“Mereka
boleh bertanya khabar antara satu sama lain.”
Ahli syurga
boleh bertanya khabar.
“Mereka
berkata masa di dunia dahulu kami bimbang terhadap keluarga, kami takut mereka
ditimpa azab Allah.Tiba-tiba boleh bertemu pada hari ini.”
Kami tidak
bimbang lagi bila bertemu di syurga ini.
“Maka
Allah mengurniakan kepada kami dan memelihara kami semua daripada azab neraka
yang membakar.”
Allah Ta’ala
memelihara daripada azab neraka yang membakar.
“Sesungguhnya
masa di dunia dahulu kami berdoa untuk mereka.”
Atas dunia
kami berdoa kepada Allah untuk keluarga kami dan sahabat-sahabat kami supaya
Allah Ta’ala mengurniakah nikmat di dunia dan akhirat.
“Sesungguhnya dialah Tuhan yang Maha Lembut dan
Penyayang terhadap hamba-hambanya.”
Sekarang
Allah Ta’ala telah memperkenankan doa kami dan masukkan kami ke dalam syurga
yang penuh nikmat dan Allah Ta’ala telah memelihara kami daripada azab neraka.
Inilah balasan yang kami perolehi dengan sebenarnya pada hari ini.
KULIAH
TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment