Hadis riwayat Muslim:
“Dan
daripada Abu Hurairah RA katanya sabda Rasulullah SAW dua kumpulan di kalangan
ahli neraka yang aku tidak sempat melihat kedua-duanya, satu kaum bersama dengan mereka pemiat seperti
ekor-ekor lembu memukul dengannya akan manusia,
dan perempuan-perempuan yang memakai pakaian yang seperti
bertelanjang yang sengaja menggoda dan melakukan godaan di atas kepala mereka
hiasan seperti gah-gah unta,
mereka
tidak masuk syurga dan tidak mencium bau syurga, dan sesungguhnya bau syurga
itu didapati dari jarak yang terlalu jauh.”
Hadis ini
amaran daripada nabi SAW supaya umatnya tidak melakukan dosa besar yang
dilakukan oleh dua kumpulan manusia.
Kumpulan ini
walaupun tidak sempat dilihat oleh nabi SAW tetapi akan berlaku di akhir zaman.
Pertama:
Kumpulan
yang melakukan kezaliman dan kejahatan. Kerjanya memukul orang dengan pemiat
seperti ekor lembu. Ini jenis manusia ditugaskan untuk
memukul orang, untuk membuat kezaliman kepada orang seperti memukul orang yang
tidak bersalah dan tidak layak menerima hukuman itu.
Mereka
melakukan kerana mengikut arahan ketuanya. Ini termasuk di kalangan ahli
neraka.
Ini
menunjukkan bahawa kita diharamkan mengikut arahan-arahan yang zalim dan
pemimpin yang zalim.
Disebut
dalam Quran: “Dan ingatlah pada hari dibalik-balikkan muka ahli neraka di dalam
neraka (macam dibalik-balikkan barang yang digoreng dalam kuali), lalu ahli
neraka itu berkata,
wahai Tuhan
alangkah baiknya masa di dunia dulu aku mentaati Allah dan mentaati rasul-Nya
(ikut Quran dan hadis – taat kepada Allah dan taat kepada rasul)
dan mereka berkata lagi, wahai Tuhan! sebenarnya di dunia dulu KAMI MENTAATI
PEMIMPIN-PEMIMPIN KAMI DAN KETUA-KETUA KAMI,
MEREKALAH
YANG TELAH MENYESATKAN KAMI, WAHAI TUHAN SEKSAKANLAH MEREKA DENGAN SEKSA YANG
BERKALI GANDA LAGI (kerana mereka yang mengajar kami membuat perkara yang
bercanggah dengan arahan Allah dan rasul dan laknat mereka dengan laknat yang
sebesar-besarnya)
Ini
menunjukkan bahawa kita tidak boleh mengikut arahan yang zalim, perintah yang
zalim dan di bawah kerajaan yang zalim. Jadi ketua yang zalim masuk neraka dan mereka yang mengikut
arahannya masuk neraka juga.
Kumpulan ini
berlaku di akhir zaman dan nabi kata macam ekor lembu. Mereka langsung tidak
berfikir. Mereka kira boleh upah atau makan gaji sahaja
tanpa mengira arahan zalim atau pun tidak. Nabi kata mereka ahli neraka.
Kedua:
Perempuan-perempuan yang memakai pakaian seperti bertelanjang. Sama
ada memakai pakaian yang ketat atau nipis yang menampakkan anggotanya. Sudah
menutup aurat tetapi macam telanjang.
Sesetengahnya kepala tudung elok tubuh memakai pakaian yang ketat
laksana bertelanjang. Ataupun memakai pakaian yang tidak cukup, separuh tutup
dan separuh lagi tidak tutup seperti memakai T-Shirt tangan pendek.
Mereka berhias pula kepala dengan berbagai-bagai hiasan macam gaf
unta.
Nabi kata mereka ini tidak masuk syurga dan tidak
mencium bau syurga. Ini bermakna masuk nerakalah.
Jadi kena
jaga anak isteri kita. Sekarang semakin ramai berpakain seperti tersebut.
Memakai pakaian tetapi ketat.
Ini bukan
orang kata tetapi Tuhan kata, Tuhan suruh memakai pakaian yang menutup aurat
sebagaimana yang diarahkan.
Kita kena ingat, ini adalah amaran nabi SAW. Orang perempuan yang
memakai pakaian tidak menutup aurat dengan sempurna tidak mencium bau syurga
dan tidak masuk syurga dan sesungguhnya jarak bau syurga itu terlalu jauh.
Diriwayatkan
jaraknya lima ratus tahun perjalanan kerana membuat perkara dosa besar.
Ini diantara bencana yang akan berlaku di akhir zaman dan kita
dapati apa disebut dalam hadis itu sudah berlaku sekarang.
Manusia
sudah hilang sifat kemanusiaannya menyebabkan mereka melakukan dosa-dosa besar
ini.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment