"Wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah." -(surah al Mu'minun:10)
Sedangkan dia tidak pun berkata
"supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dapat
solat" atau "supaya aku dapat berpuasa?"
Seorang ulama berkata,
"Tidaklah seseorang yang telah mati itu menyebut untuk bersedekah
melainkan kerana kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya."
Maka hendaklah kamu
perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah
teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.
Bersedekahlah unutk saudaramu yang
telah pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap untuk
kembali ke dunia untuk bersedekah dan melakukan amalan soleh. Oleh itu
realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak-anak mu supaya membiasakan
diri dengan bersedekah.
Bersedekahlah. Sesungguhnya
Allah memberi ganjaran kepada orang yang bersedekah.
No comments:
Post a Comment