Tuesday, November 22, 2016

HUKUMAN QISAS DAN DIAT



Orang yang membunuh orang dikenakan hukuman qisas. Ini termasuk dalam ‘haknya’ (bihakkiha). Seorang yang membunuh dengan sengaja dan membunuh dengan alat pembunuh dikenakan hukuman qisas. Bunuh dengan tidak sengaja tidak termasuk dalam hukum qisas kerana bukan haknya.

Jadi jika tujuannya membunuh dan dengan alat yang membunuh barulah dikenakan hukuman qisas.

Mengikut undang-undang jenayah Islam hukuman qisas termasuk dalam hak manusia. Hak manusia bermakna manusia yang ada hak boleh ampun kesalahan. Mereka ialah keluarga mangsa yang terdekat, walinya seperti ayah jika masih ada ayah.

Mengikut undang-undang wali boleh mengampunkan penjenayah dan ditukar dengan bayaran diat, bayaran ganti rugi. Boleh juga diampun terus oleh walinya. Allah memberi pahala yang sangat besar kepada wali yang mengampun.

Firman Allah Ta’ala:

“Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu hukuman qisas dalam perkara membunuh dan perkara mencederakan.”

“Dan sesiapa yang dimaafkan daripada saudaranya.”

Itu adalah ayat Quran, bukan rekaan ulamak.

Undang-undang hari ini yang boleh mengampunkan ialah lembaga pengampunan. Ini undang-undang barat. Undang-undang ini mewujudkan rasa dendam di dalam diri keluarga mangsa. Tetapi dalam undang-undang Islam tidak wujud rasa dendam kerana yang mengampun ialah walinya mangsa sendiri.

Hukum Allah ada keberkatan.

“Dan bagi kamu dalam hukuman qisas itu membawa kepada kehidupan.” Ini disebut dalam Quran.

Hukuman qisas membawa kepada kehidupan menyebabkan penjenayah berkurangan.

Termasuklah hukuman qisas berkait dengan kecederaan. Kecederaan yang tidak sengaja dan bunuh dengan tidak sengaja seperti kemalangan jalan raya. Oleh kerana tidak dipakai hukum qisas masalah jenayah tidak boleh di atasi, masalah kemalangan jalan raya tidak boleh dikurangkan.

Hisab mereka terserah kepada Allah. Ini bermakna jika dilaksanakan hukum qisas, orang kena hukuman qisas atau dimaafkan oleh keluarganya mengikut hukum syarak tidak ada hisab pada hari kiamat kerana diampun oleh Allah Ta’ala.

Jika tidak memakai hukum Allah Ta’ala, perkara ini tidak selesai kerana ada lagi hisab pada hari kiamat.

Siapa dia yang tidak selesai?

Penjenayah tidak selesai, kerajaan pun tidak selesai dan mereka yang mengundi kerajaan itu pun tidak selesai juga pada hari kiamat. Sama-samalah memikul tanggungjawab pada hari kiamat.

“Hisab mereka terserah kepada Allah Ta’ala.” Ini berkait dengan Quran dan hadis nabi SAW.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment