Allah Ta’ala
menyebut: “Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa di sisi Tuhan mereka
syurga-syurga
(banyak syurga) yang penuh nikmat yang belum pernah dilihat oleh mata, yang
tidak pernah didengar oleh telinga, yang tidak pernah terlintas di dalam hati
manusia.”
Disebut
dalam hadis orang yang paling rendah kedudukannya dalam syurga, Tuhan menyuruh
dia berfikir apa dia hendak dan selepas memberitahu cita-citanya Tuhan beri
dengan berlipat ganda melebihi apa yang dicita-citakan (apa yang dia minta).
Inilah janji
hari akhirat kepada mereka yang beriman dan mengerjakan amal salih.
Apabila nabi
SAW menyebut di akhirat ada syurga bagi mereka yang beriman dan mengerjakan
amal salih, berkatalah pemimpin-pemimpin musyrikin Mekah:
“Bagaimana
benar kata Muhamad itu. Kalau benar kata Muhamad mengapa pengikut Muhamad itu
semua susah (miskin).
Atas dunia
pun susah bagaimana hendak senang di hari akhirat? Kenapa Tuhan tidak memberi
kesenangan kepada pengikut-pengikutnya?
Kenapa kita
kafir tidak dipanah halalintar, tidak seksa dan mati selalu? Tidakkah Tuhan
berkuasa? Tuhan berkuasa boleh memberi kesenangan kepada pengikut-pengikut
Muhamad, tetapi pengikut Muhamad susah dan kita pula senang.
Ini
menandakan kita betul dan pengikut-pengikut Muhamad salah.”
Itu kata
mereka dan Tuhan turunkan ayat ini dan Tuhan tetap akan diberi nikmat kepada
orang beriman dan mengerjakan amal salih pada hari kiamat kelak.
Tuhan
berfirman: “Adakah Kami jadikan orang Islam yang menyerah diri kepada Allah
Ta’ala sama dengan orang-orang yang zalim, jahat, berdosa dan kafir? Apalah
akal kamu ini.”
Bagaimana
kamu boleh menghukum begitu? Orang melawan Tuhan, Tuhan beri nikmat dan orang
yang taat kepada Tuhan, Tuhan memberi kesusahan. Betulkah Tuhan begitu?
Apa yang
Tuhan lakukan itu adalah untuk menguji siapa benar-benar beriman. Kalau Tuhan
memberi selalu nikmmat atas dunia ini semua akan masuk Islam.
Barangsiapa
yang taat Allah Ta’ala kaya dan melawan Allah Ta’ala mendapat durjana selalu
atau susah selalu, jawabnya semua masuk Islam.
Jika begitu
tidak berguna Tuhan memberi akal. Tujuan diberi akal supaya kita berfikir dan
boleh menilai mana betul dan mana yang salah.
Tuhan sudah memberitahu bahawa dunia tempat persinggahan
iaitu tempat sementara waktu sahaja. Ada akhirat yang kekal abadi.
Tuhan tetap
akan memberi nikmat kepada orang yang beriman dan mengerjakan amal salih pada
hari kiamat kelak.
KULIAH
TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment