Tiap-tiap
seorang apa yang diusahakan di atas dunia menjadi gadaian yang akan ditebus di
akhirat nanti. Itulah ikatan amalan seseorang di akhirat kelak.
Orang
mengerjakan amal yang baik dia menggadaikan amalan itu dengan balasan syurga di
akhirat nanti. Allah mesti bayar kerana haknya mesti dikembalikan.
Demikian
juga mereka yang mengerjakan amal jahat akan menerima
balasan jahat di akhirat kelak.
Apa yang
digadaikan oleh seseorang akan ditebus pada hari akhirat nanti.
“Dan kami
berikan kepada mereka sebanyak-banyaknya buah-buahan dan daging yang diingini.”
Diantara
makanan syurga ialah buah-buahan dan daging-daging burung yang sangat lazat.
Makan minum dalam syurga bukan untuk mengenyang dan mengilangkan dahaga tetapi
untuk kegembiraan.
Tidak ada kesulitan dan
tidak perlu tandas dalam syurga. Makanan dan minuman menjadi peluh yang harum.
“Mereka
berlomba-lomba mengambil piala-piala dan bekas-bekas minuman diantara satu sama
lain.”
Mereka
berebut-rebut bukan untuk bergaduh tetapi bersukaria. Tidak ada pergaduan dan
hasad dengki dalam syurga. Mereka meminum minuman yang lazat dan diantara air
minuman itu ialah air buah-buahan yang disebut hari ini arak.
Arak atas
dunia bila diminum menjadi mabuk. Air buah-buahan dalam syurga lazat dan tidak
memabukkan serta tidak membawa penyakit.
Semua makanan dan
minuman dalam syurga membawa nikmat yang berkekalan.
KULIAH
TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment