, kita buat. Apa yang kita tidak mampu hendak buat, mesti ada niat
hendak buat dalam hati dan kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh
Sebagai
contoh sembahyang boleh buat, puasa boleh buat, tetapi hendak pergi ke Mekah
tidak mampu kerana tidak ada wang. Tetapi mesti ada niat dalam hati hendak
pergi ke Mekah dan kita berusaha untuk mendapat cukup wang.
Tetapi jika
mati tidak sempat pergi ke Mekah kerana belum cukup wang dimaafkan oleh Allah
Ta’ala.
Tuhan
mengharamkan arak kepada orang Islam. Kita kena benci kepada orang minum arak
dan kilang arak. Jangan pula bab orang Islam minum arak dan kilang arak kita
tidak berasa apa-apa.
Undang-undang
syariat mesti dilaksanakan kerana Tuhan menyebut dalam Quran. Hukum hudud dan
hukum qisas kena laksanakan. Jika kita kata hukum hudud dan qisas tidak sesuai
maka bercanggah dengan Quran dan tidak bertaqwalah kita.
Firman Allah Ta’ala surah Az-Zukhruf ayat
68-73“
( 68 )
(Mereka - yang bertaqwa - itu, diberi penghormatan serta diseru oleh
Allah Taala dengan firmanNya): "Wahai hamba-hambaku! Pada hari ini kamu
tidak akan merasai sebarang kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik); dan
kamu pula tidak akan berdukacita".
( 69 )
(Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan
Kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh,
( 70 )
(Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka):
"Masuklah kamu ke dalam Syurga bersama-sama isteri-isteri kamu (yang
beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan".
( 71 )
Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas;
dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta
di pandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): "Kamu adalah
tetap kekal di dalamnya".
( 72 )
Dan (dikatakan lagi kepada mereka): "Inilah Syurga yang diberikan
kamu mewarisinya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan".
( 73 )
"Kamu beroleh di dalamnya berbagai jenis buah-buahan, untuk kamu
makan daripadanya".
Ayat ini mengatakan bila masuk syurga tiada
lagi perasaan takut.
Atas dunia orang yang ikut perjuangan memang
wujud berbagai perasaan takut; takut orang rampas tanah, takut tidak mendapat
bantuan, takut orang denda, takut masuk jil dan sebagainya. Tetapi jika hidup
tidak ada perjuangan senang lenang dan tidak ada perasaan takut.
Jika hidup cukup dengan ulang-alik
ke masjid, puasa dan pergi ke Mekah buat haji dan umrah memang tidak ada
perasaan takut kerana hidup tidak ada perjuangan untuk menegakkan agama Allah.
Ayat ini mengatakan dalam syurga tidak ada
takut lagi, menunjukkan atas dunia dulu mereka sentiasa takut, diugut dan
ditindas.
Untuk melayakkan diri menjadi ahli syurga
mestilah menjadi orang Islam yang beriman dan berjuang untuk menentang
musuh-musuh Allah sebagaimana yang dilakukan oleh nabi-nabi dan
pengikut-pengikutnya di zaman dahulu.
Firman Allah Ta’ala surah Ad-Dukhan ayat 51 –
57:
( 51 )
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa (akan ditempatkan) di tempat
tinggal yang aman sentosa. -
( 52 )
Ia itu di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar
padanya,
( 53 )
Mereka memakai pakaian dari kain sutera yang halus dan kain sutera tebal
yang bersulam; (mereka duduk di tempat perhimpunan) sentiasa berhadap-hadapan
(di atas pelamin masing-masing).
( 54 )
Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka
bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.
( 55 )
Mereka meminta - di dalam Syurga itu - tiap-tiap jenis buah-buahan (yang
mereka ingini), dalam keadaan aman sentosa.
( 56 )
Mereka tidak merasai kematian dalam Syurga itu selain daripada mati yang
mereka rasai (di dunia) dahulu; dan Allah selamatkan mereka dari azab neraka;
( 57 )
(Mereka diberikan semuanya itu) sebagai limpah kurnia dari Tuhanmu
(wahai Muhammad); yang demikian itulah kemenangan yang besar.
Ayat ini
menyatakan orang bertaqwa diberi makham yang aman dalam syurga. Bukan sahaja
duduk dalam kebun yang diberi mata air, mereka juga diberi pakaian-pakaian yang
cantik dan indah. Pakaian diperbuat daripada sutra.
Atas dunia
orang perempuan sahaja boleh memakai sutra. Dalam syurga lelaki dan perempuan
boleh memakai sutra. Dikahwinkan mereka dengan bidadari-bidadari. Orang
perempuan dikahwinkan dengan suaminya. Jika tidak ada suami dikahwinkan dengan
orang-orang soleh.
Di
dalamnya diajak makan segala jenis buah-buahan tanpa sebarang larangan dan
pantang larang. Tidak ada penyakit dan tidak ada mati lagi.
“Itu kurnia
daripada Tuhan.”
Itu adalah
pemberian Tuhan, bukannya upah. Ibadat kita tidak mencukupi untuk membayar
nikmat syurga yang diberikan. Batu-bata mahligai dalam syurga daripada emas.
Satu bata-bata pun kita tidak mampu membayar dengan ibadat yang kita lakukan
atas dunia.
Allah Ta’ala
kurniakan kepada orang beriman dan beramal soleh.
Firman Allah
Ta’ala suratul Mutaffifin ayat 22-28:
( 22 )
Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan),
tetap berada di dalam Syurga yang penuh nikmat:
( 23 )
Mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), sambil melihat
(segala keindahan dan kemuliaan yang disediakan untuk mereka di situ).
( 24 )
Engkau dapat melihat pada muka mereka: cahaya nikmat yang mereka
perolehi.
( 25 )
Mereka diberi minum dari satu minuman yang termeterai bekasnya,
( 26 )
Meterainya kasturi; - dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu
hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan;
( 27 )
Dan campuran minuman itu adalah dari "Tasnim":
( 28 )
laitu mata air yang diminum daripadanya oleh orang-orang yang
didampingkan (Tuhan di sisi-Nya).
Itu semua
adalah nikmat syurga yang tidak terhingga disebut dalam ayat-ayat al-Quran.
Adapun hadis
nabi SAW antaranya:
Hadis
riwayat Muslim:
“Dari Jabir
RA katanya sabda Rasulullah SAW: ahli syurga makan dan minum dalam syurga dalam
keadaan tidak membuang air besar, dalam keadaan tidak ada rohak (batuk) dan
dalam keadaan tidak ada kencing. Apa yang dimakan dan diminum mengeluarkan
bauan yang harum. Mereka diilhamkan dengan tasbih dan takbir sebagaimana mereka
bernafas.”
Hadis
ini menyatakan penghuni syurga tidak membuang air kecil dan besar. Tidak ada
batuk dan selsema. Tuhan jadikan makanan dan minuman mengeluarkan peluk berbau
harum.
Tuhan
jadikan tasbih dan takbir melalui nafas-nafas mereka sebagaimana semula jadi
mereka bernafas. Bernyawa juga dijadikan tasbih dan takbir. Ini kelebihan di
dalam syurga.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment