Hadis
riwayat Muslim:
Dan daripada
Jundah RA katanya sabda Rasulullah SAW menceritakan berlaku di zaman umat zaman
dahulu supaya jangan berlaku kepada umatnya.
Ada seorang
yang berkata demi Allah, Allah tidak mengampunkan dosa sianu.“
Lalu
Allah Ta’ala berfirman: “Siapa yang pandai-pandai sehingga bersumpah
menggunakan nama Aku, Aku tidak mengampun dosa fulan. Sesungguhnya Aku
mengampunkan dosanya dan aku hapuskan pahala amalannya.”
Ada seorang
yang berasa dia terlalu baik dan melihat seorang jahat. Sepatutnya dia
menasihatnya tetapi dia mencampuri urusan Allah Ta’ala. Dia berkata sianu itu
Tuhan tidak akan ampun dosanya sampai ke mati. Demi Allah Tuhan tidak ampun
dosanya.
Lalu
Tuhan berfirman mengapa dia mencampuri urusan Aku. Tuhan berkata dosa orang itu
diampunkan dan Aku hapuskan pahala amalan orang yang mencampur urusan Aku.
Jadi jangan buat mudah-mudah dalam perkara agama.
Dalam satu
hadis lain, hadis sahih:
Seorang berkata kepada kawannya: “Kamu ini ahli neraka”
Allah
mematikan kedua-dua orang ini dan memanggil mereka berdua: “Apa urusan kamu
menentukan dia itu ahli neraka. Ini urusan Aku.”
Lalu Allah perintah orang yang bercakap itu diheret ke
neraka dan yang satu lagi dibawa ke syurga kerana dosanya diampunkan.
Oleh itu jangan mudah-mudah menghukumkan orang. Jika
orang membuat silap perbetulkan dia. Jangan sekali-kali menghina dia kecuali
mereka yang telah diputuskan oleh Allah disebutkan dalam Quran seperti Firaun,
Abu Lahab, Abu Jahal, Qarun, Haman, Namaruk dan sebagainya.
Atau
menyatakan secara umum dibolehkan.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment