Syiah adalah mazhab politik
berpunca daripada perlantikan khalifah
Setelah berlalu sampai beribu tahun Syiah
berpecah kepada berpuluh-puluh mazhab. Ulamak-ulamak menulis dalam kitab
berpuluh-puluh mazhab ini. Ada mazhab yang masih Islam
walaupun ia salah. Kita tidak boleh kata dia bukan Islam. Ada juga
mazhab yang keluar daripada Islam.
Syiah yang keluar daripada Islam ialah
Ismailiah yang menganggap pemimpinnya boleh membuat apa sahaja dosa, Mazhab
Alawiah macam di Syria, sembahyang pakai niat sahaja, Mazhab Bayaniah dan
lain-lain yang bukan Islam.
Ada dua mazhab yang dianggap
Islam iaitulah Zaidiah, pengikutnya ramai di Yaman dan Indonesia dan Imamiah,
pengikutnya di Iran, di Iraq dan di Selatan Lubnan. Mazhab ini di anggap orang
Islam walaupun salah istihadnya.
Mazhab ini berpegang dengan rukun
Islam dan dia menambah satu lagi rukun iaitu imamah. Ini tidaklah menjadi
murtad dengan sebab penambahan itu.
Syiah Zaidiah, fikahnya dekat-dekat lebih
dengan mazhab Syafie tetapi akidahnya Muktazilah yang berpegang kepada falsafah
yang tidak sampai keluar daripada Islam.
Syiah Imamiah pula, menghalalkan nikah mutaah
dan boleh jamak sembahyang waktu mukim, bukan musafir sahaja.
Kita bila buat haji masa ihram tidak boleh
pakai kupiah tetapi mereka bombong bas pun tidak boleh. Kita mengakhiri
sembahyang dengan ASSALAMUALAIKUM, mereka menepuk paha beberapa kali.
Mereka sembahyang atas batu dan
kita atas sejadah. Itu fikah mereka
Mereka dikira Islam walaupun khilaf dengan
kita. Kekhilafan dalam masalah cabang, bukan asas atau dasar. Oleh sebab itu
mereka tidak dihalang pergi ke Mekah. Kerajaan Arab Saudi tidak pernah halang mereka
pergi ke Mekah kerana mereka dikira Islam.
Dalam masalah politik mereka melawan Israil
dan membantu Hamas. Malangnya Arab Saudi tidak membantu Hamas.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment