“Dan
orang-orang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.”
Waktu
sahur ialah waktu diperkenankan doa.
Disebut dalam hadis kursi bahawa Allah Ta’ala turun ke
langit dunia setiap malam pada 1/3 akhir daripada malam.
Lalu Allah berfirman: “Sesiapa yang berdoa aku
perkenankan doanya, sesiapa yang beristighfar aku terima istighfarnya
(permohonan minta ampun)
Allah turun
yang layak dengan Allah Ta’ala. Dekat dan jauh serupa sahaja bagi Allah Ta’ala.
Ini termasuk dalam perkara mutashabihat.
Ulamak-ulamak
mengatakan rahmat Allah Ta’ala turun ke langit dunia.
Pukul 12 malam sudah masuk waktu sahur. Tetapi waktu yang paling
diperkenankan ialan 1/3 daripada malam yang akhir.
Disebut
dalam hadis nabi tanya sahabatnya masuk atau tidak lagi waktu sahur. Bila
sahabat berkata sudah masuk, nabi pun bangun bersembahyang dan berdoa sehingga
masuk waktu Subuh.
Diriwayatkan
juga ada sahabat nabi bila masuk waktu sahur
beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali kerana waktu itu waktu diperkenankan.
Apa lagi
Allah Ta’ala mengisytiharkan dalam ayat ini: “Orang yang beristighfar waktu
sahur”
Inilah
tabiat yang dilakukan oleh orang-orang salih zaman dahulu, bukan sahaja nabi
SAW bahkan para sahabatnya.
Mereka
adalah orang-orang yang sabar, orang-orang yang benar, orang-orang yang patuh
kepada Allah, orang-orang yang membelanjakan harta dan mereka adalah
orang-orang yang beristighfar.
Para sahabat
menjadi contoh terbaik. Ada kalangan sahabat seperti Saidina Abu Bakar
menunaikan semuanya. Sudah tentulah nabi SAW ada belaka padanya termasuklah
istighfar walaupun dipelihara oleh Allah daripada membuat dosa.
Disebut dalam hadis nabi SAW beristighfar 70 kali sehari
dan dalam hadis lain nabi SAW beristighfarf 100 kali sehari.
Nabi SAW
pula jika sakit berkali ganda lebih sakit daripada orang lain. Tetapi nabi
sabar dalam menghadapi kesakitan.
KULIAH
TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment