Kita disogok dengan fakta palsu.
Ambil garam lebih kena darah
tinggi (Ini protokol yahudi) Back to cara hidup Nabi ye.
~ Sebelum makan Nabi letak
secubit garam di lidah untuk elak santau dan tapis makanan yang akan di makan.
~ Sampai di tempat baru, Nabi
ambil garam dulu untuk sesuaikan hormon terlebih di tempat baru.
~ Untuk ubat penyakit rohani,
air perlu di campur garam terutama sihir dan santau. Kenapa ye? Allah dah cipta
garam untuk penarik toksid/asid/racun dalam darah atau tubuh dan juga penarik
unsur-unsur negatif.
~ Pengamalan Pengamal Perubatan
Islam untuk bersih rumah atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling
rumah.
~ Garam juga unsur yang boleh
'balance' balik sistem tubuh kita.
~ Garam boleh jadi rosak
apabila dimasak atau bertindakbalas dengan suhu yang tinggi/panas, maksudnya
kalau nak masak. Guna garam bukit dan jangan bubuh garam masa makanan
menggelegak atas dapur. Tutup api dan biar suhu turun dulu, baru letak garam.
~ Kita panggil bubuh garam atas
darat macam org arab buat. Bubuh garam masa nak makan. Sebab? Garam ada sodium
dan potassium... Tubuh perlu potassium lebih. Kalau panas garam hanya tinggal
sodium, potassium rosak dalam suhu panas. Sebab tu kena darah tinggi.
~ Selok-eloknya di tempat makan
sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah Rasulullah SAW mencalit secubit
garam menggunakan jari kelingking kanan dan dletakkan ke lidah bahagian depan.
Ianya akan mngaktifkan kelenjar enzim penghadaman.
Khasiat
Garam dalam Perubatan Islam ada beberapa petua penggunaannya.
1. Merendam kerang supaya
hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat
dengan asalnya. Kerang berasal dari laut dan garam digunakan untuk meneutralkan
keburukannya (tahi).
2. Mengurang tahap kemasinan
ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya
dengan merendam dalam air garam juga.
3. Mengubat gout. Gout disebabkan
pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai
boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam
kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.
4. Merawat cirit-birit. Minum
air yang dicampur sedikit garam.
5. Merawat mabuk perjalanan. Untuk
merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air kemudian di minum sebelum
memulakan perjalanan.
6. Garam diguna untuk merawat
kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.
7. Menambah imuniti badan
akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri
Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan
terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.
8. Menghilangkan penat kerana
kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau
bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.
9. Mengelak sihir/gangguan jin
bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang
dibaca padanya dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah
al-Baqarah
– 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.
10. Mengelak gangguan
syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi menangis waktu malam disebabkan dia
nampak syaitan, bukan kerana lapar. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur
dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam
gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.
11. Mengubat orang yang
diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir), cara mengubatnya
ialah dengan meletakkan garam yang dibaca al-Fatihah di perdu lidah. Perdu
lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau
lidah.
Beza Garam
Putih, Garam Bukit & Garam Semulajadi.
Perbezaan di antara garam bukit
yang didakwa garam 'asli' dan garam semulajadi dari pergunungan Himalaya serta
garam laut. Ramai yang terkeliru dengan jenis-jenis garam yang terdapat di
pasaran hari ini dan mereka kurang mendapat maklumat tentang mana satu yang
terbaik untuk tubuh kita. Garam ialah sejenis mineral.
Dalam bahasa kimia, ia
dipanggil sodium klorida. Garam menambah perisa kepada makanan dan sebagai
bahan pengawet. Garam adalah satu-satunya jenis 'batu' yang boleh dimakan
manusia. Apa saja jenis garam sama ada garam bukit, garam laut atau garam putih
datang dari alam semulajadi. Kaedah pemprosesan selepas itu menjadikan
garam-garam ini berbeza. Garam putih berasal dari lautan atau batu dari gunung.
Ia sebenarnya sudah diproses
dan 'dibersihkan' agak keterlaluan. Sama seperti memproses gula tebu untuk
dijadikan gula putih. Garam putih boleh didapati di kedai-kedai runcit biasa.
Walaupun ia berasal dari alam semulajadi, ia sudahpun melalui proses kimia dan
menjadikan ia tidak sesuai untuk tubuh manusia.
Tetapi 99% pengguna di negara
ini masih menggunakan garam jenis ini untuk masakan. Garam laut pula berasal
dari lautan. Warnanya agak kelabu tidak seperti garam putih yang berwarna putih
'bersih'.
Garam laut didapati dari lautan
dan dikeringkan melalui proses evaporasi cahaya matahari untuk mendapatkan
kristal. Ia hampir 100% asli dan lebih baik dari garam putih. Garam bukit
(seperti gambar) pula berasal dari gunung-ganang. Warnanya ialah kemerahan atau
pink. Yang terbanyak di pasaran ialah garam Himalaya - iaitu digali dari batu
mineral di pergunungan Himalaya.
Garam ini adalah adalah seratus-peratus asli
dan hampir tidak diproses. Ini adalah jenis garam yang terbaik untuk manusia.
Ia mengandungi mineral-mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia seperti
potasium, kalsium, magnesium, zink dan berpuluh-puluh jenis mineral lain.
Pergunungan Himalaya boleh
dikatakan masih bebas dari pencemaran alam dan garam di sini adalah jenis yang
terbaik.
Garam bukit asli ini juga boleh
diperolehi di kawasan pergunungan negara-negara Eropah tetapi di sini terdapat
banyak pencemaran.
Terdapat satu senario jenis
garam yang terdapat di pasaran yang didakwa 'garam asli' atau 'garam bukit'
tetapi yang peliknya ia berwarna putih bersih hampir tiada beza dengan garam
putih biasa. Agak melucukan ia dikatakan adalah garam asli.
Sebenarnya ia bukan jenis yang
berbeza tetapi sama dengan garam putih. Dakwaan sebegini adalah salah satu
strategi pemasaran (penipuan produk) kerana semua garam putih berasal sama ada
dari lautan atau gunung. Disebabkan ia diperolehi dari gunung, maka dengan
mudahnya pengeluar meletakkan label sebagai 'garam bukit' dan 'garam asli'.
Jika ia benar-benar garam asli
yang diambil dari kawasan pergunungan, warnanya tidak seputih sedemikian rupa.
Jadi, ia sudah pasti diproses secara keterlaluan. Hari ini, berbagai helah
telah digunakan oleh pengeluar untuk menarik perhatian pelanggan dan sebagai
pengguna, kita perlu bijak mendapatkan informasi terkini dan menyelidik apa
agenda di sebalik semua dakwaan itu.
5 MAKANAN SUPER YANG DAPAT
MENGGELAKKAN ARTERI DARIPADA TERSUMBAT
Nukilan: www.stethnews.com
Tarikh: 17.11.2015
Tarikh: 17.11.2015
No comments:
Post a Comment