Monday, November 28, 2016

PINTU SYURGA DIBUKA



Hadis riwayat Muslim:

Daripada Abi Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda DIBUKA PINTU-PINTU SYURGA PADA HARI ISNIN DAN KAMIS lalu diampun setiap hamba yang tidak menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain (tidak syirik)

melainkan seorang yang berlaku diantaranya dan saudaranya perkelahian lalu dikatakan kepadanya tunggu mereka berdua ini sehingga mereka berdamai.”

Mengikut riwayat lain dari Muslim juga

“Dibentangkan amal yang baik tiap-tiap hari Kamis dan hari Isnin.”

Dalam hadis ini nabi SAW menyatakan pintu syurga dibuka pada hari Isnin dan hari Kamis. Mengikut hadis lain dibentangkan amal yang baik pada hari Kamis dan Isnin.

Orang beriman yang tidak syirik (tidak menyengutukan Allah) sama ada yang zahir atau pun yang batin (syirik besar atau kecil). Jika ada syirik amalan ditolak. Kiranya ada riak (syirik kecil) pahala ditolak tetapi amalannya sah.

Amalannya diterima melainkan orang yang ada perkelahian dengan saudaranya (berbalah). Lalu Tuhan berfirman supaya malaikat mengistiharkan tunggu mereka berdua sehingga mereka berdamai. Selepas berdamai baharulah dibuka pintu rahmat kepada mereka, baharulah dibuka pintu taubat kepada mereka.

Selagi mereka berkelahi pintu rahmat tidak akan dibuka. Perkelahian ini dimaksudkan dengan perkara dunia bukan dalam perkara agama dan tidak diizin oleh syarak.

Jadi hadis menunjukkan bahawa perkelahian seseorang Islam itu terhalang daripada masuk syurga pada hari akhirat, terhalang daripada pahalanya diangkat di sisi Allah SWT.

Ini menunjukkan persaudaraan di kalangan orang-orang Islam sangat penting dalam kehidupan kita.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment