Firman Allah
Ta’ala bermaksud:
“Berpeganglah
kamu sekalian kepada tali Allah yakni agama Islam dan jangan kamu bercerai
berai.”
Hari ini
kita melihat orang Islam berpecah kepada berbagai-bagai puak. Allah Ta’ala
menyatakan cara penyelesaiannya ialah balik kepada agama Allah, balik kepada
Quran dan hadis nabi SAW.
Dalam Quran ada perkara asas yang menyatukan orang Islam. Ada pula
perkara cabang yang boleh dipilih. Tidak menjadi salah memilih mazhab Hambali,
Maliki, Hanafi atau Syafie kerana semua ulamak ini berpandukan kepada Quran dan
hadis nabi SAW.
Perkara
cabang; sembahyang Subuh hendak membaca qunut atau tidak, hendak azan sekali
atau dua kali hari Jumaat, sembayang terawikh 8 rakaat atau 20 rakaat tidak
menjadi masalah kerana dibenarkan oleh syarak.
Semua pandangan
ini ada ulamaknya. Kepada orang yang mampu boleh mengkaji hujah yang paling
kuat. Bagi orang tidak mampu bolehlah ikut mana-mana pandangan dengan syarat
ulamak muktabar.
Antara
ulamak muktabar ialah imam yang empat itu, Umar bin Abdul Aziz, Sufianul Sauri
dan ulamak-ulamak lain. Mereka orang yang dipercayai berpegang kepada agama
dengan teguh dalam perkara cabang.
Dalam
perkara ASAS kita tidak boleh berbalah sekali-kali. Perkara berkait dengan
beriman kepada Allah, beriman kepada nama-nama Allah dan sifat-sifat Allah
tidak ada khilaf.
Beriman
kepada malaikat yang disebut namanya dalam Quran tidak boleh khilaf. Jika
khilaf menjadi kafir.
Beriman
dengan hari akhirat, beriman dengan qadak dan kadar tidak boleh khilaf.
Kita
mesti balik kepada asas aqidah dan balik kepada halal dan haram. Perkara yang
diwajibkan, perkara mutawatir ramai ulamak meriwayatkan tidak ada khilaf.
Perkara yang menjadi ijmak para ulamak juaga tidak khilaf. Ini semua tidak
boleh bertelingkah kerana bila dirujuk kepada Quran dan hadis ada nas yang
nyata.
Arak
adalah haram, judi adalah haram, riba adalah haram. Dalam bab ini kita mesti
bersatu.
Jika ada
orang mengatakan riba tidak menjadi hal maka kena lawan walaupun terpaksa
berpecah. Berpecah dengan mereka kerana riba haram sabit dengan nas yang kuat.
Jika dia kata riba halal maka bercanggah dengan Quran.
Judi adalah
haram. Tetapi jika mengatakan judi tidak mengapa kalau ada lesen, kita kena
berpecahlah daripada mereka.
Jadi kita perlu
beza perkara cabang dengan perkara asas.
Baca fatihah
boleh dengan bismilah atau tidak adalah perkara khilaf. Di Mekah dan Madinah
imam tidak membaca Fatihah bermula dengan Bismillah. Tidak menjadi kesalahan
kita sembahyang di belakang imam itu. Mereka bermazhab Hambli dan imam Ahmad
bin Hambal murid iman Syafie.
Ketika
towaf bersentuh dengan orang perempuan hilang atau tidak wuduk tidak menjadi
masalah kerana perkara khilaf. Ulamak Syafie kata bersentuh lelaki dan
perempuan bukan muhrim hilang air sembahyang sedangkan ulamak lain mengatakan
tidak hilang. Masing-masing ada hujah.
Perkara
cabang atau khilaf dibenarkan oleh syarak kerana nabi bersabda:
“Barangsiapa
yang beristihad dan betul mendapat dua pahala. Barangsiapa beristihad tetapi
pandangan itu salah boleh satu pahala.”
Dalam bab
menutup aurat bagi orang perempuan ulamak mengatakan muka dan kedua tapak
tangan bukan aurat. Tetapi ada ulamak mengatakan wanita di khalayak ramai muka
adalah aurat. Ini perkara khilaf tetapi tutup kepala tidak ada khilaf.
Jadi ada
perkara dibenarkan bertelingkah dan ada perkara yang mesti kita bersatu.
“Dan
ingatlah kamu akan nikmat Allah kepada kamu di mana kamu dahulu bermusuh-musuh
antara satu sama lain lalu Allah menjinakkan hati-hati kamu,
sebelum
masuk Islam kamu berperang diantara satu sama lain antaranya Aus dan Khasraj
yang duduk di Madinah sehingga mereka masuk Islam.”
Bila masuk
Islam baharulah selamat dan mereka bersatu dengan Islam. Jangan ikut orang
jahiliah yang mengajak kamu kepada semangat zaman dahulu.
Zaman dahulu mengikut kabilah dan sekarang mengikut bangsa. Arab
dengan semangat Arab, Afgan dengan semangat Afgan dan Melayu dengan semangat
Melayu dan Afrika dengan semangat Afrika.
Akibatnya
orang Islam menjadi berpecah sehingga jatuh kerajaan Uthmaniah. Tidak dinafikan
kerajaan Uthmaniah di saat akhir ada membuat kezaliman tetapi kerana marah
kepada kezaliman minta tolong orang kafir menjatuhkan kerajaan Islam tidak
dibenarkan oleh agama.
Kalau
kerajaan Islam membuat zalim kita kena sabar. Jangan sekali-kali mengajak orang
kafir mengguling kerajaan itu. Timbul perkara ini kerana kita kembali ke zaman
jahiliah.
Islam adalah
nikmat yang menyatukan kamu. Kamu dahulunya bermusuh lalu Allah menjinakkan
hati kamu maka dengan nikmat-Nya kamu bersaudara dengan persaudaraan Islam.
“Dan adalah
kamu dahulu berada di tepi gaung api neraka kerana berzina, membunuh, meminum
arak, makan riba dan berbagai-bagai kemungkaran kamu lakukan. Lalu Allah
menyelamatkan kamu dengan agama Islam. Bila masuk Islam kamu diselamatkan oleh
Allah Ta’ala.”
Oleh itu
Islam adalah nikmat yang paling besar yang tidak boleh dibanding dengan
nikmat-nikmat lain.
“Begitulah
Allah menerangkan kepada kamu akan ayat-ayat-Nya supaya kamu mendapat petunjuk
daripada Allah Ta’ala.”
Itulah
keterangan Allah Ta’ala iaitu jalan yang betul ialah Quran dan hadis nabi SAW
yang disatukan di dalam agama dinamakan Islam. Golongan-golongan ahli kitab
hendak memesungkan kamu supaya kamu gelincir daripada agama Allah.
Allah
menerangkan kepada kamu bahawa bergantung kepada tali Allah sahaja boleh
menyelamatkan kamu daripada seksa di akhirat nanti. Bergantung dengan aqidah
yang kuat, menolak syirik dan tegak di atas tauhid mengesakan Allah dalam semua
perkara.
Kamu hendaklah ingat agama Islam adalah nikmat yang paling besar
yang tidak boleh dibanding dengan nikmat lain. Nikmat lain sekadar atas dunia
sahaja. Harta benda, pangkat kebesaran dan anak-pinak hanya atas dunia sahaja.
Yang boleh menyelamatkan ialah Islam.
Sekiranya
harta di atas Islam harta selamat dan kita selamat. Sekiranya anak-pinak dan
kaum keluaga di atas Islam kita dan anak-pinak serta keluarga selamat.
Begitulah seterusnya, semua perkara jika di atas Islam semuanya selamat.
Oleh sebab itulah kita kena selamat agama dahulu. Bila
agama selamat semua perkara selamat.
Jika
harta-benda, anak-pinak, keluarga dan lain-lain diutamakan dan agama diletak di
belakang maka kita dan segala-galanya tidak selamat.
Jika
berpegang dengan agama maka kita dan segala-galanya selamat di dunia dan
selamat di akhirat.
KULIAH
TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment