Ajaran yang dibawa oleh fahaman atau teori sekularisma
ialah memisahkan agama dengan urusan dunia:
1.
Ada di kalangan mereka orang yang menolak agama habis-habisan dan mengingkari
wujudnya Allah dan ada juga yang beriman kepada Allah Ta’ala tetapi beriktikad
bahawa Allah itu tiada hubungan dengan urusan duniawi.
Jadi
golongan sekular ada dua mazhab dari segi aqidah. Pertama golongan yang menolak
agama dan menolak wujudnya Allah SWT iaitu golongan Athies
ataupun di kalangan komunis seperti Karl Mark dan
lain-lain.
Golongan
kedua pula percaya bahawa Allah itu ada. Mereka berpegang dengan agama tetapi
Allah Ta’ala itu tidak kena mengena dengan urusan dunia. Mereka memerintah
negara, berniaga dan berurusan menghalal yang haram dan mengharamkan yang
halal.
Golongan
pertama diamalkan di negara komunis dan yang kedua diamalkan di negara barat
dan negara-negara yang mengikut cara barat termasuk negara kita dan beberapa
negara orang Islam lain.
Antara
negara umat Islam yang beramal dengan komunis ialah di Asia
Tengah seperti Albania dan Bosnia. Hari ini apabila komunis tumbang
Islam bertapak semula di negara-negara tersebut.
Semasa
pemerintahan komunis masjid-masjid ditutup. Golongan tua sahaja dibenarkan
bersembahyang. Orang-orang muda tidak dibenarkan bersembahyang dan tidak
dibenarkan belajar agama Islam.
Akhirnya
ajaran komunis hancur, tidak boleh memimpin manusia. Apabila Soviet Union
tumbang negara-negara bekas takluknya masih lagi menolak agama dari segi urusan
dunia. Masjid mula dibuka semula tetapi dikawal. Agama dan Quran mula
dipelajari tetapi dikawal.
Satu
pihak lagi ialah negara blok barat iaitu Amerika dan negara-negara Eropah dan
negeri-negeri umat Islam di bawah kuasa barat. Agama dibenarkan tetapi hanya di
masjid dan tidak boleh memerintah negeri.
Alasan
mereka Allah Ta’ala dalam bab sembahyang sahaja. Dalam bab politik, ekonomi dan
bab pemerintahan adalah urusan manusia. Allah Ta’ala tidak boleh masuk campur.
Golongan kedua ini juga sesat kerana mangikut ayat-ayat
al-Quranul Karim dan hadis-hadis yang diamalkan oleh nabi SAW dalam urusan
dunia.
Allah Ta’ala berfirman: “Dan apa-apa yang dibawa oleh
rasul kamu mesti mengambilnya.”
Itu adalah perintah Allah Ta’ala. Dalam masa yang sama
ada hukum-hukum dalam Quran yang kita tidak boleh beramal melainkan ada
kerajaan atau ada kuasa politik.
Untuk
melaksanakan hukum qisas dan hukum hudud mesti ada mahkamah. Untuk mengadakan
mahkamah mesti ada kerajaan yang memerintah. Kerajaan ini ialah kerajaan yang
berkuasa menjalankan syariat Allah SWT.
Ulamak
usul fiq mengatakan barang yang tidak sempurna yang wajib melainkan dengannya
maka dia menjadi wajib. Tetapi kewajipan ini ditinggalkan oleh orang Islam.
Negara barat
yang mengatakan mereka berpegang dengan agama, akhlaknya runtuh dengan berlaku
banyak jenayah, banyak maksiat dan berbagai wabak yang menimpa. Ini menandakan
bahawa ajaran sekularisma ini ajaran karut yang telah ditunjuk oleh Allah
Ta’ala pada hari ini.
2. Kehidupan
itu berasaskan kepada ilmu sains semata-mata dan berada di bawah kekuasan akal
dan ujian melalui percubaan. Sekularisma juga bertuhankan sains kerana kajian
dibuat berpandukan akal semata-mata.
Bukan
semua perkara boleh dikesan oleh akal. Banyak perkara tidak mampu difikir oleh
akal semata-mata. Banyak kajian baru menunjukkan kajian sains zaman dahulu
adalah salah.
Ini
menunjukkan bahawa manusia tidak boleh berpandu kepada sains semata-mata.
Mestilah berpandukan kepada petunjuk dan syariat Allah Ta’ala.
3.
Mengadakan sekatan diantara alam ruhani dengan alam kebendaan dan menganggap
nilai-nilai keruhanian itu menghalal kemajuan dan memberi kesan yang tidak baik
kepada urusan duniawi.
Mereka
memisah diantara ruhani dengan duniawi. Ini adalah satu perkara yang salah.
Ruhani dan duniawi tidak diboleh dipisah macam gula dengan manis, macam pedah
dengan lada, macam masin dengan garam dan ruh dengan jasad.
Jasad kita
nampak tetapi ruh kita tidak nampak. Lada kita nampak pedahnya tidak nampak,
gula nampak manisnya tidak nampak. Ada perkara ruhani yang tidak boleh dirasa
dan tidak boleh dikesan tetapi berlaku dalam kehidupan manusia.
Pemisahan
diantara ruh dan jasmani menjadi punca kegagalan undang-undang barat yang bukan
peraturan Islam. Sebagai contoh Islam mengharamkan rasuah undang-undang manusia
juga mengatakan salah.
Jika
didapati bersalah kerana rasuah akan dihukum mengikut undang-undang manusia.
Islam kata rasuah haram dan dihukum, kedua-dua sekali. Jadi ada ruh dalam
undang-undang Islam. Undang-undang barat gagal kerana tidak ada ruh di
dalamnya.
Rasuah tidak
dilakukan secara terang-terangan kerana bila ditangkap akan dihukum. Untuk
mengelak daripada ditangkap rasuah dilakukan secara sembunyi atau secara sulit
dan boleh dilakukan di luar negara.
Undang-undang
Islam berlaku di mana-mana pun tidak boleh melepas diri daripada Tuhan.
Dalam
undang-undang manusia, ada manusia kebal kerana undang-undang duduk di
bawahnya. Jadi yang dikenakan hukuman ialah orang bawah. Inilah yang berlaku
dalam undang-undang ciptaan manusia.
4.
Memisahkan agama dengan politik dan menegakkan kehidupan berdasarkan kepada
kepentingan kebendaan kerana semua perkara ini menurut mereka tidak boleh
dikendalikan oleh agama.
Mereka
berkata agama tidak boleh memerintah. Paderi-paderi duduk digereja, jangan
ganggu pemerintahan. Diajar pula kepada orang Islam. Imam-imam duduk masjid dan
jangan campur tangan hal pemerintahan dan hal-hal dunia.
Ini
adalah pemisahan politik (tadbir dan memerintah) daripada agama. Ini
bertentangan dengan Islam. Dalam Islam politik adalah sebahagian daripada
agama. Agama mesti memandu politik.
Jika
politik dipisahkan daripada agama politik akan memerintah agama pula. Khutbah
Jumaat kena ikut arahan mereka, pengajaran agama di masjid-masjid dan
surau-surau kena ikut arahannya dan ayat Quran yang hendak diajar dan dibaca
kena pilih-pilih.
Bila politik
memerintah agama maka keadaan menjadi rusak. Dan ini adalah ajaran yang dicipta
pihak barat. Akhirnya agama menjadi terhakis sebagaimana berlaku di dunia barat
pada hari ini.
Pada mulanya
orang-orang barat mengenal agama dengan tiga masa. Pertama lahir ke dunia anak
yang dilahirkan dibawa ke gereja untuk dimandikan supaya bersih daripada dosa. Bila
hendak kahwin di bawa ke gereja dan bila mati mayat dibawa ke gereja.
Kemudian
anak yang dilahirkan tidak dibawa ke gereja, perkahwinan tidak dibuat di gereja
memadai dengan register sahaja. Bila mati tidak perlu dibawa ke gereja.
Akhirnya
gereja menjadi kosong di negara-negara barat hari ini. Untuk menyelamat agama
paderi-paderi terpaksa menyebar agama Kristian di negara-negara yang dianggap
sebagai orang bodoh, negeri-negeri bekas jajahan penjajah.
Di negara
barat agama Kristian sudah tidak diterima masyarakat. Oleh kerana berlaku
perkembangan pesat Islam di barat gereja-gereja dibeli orang Islam dan
dijadikan masjid.
Di England,
German, Peranchis, Belanda dan lain-lain beberapa buah gereja dibeli oleh orang
Islam. Akibatnya ada kerajaan membuat undang-undang tidak dibenar gereja
dijual.
Jika orang
Islam mengikut perangai mereka, tinggalkan masjid akhirnya masjid juga dijual.
Oleh itu kita tentang ajaran sekularisma habis-habisan dan pastikan Islam
memerintah politik.
5.
Melaksanakan dasar pragmatism atau pragmatisma (mengikut keadaan) dalam semua
perkara dalam kehidupan menurut kepentingan duniawi.
Selira
berubah-ubah mengikut keadaan. Jika kapitalism difikir sesuai maka ikut
kapitalism. Jika sosialism difikirkan elok ikut sosialism. Maka agama Islam pun
kena hanyut begitu juga. Mula-mula halalkan riba kemudian mencari jalan
bagaimana riba hendak dijadikan halal.
Orang-orang
alim dipanggil supaya membuat fatwa. Macam-macam seperti dharuratlah,
muslahahlah dan sebagainya.
Jadi agama
Islam menjadi hanyut. Puncanya kerana mengikut keadaan.
Pada
mula-mula kemerdekaan agama dipisahkan dari politik kerana pengaruh penjajah.
Kemudian Islam dijadikan agama negara. Di upacara-upacara kerajaan orang Islam
membaca doa selamat kerana Islam agama negara. Bila ada sesuatu perkara orang
Islam disuruh sembahyang hajat.
Akhirnya
di majlis yang sama orang Islam membaca doa, orang Hindu membaca doa mengikut
caranya dan orang Budha pun membaca doa mengikut caranya kerana semua agama
percaya kepada tuhan. Maka menjadi punah-ranah.
Asalnya
orang Islam raya orang Islam, orang Hindu raya mereka, orang Budha raya mereka
dan Kristian merayakan raya mereka. Kita tidak boleh melarang mereka hendak
meraya hari raya mereka. Akhirnya campur raya. Ini dia pragmatisma iaitu dasar
mengikut keadaan.
Ada juga
orang mengatakan bukan pragmatism tetapi hanyutisam, aliran hanyut bersama
pengaruh.
Inilah
pengaruh sekularisma yang dibawa oleh barat yang merupakan senjata serangan
pemikiran. Dan orang Islam ikut sama terpengaruh.
Sabda
Rasulullah SAW: “Kamu akan mengikut golongan ahli kitab sedikit demi sedikit
akhirnya mereka masuk dalaam lubang biawak kamu ikut sama.”
Lalu sahabat
bertanya: “Adakah mereka orang Yahudi atau Nasora wahai Rasulullah?”
“Siapakah
lagi! Mereka itulah kata Rasulullah.”
Ertinya
sekularisma dibawa oleh Yahudi dan Nasroni dan jika Islam ikut maka orang Islam
akan menjadi hanyut. Mula-mula fasik dulu, kemudian zalim dan akhirnya menjadi
kafir.
Firmat Allah
Ta’ala:
“Wahai
orang-orang beriman jika sekiranya kamu mentaati akan satu golongan di kalangan
ahli kitab nescaya mereka itu memesongkan kamu daripada kamu menjadi orang
beriman kamu menjadi kafir.”
Mula-mula
tidak boleh beramal dengan Islam kerana tiada kuasa dan takut huru-hara. Bila
kita kuat nanti kita beramallah. Mula-mula zalim kemudian menjadi kafir kerana
mereka akan bercakap jika melaksanakan Islam akan menjadi huru-hura, Islam
tidak sesuai, negara tidak maju dan sebagainya.
Jika
sekiranya mereka mengatakan undang-undang Islam ini bagus tetapi kita tidak
mampu lagi dan mereka berusaha dan berjuang sedaya upaya supaya Islam
dilaksanakan, maka terlepas daripada dosa.
Tetapi
jika mereka ada kuasa dan mengetahui syariat Islam itu baik, tetapi tidak
melaksanakannya maka hukumnya zalim.
Peminum
arak mengetahui arak itu haram, dia minum kerana tabiat. Maka dia berdosa.
Tetapi kalau dia kata arak itu halal maka menjadi kafir.
Jadi
sekularisma adalah ajaran salah yang disebarkan dalam dunia Islam yang perlu
kita sedar dan menentangnya.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment