Monday, November 21, 2016

ABU ZAR DIBUANG DAERAH


Abu Zar termasuk kalangan sahabat yang awal masuk Islam. Dia bukan daripada penduduk Mekah. Dia daripada Bani Rifah dan duduk di luar daripada negeri Mekah.

Bila dia mendengar kewujudan nabi Muhamad SAW, dia pergi ke Mekah kerana mencari nabi SAW untuk masuk Islam. Dewasa itu Mekah dalam keadaan ketakutan kerana tidak ramai orang Islam.

Dia bertanya seorang demi seorang, akhirnya terdapat seorang sahabat yang sudah masuk Islam berani membawanya menemui nabi SAW lalu masuk Islam.

Bila masuk Islam dia minta izin nabi untuk memberitahu kepada orang ramai bahawa dia masuk Islam. Nabi memberitahu kepadanya masa ini Mekah dalam keadaan merbahaya.

Tetapi tiba-tiba dia pergi dekat Ka’abah mengisytiharkan dirinya masuk Islam lalu dipukul beramai-ramai oleh orang musyrikin Mekah hingga tenat. Terdapat seorang musyrikin masa itu mengatakan bahaya memukulnya kerana dia adalah daripada Bani Rifah.

Bani Rifah tinggal di jalan laluan Khurais. Jika kita keluar kita akan diserang oleh anak-beranaknya. Akibatnya Abu Zar dibebaskan.

Abu Zar seorang sahabat yang disayangi oleh nabi SAW. Nabi melantik orang-orang memegang jawatan gobernor, tentera, hakim dan guru, tetapi Abu Zar tidak dilantik.

Bila mengetahui tidak dilantik dia menemui Rasulullah dan bertanya mengapa tidak dilantik. Nabi berkata:

“Wahai Abu Zar kamu lemah, memegang jawatan adalah amanah dan membawa penyesalan di hari kiamat kelak.”

Nabi pernah menyebut: “Kasihan Abu Zar, dia mati keseorang dan dibangkit dalam keadaan keseorangan.”

Zaman Saidina Uthman bin Affan RA, zaman negara Islam meluas dan harta negara banyak, dia mengempen supaya sedekah yang disunatkan menjadi wajib.

Zakat sudah diwajibkan, ada kharaj dan ada jiziah, sedekah hendak diwajib juga. Oleh kerana dikempen begitu maka ramailah orang-orang miskin terpengaruh dan bersetuju dengannya. Akibatnya Saidina Uthman RA mengambil tindakan membuang derah kerana dia membawa satu ajaran yang memesongkan orang lain.

Beliau dibuang daerah di luar daripada Madinah. Dia mati seorang kerana kebetulan isterinya tiada di rumah. Nabi sebut mati seorang maka benar percakapan nabi.

Jadi ada sahabat-sahabat nabi yang salah ijtihad. Abu Zar sahabat nabi dia tidak dilantik sebarang pemimpin kerana dia seorang yang lemah. Jika dilantik pemimpin orang yang lemah akan membawa penyesalan di akhirat kelak.

Sahabat-sahabat seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Ali, Abu Musa As-Syaari dan Abdullah bin Abas dihantar ke mana-mana untuk menjalankan tugas tanpa soal kerana nabi tahu mereka layak menjadi pemimpin.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment