Ada kalangan manusia diberi sukatan amal yang baik melalui tangan
kanan. Ada manusia tidak boleh menerima dengan tangan kanan, tetapi kena
mengambil dengan tangan kiri atau mengambil ikut belakang.
Asyhabul
yamin (mereka yang mengambil suratan amal dengan tangan kanan) berada di dalam
kebun-kebun di syurga yang penuh dengan nikmat. Ada di dalamnya
mahligai-mahligai, kebun-kebun dan segala kenikmatannya.
Walaupun
duduk di dalam syurga mereka bertanya-tanya tentang orang-orang yang membuat
dosa dalam kehidupan dunia.
“Ke mana pergi mereka yang membuat dosa atas dunia dahulu?”
Mereka yang
melawan dan mempersenda-sendakan kita atas dunia dulu, di mana mereka sekarang.
Tiba-tiba didapati mereka duduk di dalam neraka.
Asyhabul
yamin bertanya kepada ahli-ahli neraka: “Mengapa kamu duduk dalam neraka?”
Tuhan izin mereka bercakap.
Mereka
berkata: “Kami tidak termasuk di kalangan orang-orang yang mendirikan
sembahyang.” Orang-orang kafir diseksa
dengan sebab kafirnya dan juga sebab tidak sembahyang.
Orang-orang
Islam yang tinggal sembahyang juga dikena seksa dalam neraka.
Dan “Kami juga tidak termasuk di kalangan orang-orang yang
membantu golongan miskin.” Ada wang dan
ada harta tetapi tidak menolong orang miskin.
Tuhan murka kerana tidak menolong orang miskin dan orang susah.
Jadi ahli
neraka bukan sahaja orang tidak sembahyang termasuk juga orang yang berharta
tetapi tidak membantu orang miskin.
“Dan adalah
kami duduk di dalam majlis mereka yang BERCAKAP, BERCERAMAH, BERFORUM dan
sebagainya. Mereka bercakap perkara-perkara batil.”
Kami berkawan dan duduk di dalam majlis mereka yang bercakap
perkara berlawanan dengan Islam. Mengapa? Kerana hendak ambil wang sahaja
kemudian dengar ucapan mereka dan ikut pula cakap mereka.
Tuhan kata: “Adalah kami berada dalam majlis orang yang
bercakap-cakap dengan percakapan yang lain daripada kehendak Islam.”
Dan “Adalah
kami membohongi adanya hari kiamat.”
Orang
memberitahu tentang hari kiamat kami ragu. Bila mati baharulah sedar rupanya
hari kiamat benar-benar wujud.
“Sehingga
datang kepada kami perkara yang meyakinkan.” Perkara yang meyakinkan ialah bila
mati. Mati barulah sedar apa yang orang cerita atas dunia memang benar.
Bila mati
minta tolong orang yang hendak meninggikan Islam sembahyang jenazahnya.
“Dan tidak memberi manfaat kepada mereka oleh safaat orang-orang
yang memberi safaat.” Tuhan tidak izinkan memberi safaat sekiranya mereka
menolak tauhid dan menerima syirik kerana safaat mestilah mendapat keizinan
daripada Allah SWT.
Mereka yang Allah Ta’ala izinkan memberi safaat pada
hari kiamat kelak ialah nabi-nabi, malaikat, orang-orang mati syahid dan
ulamak-ulamak.
Ini
menandakan bahawa peristiwa hari kiamat satu peristiwa yang berkait dengan apa
yang kita lakukan atas dunia.
Jika membuat
baik maka baiklah dan jika membuat jahat akibatnya jahatlah.
KULIAH
TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment