1) Sakit itu Zikrullah.
Mereka yang diuji dengan
sakit lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.
2) Sakit itu Istighfar.
Kita akan mudah teringat
akan dosa kita ketika sakit sehingga mudah bibir untuk beristighfar memohon
ampun.
3) Sakit itu Muhasabah.
Orang yang sakit akan
lebih banyak waktu utk merenung diri dalam sepi dan menghitung bekal untuk
dibawa apabila kembali ke rahmatullah.
4) Sakit itu Jihad.
Orang yang sakit tidak
boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar sedaya upaya agar cepat
sembuh.
5) Sakit itu Ilmu.
Sakit akan membuat kita
mencari ilmu spt belajar tentang khasiat herba, menghafal ayat syifa', ruqiyyah
dll sbg penawar dan pendinding dari sakit. Pengalamannya pula lebih menyediakan
kita untuk mencorak hidup yg boleh mengelakkan berulangnya penyakit itu. Dan,
berkongsi pengalaman ini dengan orang lain.
6) Sakit itu Nasihat.
Mereka yang sakit selalu
suka menasihati yang sihat agar mjaga diri. Yang sihat pula menasihati yang
sakit agar bersabar.
7) Sakit itu Silaturrahim
Ahli keluarga, sahabat
dan jamaah yang jarang berjumpa akan datang menziarahi, penuh senyum, rindu
mesra dan dengan buah tangan lagi.
8) Sakit itu Gugur Dosa.
Anggota badan yg sakit
akan mendapat penyucian daripada dosa yg telah dilakukan.
9) Sakit itu Mustajab Doa.
Orang yang sakit mustajab
doanya. Imam As-Suyuthi mengelilingi kota mencari orang yang sakit agar dapat
mendoakannya.
10) Sakit itu Menyusahkan Syaitan.
Orang yang sakit apabila
diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.
11) Sakit itu sedikit
tertawa dan banyak menangis.
Satu sikap keinsafan yang di sukai oleh Anbiya'
dan makhluk di langit.
12) Sakit meningkatkan
kualiti ibadah.
Solat orang sakit lebih
khusyuk terutama dalam rukuk dan sujudnya apabila ia banyak bertasbih dan
beristghfar, berdoa n meminta ampun agar sakitnya segera sembuh.
13) Sakit itu memperbaiki akhlak.
Kesombongan terkikis.
Sifat tamak dipaksa tunduk. Peribadi akan menjadi santun, lembut dan tawadhu'.
14) Sakit mengingatkan
kita akan Mati
Membuatkan kita sentiasa
beringat untuk lebih beramal dan
beribadat.
Ayuh Zikir, Fikir, Syukur dan Sabar. Semoga kita mendapat
rahmat dan keampunan daripada Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment