Memisahkan Islam daripada politik
dengan dakyah politik itu kotor sedangkan Islam itu bersih. Mereka membawa
ajaran mengatakan ‘politik suku agama suku’, iaitu politik tidak ada hubungan
dengan agama.
Apa makna politik?
Politik dalam bahasa Latin atau bahasa
Inggeris dan orang barat menyebut politik dan menjadi bahasa Melayu. Bahasa
Arab disebut dengan siasah.
Politik atau siasah maknanya ialah
MENTADBIR dan MEMERINTAH NEGERI.
Mengikut agama Islam politik
adalah sebahagian daripada ajaran Islam. Ini sabit dengan nas Quran dan nas hadis
nabi SAW serta ijmak para ulamak. Yang lebih besar ialah ijmak para sahabat RA,
bukan sembarangan ulamak tetapi ulamak sahabat, dan ulamak tabi’in mengatakan
politik adalah sebahagian daripada ajaran Islam.
Adapun dalil daripada al-Quranul
Karim, diantaranya firman Allah Ta’ala: “Dan ingatlah ketika tuhan berfirman
kepada malaikat sesungguhnya aku akan jadikan atas muka bumi ini khalifah.” Diantara khalifah itu ialah politik. Allah
Ta’ala isytiharkan semenjak nabi Adam AH hendak dicipta.
Firman Allah Ta’ala:
“Sesungguhnya kami telah menurunkan kepada mu wahai Muhamad SAW akan kitab
al-Quran supaya engkau menghukum manusia dengan apa yang dinyatakan oleh Allah
dan janganlah engkau menjadi penolong kepada orang-orang yang khianat.”
Allah Ta’ala memerintah nabi SAW
supaya menghukum manusia dengan al-Quranul Karim. Diantara menghukum itu ialah
MEMERINTAH dan memerlukan PEMERINTAHAN.
Banyak ayat Quran yang tidak boleh diamalkan
melainkan kena ada politik (MENTADBIR & MEMERINTAH), kalau tidak ada
pilitik tidak boleh diamalkan ayat-ayat ini. Ayat yang berkait dengan hukum jenayah; berkait dengan Qisas, Hudud,
jihad fi sabilillah dan berkait hubungan dengan orang-orang bukan Islam. Semua
perkara ini tidak boleh diamal kalau tidak ada politik.
Kita tidak boleh sembahyang jika
tidak ada wuduk. Maka mengambil wuduk untuk sembahyang adalah wajib. Jadi kita
tidak boleh melaksanakan hukum-hukum ini melainkan dengan politik. Maka
BERPOLITIK KERANA HENDAK MELAKSANAKAN HUKUM ALLAH ADALAH WAJIB.
Adapun sunah Rasulullah SAW ialah sunah
ucapan dan sunah amalan. Sunah kauliah dan sunah amaliah. Sunah kauliah ialah sabda Rasulullah SAW:
“Dan adalah kaum Bani Israil yang menjadi pemimpin siasah mereka ialah
nabi-nabi AHTW.” (Riwayat Bukhari)
Nabi kita Muhamad SAW telah
berhijrah ke Madinah, mendirikan kerajaan Islam dan mengadakan perjanjian
dengan orang bukan Islam yang duduk di Madinah. Ini adalah amalan-amalan
politik yang WAJIB diamal orang Islam sehingga hari kiamat.
Adapun ijmak, sepakat para ulamak, yang
paling besar sepakat ialah ijmak para sahabat RA. Apabila Rasulullah SAW wafat
tiada ada siapa yang ganti Rasulullah SAW. Lalu para sahabat bermesyuarat di
Saifah Bani Saidah sehingga sebilangan besar daripada para sahabat tidak hadir
pada masa jenazah Rasulullah SAW dikebumikan.
Mereka bersembahyang sahaja dan lepas
sembahyang terus pergi ke Saifah Bani Saidah. Mereka bermesyuarat untuk memilih
siapakah yang patut menjadi ketua negara mengganti nabi SAW. Kemudian mereka
mencalonkan tiga orang. Kalangan ahli bait mencalonkan Ali bin Abi Talib RA.
Golongan Ansar mencalonkan Saat bin Ubadah RA dan kalangan muhajirin
mencalonkan Abu Bakar RA.
Akhirnya mereka bersepakat memilih Abu Bakar
menjadi khalifah. Tidak ada seorang sahabat pun yang ingkar dalam perkara ini. Ini adalah ijmak
para sahabat kerana ia adalah nas daripada Quran dan hadis nabi SAW.
Adapun ajaran mengatakan politik
tidak ada kena mengena dengan agama adalah ajaran yang masuk dalam agama
Kristian yang termasuk dalam sirkularisma. Sirkularisma
adalah ajaran salah dan barangsiapa yang ikut ajaran salah ini dengan
pengetahuannya maka jadi MURTAD (keluar daripada
agama Islam). Nauzubillahi minzalik. Kecuali mereka yang jahil dan dia kena
belajar. Walaupun begitu dia berdosa besar dalam perkara ini.
Bila politik ditinggalkan maka berlakulah kemungkaran
yang besar.
Penjajah telah menyebarkan ajaran
sirkularisma di kalangan umat Islam. Ini menjadi penyakit yang sangat
merbahaya. Daripada penyakit inilah orang Islam sanggup mengatakan hukum hudud
tidak boleh pakai, hukum Islam tidak sesuai, hukum Islam ketinggalan zaman dan
sebagainya.
Ini adalah berpunca daripada
pemisahan agama dari politik.
Apabila kerajaan Uthmaniah jatuh. Timbul Kamal Artartuk membawa ajaran ini
maka Syeikh Mustafa Sabri, Saikul Islam kerajaan Uthmaniah menulis di dalam kitabnya
‘Pendirian Akal Para Ulamak’ menyatakan bahawa MEMISAHKAN POLITIK DARIPADA
AGAMA ISLAM ADALAH JALAN YANG PALING DEKAT UNTUK MENJADI MURTAD.
Mula-mula berdosa dan
akhirnya menjadi murtad kerana hanyut dan menafikan hukum-hukum yang ada dalam
Quran; hukum pencuri dipotong tangan, hukum orang
murtad dan hukum peminum arak dikenakan hukuman hudud dan macam-macam hukum
lagi.
Mula-mula tidak diamalkan
kemudian bercakap hukum Islam tidak sesuai maka samalah dengan kita kata
sembahyang tidak sesuai dan haji tidak sesuai. Itu adalah nas Quran yang tidak
boleh dinafikan sekali-kali.
Ini semua adalah penyakit yang
dibawa oleh penjajah dan orang Kristian menulis dalam kitab Injil Mata
mengatakan bahawa apa yang berhubung dengan Allah itu hak Allah, apa yang
berhubung dengan pemerintah itu hak pemerintah. Pemerintah adalah hak manusia
tetapi agama adalah hak Allah Ta’ala. Allah Ta’ala tidak campur dalam urusan
pemerintahan.
Inilah makna memisahkan politik daripada
agama. Ini adalah ‘sesat’ yang dibawa oleh sirkularsima.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment