Sekumpulan wanita sedang
berhimpun berbincang tentang pelbagai permasalahan. Secara tanpa disedari,
timbul persoalan dari setiap wanita itu mengenai kekurangan pada wanita yang dirasakan sukar dan tidak adil. Setiap
dari seorang mereka menyuarakan persoalan masing-masing.
Keluhan wanita pertama:
"Aduh, situ tutup, sini
tutup, semua nak kena tutup. Susah la macam ini. Apa fasal laki-laki mudah
saja? Tak pakai baju pun tak mengapa. Perempuan auratnya kiri kanan atas bawah
depan belakang."
Keluhan wanita kedua:
"Kenapalah kita para
isteri ini nak keluar kena minta izin dari suami pulak? Padahal suami nak keluar
ke mana-mana pun, tak bari tahu kami tidak mengapa."
Keluhan wanita ketiga:
"Jika kita ikut faraid
(pembahagian harta pusaka mengikut Islam), ikut surah al-Nisa dalam hal pusaka,
rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sikit rasanya
berbanding harta yang anak lelaki dapat. Itukah keadilan?"
Keluhan wanita keempat:
"Kenapa Allah jadikan
wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak? Suami kita senang
saja, masa buat anak cari kita. Masa nak beranak, kita yang tanggung
sendiri!"
Keluhan wanita kelima:
"Islam kata kita perempuan
wajib taat pada suami, tetapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya?
Mana keadilan pada kaum hawa?"
Keluhan wanita keenam:
"Bila nak cerai je, suami
yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak boleh ceraikan suaminya?
Kenapa?"
Keluhan wanita ketujuh:
"Wanita tidak boleh nak
beribadat macam lelaki, sebab ada haid dan nifas, tidak boleh nak solat dan
puasa. Ingat kita perempuan ni suka ke tak solat dan puasa? Dahlah lepas tu
kena ganti pulak."
Kemudian datanglah seorang
lelaki kepada mereka lalu bertanya, mengapa mereka mengomel tentang kejadian
wanita dan kekurangan-kekurangan tersebut. Setelah disoal dengan soalan-soalan
di atas, lelaki itu lantas memandang setiap wanita itu sambil tersenyum, seraya
menjawab setiap satu daripadanya.
Pada wanita pertama, lelaki itu
menjawab:
"Cik adik, Islam lah yang
mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai
serta disimpan di tempat yang paling aman dan terbaik, kan? Emas dan permata
pun tak sanggup kita nak letak terdedah di tepi laluan lalu lalang, sebaliknya
kita simpan di rumah atau dalam peti selamat kan?
Jika anda letakkan perhiasan
tadi di kalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi?
Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut, tapi anda? Saya tidak dapat melihat
kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Mahalnya harga anda untuk seorang
lelaki."
Pada wanita kedua, lelaki itu
menjawab:
"Memang, isteri perlu taat
pada suami. Tetapi, bagaimana pula lelaki? Seorang suami perlu wajib taat juga
kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah
berkeluarga. Isteri pula tidak perlu lagi. Taatnya hanya pada suami. Kenapa anda
perlu taat pada suami? Kerana suami andalah yang menanggung SEMUA dosa yang
anda lakukan."
Pada wanita ketiga, lelaki itu
menjawab:
"Benar
wanita menerima warisan pusaka sedikit berbanding lelaki, tetapi harta itu
menjadi hak mutlak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia
mahu. Tak perlu dikongsi dengan sesiapa walaupun suami. Lelaki pula, dia perlu
membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia
ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasalah dia."
Pada wanita keempat, lelaki itu
menjawab:
"Tahniah dan terima kasih
kepada wanita kerana dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali anda begitu,
anda akan didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat. Subhanallah,
beruntungnya anda!! Andaikan anda meninggal pula masa beranak tu, percayalah,
itu mati syahid dan ganjarannya syurga!!"
Pada wanita kelima, lelaki itu
menjawab:
"Akhirat nanti, saya dan
lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab ke atas empat orang
wanita. Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik
perempuan saya. Tahu apa maksudnya? Maknanya, anda nanti di akhirat akan dibantu oleh empat
lelaki. Siapa mereka? Mereka ialah suami anda, ayah anda, anak
lelaki anda dan adik lelaki/abang anda."
lelaki anda dan adik lelaki/abang anda."
Pada wanita keenam, lelaki itu
menjawab:
"Nak beribadat macam
lelaki beribadat? Agaknya kenapa Rasulullah SAW lebih suka wanita beribadat di
rumah saja berbanding di masjid? Kami lelaki perlu beribadat siang malam untuk
mendapat syurga. Anda sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang anda sukai,
tanpa perlu susah payah. Ya, dah lah syurga, ada pilihan pula, hanya dengan
empat cara. Solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan
taat pada suami anda. Itu saja."
Pada wanita ketujuh, lelaki itu
menjawab:
"Saya, seorang lelaki
wajib berjihad fisabilillah. Anda, seorang wanita jika taat akan
suaminya, dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka anda akan turut
menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata. Itu janji Allah pada kamu."
Kemudian lelaki itu bertanya
mereka pula:
"Sebenarnya, apa lagi yang
awak mahu, wahai kaum hawa?"
Wanita-wanita tadi menangis dan
salah seorangnya berkata, "Masya Allah, sayangnya Allah pada wanita, namun
kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami
berbanding kaum lelaki!"
Allah yang menciptakan kita, maka
sudah pasti Dia yang Maha Mengetahui pada manusia, sehingga segala hukum-Nya,
malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan
segala peraturan yang dicipta manusia.
"Dan
boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh
jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu; Allah Mengetahui,
sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah
al-Baqarah, ayat 216)
No comments:
Post a Comment