Friday, November 25, 2016

MANDI WILADAH DAN NIFAS



🔸Soalan : 

Perlukah digabungkan mandi wiladah dan mandi tamat nifas bagi wanita bersalin?

🔸Jawapan :

1. TIDAK ADA dua mandi yang diwajibkan bagi wanita lepas bersalin.

2. Wajib mandi setelah kering darah nifas, walaupun sebentar sahaja keluarnya.
Biasanya akan tamat dalam masa 40 hari.
Pendapat yang rajih ialah tempoh nifas paling lama ialah 40 hari.
Walau bagaimanapun, ulama' mazhab Syafi'i mengatakan 60 hari.

3. Jika ada wanita yang bersalin, tetapi tidak mengeluarkan darah langsung, ulama' khilaf dalam soal ini.

Pandangan 1 : Wajib mandi.
Pandangan 2 : Tidak wajib mandi. 

Antara yang berpandangan dengan pandangan kedua ialah Ibn Qudamah.
Inilah yang dinamakan sebagai mandi wiladah, iaitu wanita yang melahirkan tanpa nifas. 

4. Oleh itu, TIDAK timbul langsung persoalan :
-untuk mandi wiladah dahulu sebaik selepas bersalin
- ataupun gabungkan mandi wiladah dan mandi kerana tamat nifas.
kerana wanita bersalin wajib mandi atas SALAH SATU SEBAB sahaja antara keduanya.

No comments:

Post a Comment