Orang yang menjalankan kerja-kerja Islam dikepung. Mereka dikepung
dari segi dakwah disekat dan dikepung dari segi kehidupan. Mereka yang menjalan
kerja Islam berada dalam keadaan susah tetapi mereka yang tidak menjalankan
kerja Islam berada dalam keadaan senang.
Dalam
masa yang sama orang berjuang Islam ditawar dengan kesenangan termasuk nabi
Muhamad SAW. Masa di Mekah nabi SAW ditawar menjadi raja, ditawar menjadi
pemimpin dan ditawarkan kekayaan harta-benda dengan syarat jangan membawa Islam
sebagaimana diperintah oleh Allah.
Islam
sekadar diri, jangan ganggu perkara-perkara maksiat. Cara ini tidak betul
dengan cara yang diperintah olah Allah Ta’ala. Allah Ta’ala memerintah kita
membawa Islam yang menegak tauhid dan menolak syirik. Menolak kufur, menegak
perkara yang baik dan menolak mungkar.
Jika Islam
itu dibela maka akan menerima kesusahan. Allah berfirman:
“Jangan
sekali-kali engkau wahai Muhamad SAW terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang
kafir yang menentang Islam dalam negeri yang membawa kesenangan dan kemewahan.”
Itu
di zaman nabi SAW. Dalam dunia hari ini mana-mana negara diperintah oleh orang
Islam yang bersedia untuk tidak menjalankan syariat Islam maka negera itu akan
mendapat kemudahan pinjaman daripada Bank Dunia, daripada tabung kewangan
antarabangsa.
Negara-negara
kuasa besar dunia bersedia untuk berniaga dan memberi keuntungan
sebanyak-banyaknya. Maka ekonomi berkembang pesat menyebabkan banyak
harta-benda dan duit diperolehi.
Mana-mana
negara hendak menjalankan Islam akan dikepung. Iran dan Sudan yang hendak
menjalankan Islam dikepung dan disekat. Bantuan Bank Dunia tidak diberi dan
perdagangan disekat. Ekonomi negara tidak berkembang pesat dan akan menjadi
susah.
Bagi
peringkat negeri pula, mereka yang menjalankan kerja-kerja mungkar seperti
syarikat-syarikat judi, bank-bank riba, pelancungan yang menggalakkan maksiat
bersedia memberi duit sebanyak-banyaknya kepada mereka yang tidak sedia
melaksanakan syariat Allah SWT.
Kepada
mereka yang berjuang untuk melaksanakan syariat Allah akan disusahkan. Ini
adalah ujian Allah SWT.
Ahli maksiat
mengetahui kiranya syariat Islam dilaksanakan judi ditutup, kilang arak tidak
beroperasi, tempat-tempat maksiat tidak dibenarkan dan bank riba akan mati.
Oleh itu mereka bersedia membayar sejumlah wang besar supaya maksiat itu
dikekalkan.
Dalam pilihan raya bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh
dunia mereka sanggup membeli undi rakyat supaya pendukung sistem mungkar itu
beroleh kemenangan.
Jadi
pejuang-pejuang Islam berasa terliur juga dengan duit dan kesenangan itu.
Kesilapan pejuang Islam ialah kerana mereka mahu melaksanakan syariat Allah
SWT. Itu dianggap sebagai satu kesalahan.
Jika
membenarkan segala kemungkaran maka segala kemudahan dan kemewahan dapat
dicapai.
Maka Allah
mengatakan: “Jangan engkau wahai Muhamad SAW, begitu juga umat engkau yang menegak
Islam jangan terpengaruh dengan mereka yang kufur dan menentang Islam yang
berlegar-legar dengan harta-benda dan kekayaan dan kemewahan yang ada pada
mereka.
Semua itu
adalah kesenangan sedikit sahaja dalam dunia.”
Allah Ta’ala kata semua itu kesenangan sementara sahaja.
“Kemudian
tempat mereka ialah neraka jahnam. Neraka jahnam itu seburuk-buruk tempat.”
Dengan mengundi atau menyokong pemerintah yang membenar
maksiat mereka ikut sama menjadi umpan neraka jahnam kerana mereka menolong
kemungkaran.
Barangsiap menolong perkara baik, baik dan menolong
perkara mungkar, mungkar.
“Bertolong-menolonglah kamu dalam perkara kebajikan dan
taqwa dan jangan kamu tolong- menolong dalam perkara dosa dan mungkar.” Itu perintah Allah Ta’ala.
Barangsiapa menolong perkara yang baik maka tegaklah
kebaikan walaupun susah di atas dunia. Dia mati pahala sampai kepadanya
berpanjangan kerana dia menegakkan kebaikan.
Barangsiapa yang mendukung perkara yang mungkar walaupun
mendapat kesenangan atas dunia, mungkar itu ada dengan sebab dia sokong dan dia
mati dosa akan dipikul selagi mungkar itu berterusan.
Kesenangan
yang sedikit sahaja atas dunia tetapi tempatnya dalam neraka jahnam di akhirat
Mengikut
sebuah hadis:
“Ambillah
pemberian kalau itu pemberian. Kalau yang diberi itu rasuah dalam perkara agama
maka hendaklah ditolak. Jika kamu mengambilnya maka menjadi papa kedana. Jika
tidak mengambilnya Tuhan peliharakan daripada papa kedana.”
Rasuah dalam perkara agama bermakna mengambil pemberian
dan menolak mereka yang hendak menjalankan syariat Allah. Ini bermakna dengan
pemberian itu dia kena sokong mereka yang tidak menjalankan syariat Allah
Ta’ala.
Duit yang diterima kerana rasuah dalam perkara agama
tidak diberi keberkatan oleh Allah Ta’ala. Duit itu dibelanjakan dan menjadi
darah daging, beri kepada anak isteri jadi darah daging anak isteri pula.
Duit terus menjadi duit celaka yang tidak membawa berkat
kepada darah daging kita dan akan melahirkan zuriat-zuriat yang celaka bukan
zuriat-zuriat yang baik kesan daripada makanan dimakan dengan duit kesenangan
seperti itu.
“Tetapi
orang-orang bertaqwa kepada Tuhan mereka bagi mereka syurga-syurga yang
mengalir di bawahnya sungai-sungai dan mereka kekal selama-lamanya di dalam
syurga itu.”
Hanya orang
bertaqwa sahaja yang takut mengambil rasuah itu. Orang yang tidak ada taqwa
tidak memikir apa-apa. Mereka akan mengambil rasuah, apa-apa hal fikir
kemudian.
Mereka
yang bertaqwa dimasukkan ke dalam syurga dan menjadi tetamu Allah Ta’ala pada
hari kiamat kelak.
“Dan
apa yang ada disisi Allah adalah yang terbaik bagi orang-orang yang taat kepada
Allah SWT.”
Ayat penutup
surah al-Imran memberi makna yang besar kepada nabi SAW dan umatnya yang
berjuang untuk menegakkan Islam.
Jangan
terpengaruh dengan segala pembangunan, kekayaan dan kemegahan yang ditunjukkan
menyebabkan kamu meniggalkan syariat Allah.
Nabi
Muhamad SAW semasa mendirikan kerajaan Islam di Madinah pernah bertanya isteri
ada makanan atau tidak hari ini. Bila isterinya kata tiada makanan, nabi SAW
pun berpuasa pada hari itu.
Ada
kalangan para sahabat tidur dalam masjid meletak batu atas perut untuk menahan
kelaparan kerana mereka memahami ayat ini.
Dalam
peperangan Ahzab apabila Madinah
dikepung oleh tentera Ahzab orang Yahudi belot lalu Allah Ta’ala memberi
pertolongan. Allah menurunkan angin kencang menyebabkan tentera musyrikin
berpecah dan pulang ke Mekah.
Orang Yahudi
yang belot itu hendak berunding dengan nabi SAW. Mereka sanggup membayar hasil
buah kurma di Madinah dengan jumlah yang banyak untuk menjadi makanan orang
Islam kerana mereka tahu berlaku kekurangan makanan selepas dikepung begitu
lama.
Nabi meminta
pandangan daripada para sahabat. Lalu salah orang ansar berkata, “Kami selama
ini tidak hidup dengan jasa orang Yahudi. Jangan terima buah kurma Yahudi
walaupun keadaan kita kekurangan makanan.”
Jawapan ini
ialah di atas keimanan dan keyakinan mereka terhadap Allah SAW.
KULIAHA
TAFSRI YT
No comments:
Post a Comment