Ayat-ayat ini menyatakan perbezaan antara orang beriman dengan orang munafik.
Orang
beriman ialah orang yang sungguh-sungguh beriman dengan hati yang ikhlas kerana
Allah SWT. Mereka bersama dengan nabi
SAW.
Masa
tidak ada nabi mereka terus dengan ajaran nabi.
Orang-orang
munafik ialah mereka yang berpura-pura Islam. Walaupun nabi SAW diberitahu oleh
Allah siapa dia orang munafik, nabi tidak memberitahu kepada para sahabatnya
kecuali segelinter sahaja.
Golongan
munafik ini dibenar datang ke masjid. Mereka ada dua golongan. Ada yang menjadi
pemimpin kepada musuh-musuh Islam untuk melapurkan kepada musuh-musuh Islam
mengenai perkara yang merosakkan Islam.
Ada
juga golongan munafik ini mencari kesempatan. Hari ini dinamakan oportunis. Jika Islam
menang mereka memperolehi keuntungan dan kalau Islam kalah pun mereka boleh
keuntungan juga. Tempat Islam dia datang dan tempat lawan Islam pun dia hadir.
Hatinya
ragu terhadap Islam dan perjuangan Islam.
“Pada hari
kiamat engkau melihat wahai Muhamad SAW orang-orang beriman lelaki dan
perempuan berjalan dengan cahaya mereka.”
Bermakna
orang-orang beriman lelaki dan perempuan tuhan berikan cahaya bila mereka
berjalan pada hari kiamat.
Ada
kalangan ulamak antaranya al-Hasan menyatakan cahaya ini diberi ketika berjalan
di atas syirat iaitulah jambatan yang dibentangkan di atas neraka. Tidak
seorang pun yang boleh melarikan diri daripada melalui di atas jambatan ini.
Sesetengah
ulamak mengatakan cahaya ini berlaku di padang mahsyar ketika manusia dalam
keadaan ketakutan sehingga rasul-rasul berdiri atas lutut dan tidak boleh
membetulkan lutut-lutut mereka.
Kemudian
Allah Ta’ala jadikan setiap orang beriman sama ada lelaki atau perempuan
membawa diri masing-masing. Suami tidak dapat menolong isteri dan isteri tidak
boleh menolong suami.
Adik-beradik
tidak boleh menolong adik-beradik. Ibu-bapa dan anak-anak tidak boleh menolong
antara satu sama lain.
Masing-masing
berjalan dalam keadaan di hadapan mereka ada cahaya dan di sebelah kanan mereka
ada cahaya. Cahaya ini ialah cahaya iman di hadapan mereka dan di kanan mereka
ialah cahaya daripada buku amalan salih yang dibuat di atas dunia.
Ayat ini
dihuraikan oleh banyak hadis.
Ada
ulamak mengatakan cahaya itu ialah cahaya petunjuk al-Quran. Sejauh mana Quran
diyakini dalam kehidupan dunia.
Mengikut
Ibni Mas’ud cahaya dibawa mengikut kadar iman mereka.
Ada orang cahayanya seperti pokok tamar yang besar dan berjalan dengan terang.
Ada orang cahayanya seperti manusia yang berdiri.
Ada
orang cahayanya berdiri di ibu jari kakinya, sekali nyala dan sekali padam.
Tetapi mereka boleh berjalan juga.
Ini
berdasarkan kadar iman dan amalan masing-masing.
Mengikut
hadis lain:
Sabda
Rasulullah SAW: “Sesungguhnya di kalangan orang-orang beriman itu ada orang
cahayanya meneranginya dengan jarak yang luas laksana Madinah dan Adan (sebuah
pelabuhan di Yaman Selatan) ataupun diantara Madinah dan Sonaat (Ibu Negeri
Yaman)
dan ada
orang yang kurang daripada itu dan ada orang cahayanya di tempat melangkah
kedua kakinya.
Lalu dia
mengambil cahaya itu berjalan di atas syirat di mana cahaya ini menjadi pemandu
untuk masuk syurga.”
Malaikat
berkata kepada mereka: “Berita gembiralah untuk kamu pada hari ini.”
Allah Ta’ala
berfirman: “Untuk kamu syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai
daripada air biasa, sungai bersusu yang tidak berubah rasanya, sungai daripada
air madu yang bersih daripada lilin dan sungai arak yang tidak memabukkan.
Mereka kekal
di dalamnya selama-lamanya.”
Tidak ada
mati dan tidak ada tua.
“Itulah dia kemenangan yang paling besar.”
Di atas
dunia kamu berjuang ada menang dan ada kalah. Payah mencapai kemenangan kerana
musuh-musuh kamu lebih besar dan lebih kaya daripada kamu.
Selepas
menang kalah pula. Ditewaskan dalam masa yang cepat. Kezaliman mereka dalam
masa yang panjang.
Bila pergi
ke akhirat jika kamu beriman dan mati dalam istiqamah (jalan benar), itulah
kemenangan paling besar yang akan dicapai pada hari kiamat kelak.
Allah Ta’ala
menurunkan ayat-ayat ini di Madinah ketika nabi SAW dan para sahabatnya
dikepung oleh musuh-musuh yang datang dari seluruh pelusuk dunia.
Seterusnya
Allah Ta’ala mendedahkan orang-orang munafik terutama mereka yang hadir dalam
masjid nabi SAW seperti Abdullah bin Ubai. Mereka mendengar ayat-ayat
diwahyukan.
Ada
di kalangan mereka yang sedar dan insaf lalu beriman. Ada diantara mereka
sampai mati dalam keadaan munafik kerana tidak bertaubat.
“Pada hari
ini berkatalah orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan.”
Menunjukkan
munafik ini ada lelaki dan ada perempuan yang bertugas dengan tugas
masing-masing untuk menentang Islam dari dalam. Mereka menjadi alat kepada
musuh-musuh Islam.
“Berkatalah
orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan kepada orang-orang
beriman tunggu kami, kami hendak menumpang cahaya kamu.”
Ini adalah
kerana atas dunia mereka duduk sebelah menyebelah dengan orang-orang beriman
dalam masjid. Ada di kalangan mereka yang ikut sama nabi SAW berjihad tetapi
duduk di belakang sahaja.
Pada hari
kiamat mereka duduk dekat juga. Mereka berkata: “Tunggu kami, kami boleh
tumpang cahaya kamu. Lalu dikata kepadanya pergi ke belakang.” Mereka dihalau
ke belakang.
“Maka
ambillah cahaya kamu sendiri.”
Ada
ulamak mengatakan yang berkata begitu adalah malaikat-malaikat yang mengiringi
mereka.
Atas dunia kita boleh menumpang cahaya lampu orang lain. Tetapi di
akhirat tidak boleh ambil atau tumpang cahaya orang lain walaupun duduk
berdekatan dengan mereka yang ada cahaya.
Ada ulamak
mengatakan orang beriman yang berkata begitu. Kawan atas dunia dulu yang
berkata pergi dan ambil cahaya sendiri.
“Lalu
diletakkan dinding atau tembak yang memisahkan antara orang beriman dengan
orang munafik.”
Ada ulamak
mengatakan Baitul Makdis di Palastin akan menjadi padang mahsyar di hari
kiamat. Tembak itu ialah tembak Baitul Makdis yang memisahkan di antara orang
Islam dengan orang kafir dan orang munafik.
“Di sebelah
dalamnya rahmat daripada Allah.”
Sebelah
orang beriman ada rahmat dan limpah kurnia daripada Allah Ta’ala.
“dan di
sebelah luarnya yang berada di arah orang munafik itu ialah azab.”
Orang
munafik berada dalam tembak yang memisahkan mereka daripada pergi ke syurga.
“Lalu
orang-orang munafik memanggil saudara-saudara mereka yang beriman.”
Bila ada
tembak mereka tidak dapat melihat lagi saudara-saudara mereka yang beriman.
Lalu mereka memanggil saudara-saudara mereka.
“Tidakkan
kita bersama di dunia dahulu.”
Dulu kita bersama dalam masjid atas dunia dahulu. Kita bersama
dalam majlis ilmu dan majlis berceramah dan sama-sama ikut nabi. Sila angkat
aku bersama dengan kamu.
Jawab
orang beriman: “Bahkan ya! Memang kita bersama dahulu, tetapi kamu telah
menggoda diri kamu sendiri dalam masa yang sama kamu menunggu Islam ini kalah.”
Kamu
memang bersama dengan aku atas dunia tetapi dalam hati kamu, kamu mengharapkan
Islam kalah dan mengharapkan nabi mati. Kamu bekerja bagi pihak musuh Islam
untuk mengalahkan Islam.
Inilah dia
apa yang berlaku atas dunia didedahkan oleh Quran. Allah Ta’ala Maha Mengetahui
segala-galanya. Oleh itu jagalah diri masing-masing sebelum hari kiamat.
“Dan kamu ragu-ragu terhadap Islam ini.”
Islam
ini betul atau salah. Hukum hudud ini buruk atau baik. Hukum Islam ini boleh
dilaksanakan atau pun tidak. Islam sampai bila-bila tidak boleh menang.
“Lalu kamu
digoda oleh cita-cita untuk mendapat kemenangan.”
Kamu
digoda oleh cita-cita untuk naik pangkat, cita-cita untuk mendapat subsidi,
untuk boleh benda dan bantuan.
“Sehingga
datangnya urusan Allah iaitu kamu dimatikan oleh Allah.”
Bila Allah
Ta’ala mematikan kamu maka kamu tidak boleh membuat apa-apa lagi.
“Maka pada
hari ini tidak diambil daripada kamu sebarang tebusan.”
Hari ini
kamu tidak boleh tebus diri kamu walaupun dengan dunia dan segala isinya.
“Wahai
orang-orang munafik, dan tidak diterima juga dari orang-orang kafir.”
Tuhan tidak
menerima tebusan orang munafik dan juga orang kafir.
“Diberitahu tempat duduk kamu ialah neraka.”
Tuhan
sediakan neraka untuk mereka.
“Itu yang
lebih layak kepada kamu.”
Tuhan
berkata neraka memang layak untuk mereka. Mereka tidak percaya Islam, tidak
percaya ajaran nabi dan tidak percaya kepada orang membawa ajaran nabi.
“Dan neraka
itu seburuh-buruk tempat kembali dan kesudahan.”
Kita
diajar setiap rakaat sembahyang “IHDINASYSYIRA TAL MUSTAQIM (wahai tuhan kami!
Tunjukkanlah kami jalan yang betul”
SYIRATALLAZI
NAA ‘AMTA ‘ALAIHIM (Jalan orang yang Engkau memberi nikmat ke atas mereka
iaitulah jalan nabi-nabi, jalan siddikin (orang yang percaya), jalan syuhadat
(jalan orang yang mati dalam perjuangan untuk menegakkan Islam), jalan
orang-orang yang salih).
GHAIRUL
MAGHDUBI ‘ALAIHIM (bukannya jalan orang dimurkai ke atas mereka iaitulah ahli
kitab dan ulamak-ulamak yang melawan Islam, walaupun mengetahi Islam)
WALADHAAALLIN
(bukan jalan orang sesat, yang tidak mengetahui apa-apa)
Tiap-tiap
rakaat kita mengulanginya. Jika sembahyang empat rakaat kita membacanya empat
kali dan sehari semala malam kita membaca sebanyak tujuh belas kali. Lebih
banyak lagi kita baca jika kita mengerjakan sembahyang sunat.
Kita
meminta Tuhan tunjukkan kita jalan yang betul kerana jalan yang betul ini
banyak ujian. Hanya mereka yang Tuhan memberi hidayat dan Tuhan tetapkan iman
sahaja akan meninggal dunia dalam keadaan ISTIQAMAH.
Jadi
kita minta iman kita tetap, amalan kita baik dan dosa diampun supaya kita
meniggal dunia dalam keadaan kita redha kepada Allah dan Allah redha kepada
kita.
KULIAH
TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment