Allah Ta’ala telah menunjukkan kegagalan komunis, kegagalan kapitalis, kegagalan sosialis, kegagalan nasionalis dan kegagalan ajaran-ajaran lain daripada Islam.
Dengan sebab
kegagalan, mereka membuat cara baru untuk menipu orang
Islam. Syeikh Yusuf al-Qardawi dalam fatwanya menyebut:
“Golongan
ini cuba menonjolkan Islam Siasi, Islam Iktisyari dan
masa itu belum ada lagi Islam Hadhari.
Mereka mengambil sebahagian daripada Islam dalam bab ekonomi lalu
mengatakan ini Islam Iktisyari. Kita hendak melaksanakan Islam Iktisyari.
Mereka mengambil sebahagian daripada ajaran politik yang ada dalam
Islam dia mengatakan ini Islam Siasi.”
Ini adalah kerja-kerja potong-potong Islam. Ambil
sebahagian daripada ajaran Islam kemudian meletakkan nama kepada yang lain
ataupun diambil yang lain dan dinamakan kepada Islam.
Mereka
mengambil ekonomi dan politik lalu mengatakan Islam Iktisyari dan Islam Siasi. Diambil hadharah dan dinamakan Islam Hadhari. Padahal
Islam adalah semuanya; iktisyad (ekonomi), akhlak, siasah (politik), hadharah
dan lain.
Semuanya ada
dalam Islam bermula dari adanya ibadat sehingga perkara sekecil-kecil seperti
bagaimana membasuh air kecil dan air besar ada dalam Islam.
Mengapa
dikerat-kerat atau dipotong-potong Islam atau pun mengambil ajaran lain
dinisbah kepada Islam atau untuk bertopengkan Islam. Mereka
yang bertopeng ini didedahkan tipu dayanya. Mereka adalah ahli-ahli maksiat,
ahli rasuah dan ahli kemungkaran bukan jujur dengan Islam.
Raja Najasyi
yang masuk Islam sebagai contoh, bila menerima surat nabi SAW dan menerima
utusan nabi SAW lalu raja Najasyi menerima Islam dan menulis surat kepada nabi
SAW, sekiranya ada kesempatan dia sanggup berjalan kaki untuk mengadap nabi
SAW.
Tetapi oleh
kerana dia menghadapi pemberontakan kerana dia masuk Islam, Najasyi mati.
Raja Maskat
dan Uman yang menerima surat nabi lalu masuk Islam. Selepas masuk Islam dia
tanya apa dia hukum Islam. Maka nabi SAW menghantar orang untuk mengajar hukum
Islam.
Mereka
tidak mengadakan sesuatu perkara kemudian bertanya ulamak supaya menyatakan
apa yang dibuat itu menepati kehendak Islam. Wang loteri digunakan untuk
membuat masjid dan cari ulamak supaya mengatakan boleh dari segi Islam. Loteri
tidak diharamkan tetapi wang itu digunakan untuk membina masjid.
Setelah
dibuat masjid dengan wang loteri dibincang pula sah atau tidak sembahyang dalam
masjid itu. Perkara ini berlaku dalam tahun sembilan belas enam puluhan.
Islam Siasi, Islam Iktisyari dan Islam Hadhari adalah
kerja-kerja tipu dan memesongkan fikiran orang Islam supaya lari daripada Quran
dan hadis nabi SAW.
Jika ingin
tahu betul atau tidak kena buka Quran dan hadis. Tengak amalan mereka menepati
Quran dan hadis atau tidak. Ada atau tidak dalam kaedah-kaedah usul fiq atau siasah syariyah. Jika mereka ubah asas
maka tipulah jawabnya kerana nabi SAW telah meletakkan asas.
Bila
nabi SAW dirikan pemerintahan Islam nabi meletak asas kepada orang yang hendak
masuk Islam: “ASYHADU ALLA ILAHA ILLALLAH WAASYHADU ANNA MUHAMADAN RASULULLAH”
Ini
asasnya. Dan nabi SAW menulis dalam perlembagaan Madinah:
“Dan apa-apa perkara yang menjadi perselisihan di
kalangan mereka yang terlibat di dalam sahifah ini yang dibimbangi boleh merosakkannya
hendaklah dikembalikan kepada Allah dan rasul yakni Quran dan hadis nabi SAW.”
Inilah dia
asas, jika kedua-dua ini tidak ada dalam asasnya maka tipu dan bohong.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment