Al-Quran
memberitahu kepada kita bahawa manusia dimasukkan ke dalam neraka kerana tidak
sembahyang, kerana menyalahgunakan harta, kerana bercakap tidak betul
termasuklah politik tidak betul.
Firman Allah
Ta’ala: “Lalu ditanya penghuni neraka pada hari kiamat kelak, mengapa dibakar
dalam neraka.
Lalu mereka
menjawab di dunia dahulu kami tidak sembahyang, kami tidak perduli kepada orang
miskin, kami tidak mengeluarkan zakat. Ada menjawab kerana kami bergaul,
bercakap, bergurau, berceramah dan berada dalam majlis yang tidak betul dengan
Islam
Dan kami
membohongi adanya hari kiamat sehingga datang kematian baharulah kami percaya.”
Ini satu
golongan.
Dalam ayat
lain Tuhan berfirman: “Dan ingatlah di hari kiamat kelak ketika ahli-ahli
neraka dibalik-balikkan muka termasuklah
jasad mereka di dalam api neraka sebagaimana dibalik-balikkan ikan yang
dipanggang di atas api, berkatalah mereka alangkah baiknya jika di dunia dahulu
kami mentaati Allah dan mentaati rasul
Dan
mereka berkata lagi wahai tuhan sebenarnya di dunia dulu kami mentaati
ketua-ketua dan pemimpin kami, merekalah yang telah menyesatkan kami, wahai
tuhan kami seksakan mereka dengan seksa yang pedih dan laknatkan mereka dengan
laknat yang sebesar-besarnya.”
Ini
menunjukkan bahawa diantara mereka yang masuk neraka adalah kerana politik
tidak mengikut syariat Allah yang ada dalam Quran.
Mereka
yang memerintah negara tidak mengikut petunjuk yang diajar oleh nabi Muhamad
SAW.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment