Monday, November 28, 2016

LEBAR SYURGA


Firman Allah Ta’ala: “Dan syurga yang lebarnya segala langit dan bumi.”

Jika lebar syurga laksana langit dan bumi berapa pula panjangnya. Panjang sudah tentu lebih lagi walaupun ada para ulamak mengatakan bahawa syurga itu berbentuk sama, panjang sama dengan lebar (empat persegi tepat)

Jadi luas syurga adalah tidak terhingga iaitu diantara langit dan bumi.

Kita bukan sahaja disuruh segera memohon keampunan daripada Allah Ta’ala tetapi memohon syurga yang dijanjikan oleh Allah Ta’ala.

Mengikut hadis nabi bersabda sekiranya kamu hendak minta syurga mintalah syurga al-Firdaus kerana al-Firdaus berada di tengah-tengah syurga dan arasy Tuhan yang Rahman berada di atasnya.

Daripada syurga Firdaus itulah datangnya sungai-sungai ke syurga-syurga lain.

KULIAH TAFSIR YT


No comments:

Post a Comment