Semua negara
ini beramal dengan kapitalisma. Negara
umat Islam yang pernah dijajah oleh barat menjadi Islam sebagai agama rasmi
negara. Negara-negara barat Kristian menjadi agama negara.
Tetapi
menjadi simbol yang ditulis ialah agama tidak ada kuasa
dalam pemerintahan negara. Pemerintahannya dikuasai oleh ajaran
kapitalisma. Oleh kerana sebahagian besar umat Islam merasakan agama Islam ini
cukup dengan sembahyang, puasa, zakat dan haji mereka tidak menyedari bahawa
mereka diperintah oleh ajaran sesat yang dinamakan kapitalisma.
Terdapat
keburukan yang nyata daripada ajaran kapitalisma. Sebahagian daripadanya sudah
terdedah dan sebahagian lagi masih tersembunyi sehingga memaksa
pemimpin-pemimpinnya membuat pindaan.
Antara
keburukannya ialah:
1.
Kapitalisma adalah ciptaan manusia
yang bersifat lemah. Kedudukannya sama seperti ideologi-ideologi lain yang
dicipta oleh manusia. Ianya jauh
daripada ajaran Allah yang dipilih dan diredhai untuk hamba dan makhluknya.
Oleh itu
terang dan nyata ia bercanggah dengan Islam. Hanya Islam sahaja Allah Ta’ala
redha.
Firman Allah
Ta’ala:
“Pada
hari ini telah aku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan
untuk kamu nikmat Ku dan telah Aku redha Islam menjadi agama kamu.”
Ayat ini
diturunkan ketika Rasulullah SAW mengerjakan haji selamat tinggal.
Para ulamak
mengatakan Allah Ta’ala memberi kepada umat Islam dua hari raya; hari raya
puasa dan hari raya Adha. Kedua-dua hari raya ini bersempena perkara-perkara
besar dalam Islam.
Hari raya
puasa bersempena dengan ibadat puasa, bersempena dengan nuzulul Quran,
bersempena berlakunya peperangan Badar, bersempena dengan pembukaan Mekah dan
lain-lain.
Hari raya
haji bersempena dengan ibadat haji yang menjadi rukun Islam, bersempena dengan
ibdat kurban dan bersempena dengan Allah Ta’ala menurunkan ayat yang
menyempurnaka agama Islam. Ayat ini diturunkan ketika nabi mengerjakan haji
selamat tinggal, ayat yang mengistiharkan hanya agama Islam sahaja diredhai
oleh Allah Ta’ala. Agama lain Allah Ta’ala tidak redha.
Makna
agama Islam ialah Addiin, bukan sahaja ibadat termasuklah cara hidup yang
termasuk ekonomi, politik, pendidikan dan semua perkara.
Apa yang
menjadi masalah ialah orang Islam hari ini berasa cukup dengan sembahyang,
puasa dan pergi masjid hari-hari, mereka tidak tahu mereka diperintah oleh
ajaran kapitalisma yang direka oleh manusia.
2. Matlamatnya semata-mata untuk mencari keuntungan walaupun dengan cara yang diharam Allah Ta’ala seperti mengharuskan riba, perjudian, arak, dadah dan sebagainya.
Dalam negara
kapitalis riba dibenarkan. Bank
seluruh dunia dikuasai oleh cara-cara Yahudi dan berlakulah muamalat riba. Hari
ini telah terdedah betapa buruknya sistem riba tetapi masih degil mahu pakai
juga sistem riba.
Pada masa
haji selamat tinggal Rasulullah mengistiharkan riba:
“Aku isytiharkan
riba dibuang pertama sekali riba bapa saudara aku, Abas. Begitu juga riba orang
lain aku pijak dengan tapak kaki aku.”
Malangnya negara umat Islam ikut negara barat beramal
dengan riba. Mereka takut hendak membuang riba kerana bank dikuasai oleh
bank dunia.
Perjudian dibenarkan kerana kata mereka judi
menambahkan hasil negara. Hanya judi yang tiada lesen diharamkan. Judi yang ada
lesen dibenarkan dan ini cara kapitalis.
Arak bukan
sahaja dibenarkan minum tetapi dibenarkan
membuat kilang arak. Ini untuk menambahkan hasil negara.
Dadah walaupun diharamkan tetapi dalam masa yang sama
taukeh-taukeh dadah membiayai parti-parti pemerintah. Jadi peniaga-peniaga
dadah dilindungi oleh orang-orang politik sebagaimana berlaku di negara barat,
negara kapitalis.
3.
Menyalahgunakan sifat ananiah
(kepentingan diri) yang ada dalam diri manusia tidak boleh mengawal sifat ini
untuk mencari keuntungan peribadi sehingga berlaku penyalahgunaan kuasa dan
penindasan orang-orang berada ke atas orang-orang tidak berada.
Dalam
perlombaan mencari keuntungan, masing-masing berusaha untuk diri masing-masing,
tidak memberi jalan kepada orang lain dan berlaku penyeludupan, penyorakan,
penipuan, rasuah dan sebagainya.
Perkara biasa
berlaku dalam negara kapitalis ialah berlaku fahaman mementingkan diri. Pemerintah memberi projek kepada
penyokongnya dan kepada orang memberi rasuah kepadanya. Penyokong yang mendapat
projek menyumbang kepada pemimpin-pemimpin kerajaan. Ini adalah amalan biasa
dalam negara kapitalis.
Dalam masa
yang sama berlaku penipuan dan
penyeludupan dan sebagainya barang-barang yang menjadi kepentingan orang ramai.
Ini berlaku dalam negara kapitalis.
4. Timbulnya
keruntuhan akhlak dalam bidang politik, ekonomi dan hubungan anggota masyarakat
apabila hilang batas-batas halal dan
haram. Batas-batas yang mengimbangkan kepentingan peribadi dan kepentingan
masyarakat.
Apa
yang difikir ialah kepenting diri dengan membelakangkan agama. Mereka selalu
pergi Mekah tetapi riba, pergi Mekah tetapi rasuah. Abu Jahal lahir di Mekah
dan mati di Mekah. Kepada mereka bab dunia tidak berkait dengan halal dan
haram. Berbeza dengan bab agama. Oleh sebab itulah pergi Mekah balik buat kerja
haram pula. Mereka menganut ajaran kapitalisma.
5. Pengangguran meluas dalam masyarakat
kapitalis apabila pengeluaran melebihi keperluan, para majikan merasakan
tidak perlu ramai pekerja dan hanya memikirkan keuntungan peribadi sahaja.
Teknologi seperti kilang dapat mengeluar banyak barang dan mengurangkan
pekerja.
Bila berlaku
pengangguran timbullah jenayah seperti
merompak, mencuri, meragut dan sebagainya.
6. Pembaziran menjadi amalan penganut
kapitalisma.
Pengeluar
menggunakan kemewahan untuk peribadi dan tidak memberi kepada orang-orang
berhajat sekiranya difikir pengeluarannya melebihi keperluan. Mereka lebih rela
memusnahkannya daripada bersedekah kepada orang lain.
Pernah
berlaku di Brazil pengeluar kofi telah membuang buah kofi ke dalam laut
bertujuan mengawal harga kofi.
Hari ini
kapitalisma meluas dengan cara perjanjian bebas perdagangan (FTA).
Barang-barang bebas masuk ke dalam negara yang ada perjanjian FTA menyebabkan
barang-barang tempatan tidak boleh dijual kerana tidak mampu bertanding dari
segi harga. Akhirnya pengeluaran tempat akan mati.
Jadi
kapitalisma ini merebak di peringkat antarabangsa.
7. Kemuncak
daripada ajaran kapitalisma lahir semangat
penjajahan yang bermula daripada usaha negara-negara kapitalis untuk
mencari bahan-bahan mentah bagi kepentingan mereka sama ada penjajahan
berbentuk politik dengan menakluk negeri-negeri lemah seperti berlaku di zaman
dahulu atau penjajahan berbentuk ekonomi seperti yang berlaku sekarang.
Negara barat
yang besar akan menjajah negara kecil. Negara-negara
kecil seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan lain-lain terpaksa ikut
telunjuk Amerika.
Di Eropah,
negara-negara seperti German, Peranchis, Itali, Belanda, Greece menubuh
kesatuan Eropah untuk melawan Amerika. Bahkan mereka bersatu dari segi kewangan
dengan mengadakan matawang sendiri, Euro. Amerika berdiam diri kerana
negara-negara itu adalah kawan mereka.
Tetapi bila
negara orang Islam hendak bersatu sebagai contoh Turki seorang perdana menteri
daripada parti Islam, Najbudin Arbakhan menganjurkan penubuhan Kesatuan
Negara-Negara Umat Islam dengan mengajak Mesir, Malaysia, Indonesia, Iran dan
lain-lain yang berjumlah hanya lapan buah negara sahaja untuk melawan barat
dalam bidang ekonomi.
Lalu
kerajaan Najbudin digulingkan oleh askar yang telah dirasuahkan kerana askar di
bawah jagaan Amerika. Naik kerajaan baru dan penubuhan kesatuan ini
dihancurkan. Mereka tidak izin sama sekali orang Islam bersatu.
Penjajahan
zaman sekarang bukan berbentuk menakluk negeri tetapi menjajah dalam bidang
ekonomi.
8. Perhambaan berbentuk baru terhadap
boroh, petani dan nelayan-nelayan. Mereka lebih memelihara kepentingan orang
berkuasa yang sudah kaya walaupun memeras golongan miskin dengan
mempermain-mainkan gaji, harga dan tidak memberi jaminan kerja yang munasabah
serta kawalan keselamatan yang sepatutnya.
Petani dan
nelayan dikawal oleh kaum pemodal melalui orang
tengah. Orang tengah menjadi jentera kepada kaum pemodal yang mengawal
hasil tangkapan dan pertanian dengan membeli pada harga yang murah dan menjual
kepada orang ramai dengan harga yang mahal.
Bila
tangkapan melimpah mereka membeli dengan harga murah dan menyimpan dalam peti
sejuk. Simpanan tangkapan itu dijual pada harga mahal bila tangkapan jatuh.
Jadi mereka boleh mengawal harga dan membuat keuntungan besar.
9. Dua perang dunia yang berlaku di zaman
moden mengorbankan jutaan manusia adalah diantara kemuncak pertarungan di
kalangan negara-negara kapitalis.
Peperangan
ini pada awalnya berebut pasaran barang-barang dan tidak mustahil berlaku
perang dunia ketiga pula. Mungkin perang dunia ketiga akan berlaku sama ada antara barat dengan China ataupun barat
dengan Islam.
China
mempunyai ramai penduduk dan dapat mengeluarkan barang-barang dengan murah
kerana borohnya murah. Barang-barang diekspot ke seluruh dunia pada harga murah
yang tidak dapat ditandingi oleh negara barat. Akhirnya barat terpaksa
berperang dengan China.
Negara Islam
akan bangkit kerana negara Islam ada minyak. Minyak yang menjadi makanan kepada
kilang-kilang dikuasai oleh orang Islam. Bila orang Islam balik kepada Islam
sebenar dan menguasai sepenuhnya pasaran minyak maka akan berlaku peperangan
antara barat dan Islam.
Mengapa
Amerika menyerang Iraq, menyerang Afganistan, hendak menyerang Iran dan
negeri-negeri Islam kerana negara Islam mempunyai simpanan paling banyak dalam
dunia. Begitu juga negari Islam di Asia Tengah mempunyai simpanan minyak dan
gas paling besar dalam dunia.
Bila kawasan
ini dikuasai oleh orang Islam yang hendak kepada Islam sebenar akan jadi bahaya
kepada mereka dan mungkin berlaku peperangan antara barat dan Islam. Bila
berlaku peperangan akan menjadi kiamat.
11.
Kekuasaan dan kemewahan yang tidak ada ‘berkat’ bahkan tidak ada dalam istilah
mereka perkataan berkat. Apa yang dicapai tidak sekali-kali memberi kebahgiaan
di dunia dan akhirat yang menjadi perkara penting untuk manusia seluruhnya.
Perkara ini
ternyata sekali daripada kegelisahan orang-orang berkuasa dan kaya dalam
masyarakat kapitalis. Oleh karana itu maka kefahaman kapitalisma tidak boleh
dianut oleh orang-orang beriman kepada Allah dan rasul-Nya.
Kapitalisma adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada
Islam. Oleh itu menganut dan berjuang di atas dasar kapitalisma akan membatalkan
iman dan menjadi kafir jika mengetahui ajarannya bercanggah dengan Islam.
Allah Ta’ala
boleh menurunkan bala bila-bila masa sahaja.
Allah
Ta’ala berfirman: “Kalau sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertaqwa
Kami akan buka kepada mereka berkat yang turun dari langit dan yang keluar
daripada bumi tetapi mereka membohongi ajaran Allah.”
Tuhan
berkata: “Adakah penduduk negeri berasa aman bila dia tidur tengah malam datang
bala Kami, adakah penduduk negeri berasa aman bila bala Kami tiba waktu duha
waktu kamu bermain-main.”
Memang gempa bumi berlaku di waktu tengah malam dan
tsunami berlaku waktu pagi ketika manusia sedang bermain-main.
Allah Ta’ala
telah memberi amaran tetapi manusia tidak peduli dengan amaran Allah maka
berlaku bencana. Bila berlaku bencana semua terlibat. Orang beriman diampun
oleh Allah Ta’ala tetapi orang tidak beriman mendapat seksa bala dunia dan
seksa akhirat. Na’uzubillahiminzalik.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment