Maksud dan keterangan hadis riwayat
Muttafakun Alaih:
Hadis ini menyatakan
Allah Ta’ala membahagikan iman itu kepada banyak bahagian sehingga satu riwayat
mengatakan lebih daripada tujuh puluh cabang. Walaupun rukun iman enam perkara
tetapi banyak cabangnya.
Cabang yang paling afdal ialah LAILAHA ILLALLAH (tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah). Mengaku tiada tuhan sebenar melainkan Allah
adalah jaminan yang besar untuk seseorang itu masuk syurga pada hari kiamat.
Jika tidak ada LAILAHA ILLALLAH jawabnya masuk nerakalah kerana Allah Ta’ala
yang Maha Berkuasa yang menjadikan kita.
Oleh sebab itu kita kena
mengaku LAILAHA ILLALLAH.
Disebut di dalam hadis:
ajarlah orang yang sedang nazak dengan LAILAHA ILLALLAH.
Disebut dalam hadis
juga:
Barangsiapa yang akhir kalamnya LAILAHA ILLALLAH masuk syurga.
Maka kita disuruh ajar orang yang
nazak dengan LAILAHA ILLALLAH. Setelah dia mengucap LAILAHA ILLALLAH jangan
bercakap lagi, biarkan begitu sehingga dia mati. Tidak payah lagi ajar kerana
sudah mencukupi.
Jika dia bercakap perkara lain pula
baharulah ulang LAILAHA ILLALLAH. Biar dia mengucap lagi kerana kita hendak
ucapan akhirnya dalam dunia LAILAHA ILLALLAH.
Selepas mengucap LAILAHA ILLALLAH
dan dia tidak bercakap apa-apa lagi walaupun beberapa hari hingga dia mati
bermakna akhir kalamnya LAILAHA ILLALLAH.
Jika mengucapa LAILAHA ILLALLAH
selepas itu bercakap lain kemudian mati bermakna akhir kalamnya bercakap lain,
bukan LAILAHA ILLALLAH. Ini perlu difahami betul-betul.
Inilah sebabnya disuruh azan dan ikamah
kepada anak-anak yang baru dilahirkan kerana di dalamnya ada kalimah LAILAHA
ILLALLAH.
Mengikut hadis seafdal-afdal zikir ialah LAILAHA
ILLALLAH
Disebut dalam hadis bagaimana seorang yang
dibicarakan pada hari kiamat diberikan suratan amal jahatnya sayup mata
memandang. Semua amalan jahat dan tidak ada langsung amalan baik.
Tuhan bertanya betul atau tidak amalan jahat
kamu, atau malaikat tersalah tulis.
Dia menjawab betul, memang dia membuat jahat
sungguh.
Lalu Tuhan kata Aku simpan di sisi Aku satu
kalimah yang kamu pernah sebut atas dunia dulu iaitu LAILAHA ILLALLAH. Diserah
kepadanya kertas mengandungi LAILAHA ILLALLAH supaya pergi timbang.
Dia berkata bagaimanalah dengan surat yang
pendek ini hendak dibandingkan dengan amalan jahat yang sayup mata memandang.
Tuhan berkata pergi timbang kamu tidak akan dizalimi.
Bila ditimbang suratan LAILAHA
ILLALLAH menjadi berat sehingga terangkat suratan amal jahatnya dan dia dibawa
ke syurga.
Ini barang kali dia seorang jahil tetapi
yakin dengan LAILAHA ILLALLAH. Jadi kita jangan mudah-mudah dengan orang jahat
yang menyebut LAILAHA ILLALLAH.
Di kalangan iman yang paling
afdal ialah LAILAHA ILLALLAH dan yang paling kurang ialah membuang perkara yang
menyakiti atau menyusahkan orang di tengah jalan.
Benda-benda yang boleh menyusahkan orang di
tengah jalan seperti duri, tunggul kayu, batu, bangkai dan lain-lain dibuang
atau dibersihkan. Perbuatan itu adalah sebahagian daripada iman.
Malu juga sebahagian daripada
iman. Hendak buat jahat malu kepada orang. Jika tidak ada perasaan malu
langsung hendak membuat jahat maka tidak ada iman di dalam dirinya.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment