Ajaran atau fahaman ini telah dibawa masuk oleh penjajah ke dalam masyarakat Islam dengan mengambil kesempatan daripada penaklukan mereka ke atas negeri-negeri umat Islam dengan tujuan untuk mengikis aqidah Islamiah, syariat dan akhlaknya secara sedikit demi sedikit dengan menyebarkan fahaman-fahaman berikut:
Ajaran
sesat yang dikenali dengan al-ilmaniah atau sekularisma dibawa masuk ke dalam
negeri Islam oleh penjajah-penjajah asing seperti Inggeris, Peranchis, Belanda,
Portugis dan lain-lain.
Apabila
mereka berjaya menjatuhkan kerajaan Islam dan menakluk negeri-negeri umat Islam
mereka akan berusaha sedaya upaya untuk memurtadkan
umat Islam. Ajaran berkait dengan iman, syariat dan hukum akhlak akan
dikikis.
Perkara ini
disebut dalam al-Quran dalam banyak-banyak ayat. Antaranya firman Allah Ta’ala:
“Golongan
ahli kitab itu terlalu ingin untuk memurtadkan kamu daripada agama kamu, kerana
hasad dengki yang ada dalam hati-hati mereka setelah ternyata benarnya ajaran
Islam yang dibawa oleh nabi Muhamad SAW.”
Firman Allah
Ta’ala:
“Mereka itu
yakni orang-orang kafir sentiasa memerangi kamu terus
menerus sehinggalah kamu terpesong daripada agama kamu. Barangsiapa yang
menyeleweng daripada agamanya yakni agama Islam lalu dia mati dalam keadaan
kafir maka terhapuslan segala amalannya.”
Orang
mati dalam keadaan kafir, amal ibadatnya dihapuskan dan berada dalam neraka
selama-lamanya.
Usaha
memurtadkan orang Islam dilakukan dengan beberapa cara. Antaranya mereka
mengajak orang Islam masuk agama selain daripada agama Islam. Masuk apa sahaja agama asalkan tinggal agama Islam.
Perkara ini
dilakukan dengan mendirikan sekolah-sekolah yang
dinamakan Convent dan Methodist iaitulah sekolah-sekolah Inggeris di zaman
penjajah. Di Indonesia sekolah Belanda, di Algeria, Morocco, Tunisia dan
Syiria sekolah Peranchis.
Sekolah-sekolah
ini dijadikan tempat mendidik anak-anak orang Islam supaya menjadi Kristian.
Mereka yang lulus dari sekolah ini diberi jawatan yang tinggi di dalam
masyarakat.
Ajaran
di sekolah-sekolah Inggeris ini mengumpan orang-orang Islam supaya meninggalkan
Islam sedikit demi sedikit seperti meninggalkan tulisan jawi, meninggalkan
huruf Arab (huruf al-Quran) dan meninggalkan bahasa Arab di kalangan
orang-orang Arab dan macam-macam cara lagi.
Bagaimana
ajaran sekularisma mempengaruhi umat Islam:
1. Memisahkan Islam daripada politik dengan dakyah politik itu kotor sedangkan Islam itu bersih.
Mereka membawa ajaran mengatakan ‘politik
suku agama suku’, iaitu politik tidak ada
hubungan dengan agama.
Apa makna politik?
Politik dalam bahasa Latin atau bahasa Inggeris dan orang barat
menyebut politik dan menjadi bahasa Melayu. Bahasa Arab disebut dengan siasah.
Politik atau siasah maknanya
ialah MENTADBIR dan MEMERINTAH NEGERI.
Mengikut agama Islam politik adalah sebahagian daripada ajaran
Islam. Ini sabit dengan nas Quran dan nas hadis nabi SAW serta ijmak para
ulamak. Yang lebih besar ialah
ijmak para sahabat RA, bukan sembarangan ulamak
tetapi ulamak sahabat, dan ulamak-ulamak tabi’in mengatakan politik adalah
sebahagian daripada ajaran Islam.
Adapun dalil daripada al-Quranul Karim, antaranya firman Allah
Ta’ala:
“Dan ingatlah ketika tuhan berfirman kepada malaikat sesungguhnya
aku akan jadikan atas muka bumi ini khalifah.”
Antara khalifah itu ialah politik. Allah Ta’ala isytiharkan semenjak nabi Adam AH hendak dicipta.
Firman Allah Ta’ala:
“Sesungguhnya kami telah menurunkan kepada mu wahai Muhamad SAW akan
kitab al-Quran supaya engkau menghukum manusia dengan apa yang dinyatakan oleh
Allah dan janganlah engkau menjadi penolong kepada orang-orang yang khianat.”
Allah Ta’ala memerintah nabi SAW supaya menghukum manusia dengan
al-Quranul Karim. Diantara menghukum itu ialah
MEMERINTAH dan memerlukan PEMERINTAHAN.
Banyak ayat Quran yang tidak boleh diamalkan melainkan kena ada
politik (MENTADBIR & MEMERINTAH), kalau tidak ada pilitik tidak boleh
diamalkan ayat-ayat ini.
Ayat yang berkait dengan hukum jenayah; berkait dengan Qisas, Hudud,
jihad fi sabilillah dan berkait hubungan dengan orang-orang bukan Islam. Semua
perkara ini tidak boleh diamal kalau tidak ada politik.
Kita tidak boleh sembahyang
jika tidak ada wuduk. Maka mengambil wuduk untuk sembahyang adalah wajib. Jadi
kita tidak boleh melaksanakan hukum-hukum ini melainkan dengan politik. Maka
BERPOLITIK KERANA HENDAK MELAKSANAKAN HUKUM ALLAH ADALAH WAJIB.
Adapun sunah Rasulullah SAW ialah sunah ucapan dan sunah amalan.
Sunah kauliah dan sunah amaliah. Sunah kauliah ialah sabda Rasulullah SAW:
“Dan adalah kaum Bani Israil yang menjadi pemimpin siasah mereka
ialah nabi-nabi ASTS.” (Riwayat Bukhari)
Nabi kita Muhamad SAW telah berhijrah ke Madinah, mendirikan
kerajaan Islam dan mengadakan perjanjian dengan orang bukan Islam yang duduk di
Madinah. Ini adalah amalan-amalan politik yang WAJIB diamal oleh orang Islam
sehingga hari kiamat.
Adapun ijmak, sepakat para ulamak, yang paling besar sepakat ialah
ijmak para sahabat RA.
Apabila Rasulullah SAW wafat tiada ada siapa yang ganti Rasulullah SAW. Lalu para sahabat
bermesyuarat di Saifah Bani Saidah sehingga sebilangan besar daripada para
sahabat tidak hadir pada masa jenazah Rasulullah SAW dikebumikan.
Mereka bersembahyang sahaja dan lepas sembahyang terus pergi ke
Saifah Bani Saidah. Mereka bermesyuarat untuk memilih siapakah yang patut
menjadi ketua negara mengganti nabi SAW.
Kemudian mereka mencalonkan tiga orang. Kalangan ahlil bait
mencalonkan Ali bin Abi Talib RA. Golongan Ansar mencalonkan Saat bin Ubadah RA
dan kalangan muhajirin mencalonkan Abu Bakar RA.
Akhirnya mereka bersepakat memilih Abu Bakar
menjadi khalifah. Tidak ada seorang sahabat
pun yang ingkar dalam perkara ini. Ini adalah ijmak para sahabat kerana ia
adalah nas daripada Quran dan hadis nabi SAW.
Adapun ajaran mengatakan politik tidak ada kena mengena dengan agama
adalah ajaran yang masuk dalam agama Kristian yang termasuk dalam sekularisma. Sekularisma adalah ajaran
salah dan barangsiapa yang ikut ajaran salah ini dengan pengetahuannya maka
jadi MURTAD (keluar daripada agama Islam).
Nauzubillahi minzalik.
Kecuali mereka yang jahil dan dia kena belajar. Walaupun begitu
dia berdosa besar dalam perkara ini.
Bila politik ditinggalkan maka berlakulah kemungkaran yang besar.
Penjajah telah menyebarkan ajaran sekularisma di kalangan umat
Islam. Ini menjadi penyakit yang sangat merbahaya.
Daripada penyakit inilah orang Islam sanggup mengatakan hukum hudud
tidak boleh pakai, hukum Islam tidak sesuai, hukum Islam ketinggalan zaman dan
sebagainya.
Ini adalah berpunca daripada pemisahan agama dari politik.
Apabila kerajaan Uthmaniah jatuh, timbul Kamal Artartuk membawa
ajaran ini maka Syeikh Mustafa Sabri, Saikul Islam kerajaan Uthmaniah menulis
di dalam kitabnya ‘Pendirian Akal Para Ulamak’ menyatakan bahawa
MEMISAHKAN POLITIK DARIPADA AGAMA ISLAM ADALAH JALAN YANG PALING
DEKAT UNTUK MENJADI MURTAD.
Mula-mula berdosa dan akhirnya menjadi murtad kerana hanyut dan
menafikan hukum-hukum yang ada dalam Quran; hukum pencuri dipotong tangan, hukum orang murtad dan hukum
peminum arak dikenakan hukuman hudud dan macam-macam hukum lagi.
Mula-mula tidak diamalkan
kemudian bercakap hukum Islam tidak sesuai maka samalah dengan kita kata
sembahyang tidak sesuai dan haji tidak sesuai. Itu adalah nas Quran yang tidak
boleh dinafikan sekali-kali.
Ini semua adalah penyakit yang dibawa oleh penjajah dan orang
Kristian menulis dalam kitab Injil Mata mengatakan bahawa apa yang berhubung
dengan Allah itu hak Allah, apa yang berhubung dengan pemerintah itu hak
pemerintah.
Pemerintahan adalah hak
manusia tetapi agama adalah hak Allah Ta’ala. Allah Ta’ala tidak boleh campur
dalam urusan pemerintahan.
Inilah makna memisahkan politik daripada agama. Ini adalah ‘sesat’
yang dibawa oleh sekularisma.
2.
Menghalang perlaksanaan hukum-hukum syariat, undang-undang dan cara hidup Islam
sepenuhnya dengan menyatakan ianya tidak perlu dan tidak sesuai di zaman
sekarang. Cukuplah dengan urusan ibadat dan menjaga diri masing-masing.
Timbul
fahaman yang menyatakan hukum syariat tidak perlu lagi diamalkan sekarang.
Cukup dengan sembahyang, puasa dan haji. Lain-lain tidak perlu diamalkan
sedangkan semua hukum disebut dalam al-Quran.
Hukum
berkait dengan jenayah disebut dalam surah al-Maidah: “Wahai orang-orang
beriman tunaikanlah akan akad-akad kamu.”
Apa dia
akad-akad?
Biasa kita
tahu akad nikah dan akad jual beli. Kita tidak tahu itu ialah ASYHADU ALLA ILAHA ILLALLAH WAASYDU
ANNA MUHAMMADAN RASULULLAH. Itu adalah akad kita dengan Allah Ta’ala. Dimulakan
dengan akad dua kalimah syahadah. Jadi tidak boleh bermain-main dalam perkara
ini.
Bila dibaca
lagi bertemu dengan ayat:
“Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah dipotong
tangan keduanya, hukuman cegahan daripada Allah.”
Baca lagi dan bertemu dengan ayat yang berkait dengan
hukum merompak dan menyamun dan banyak lagi ayat-ayat lain berkait dengan
hukum-hakam.
Surah al-Maidah ini dimulakan dengan janji kita dengan
Allah Ta’ala untuk menunaikan akad-akad termasuk dua kalimah syahadat.
Suratul Nur ada ayat berkait dengan hudud, berkait
dengan aurat, berkait dengan hubungan sesama manusia.
Permulaan suratul Nur: “Surah yang Kami telah turunkan
dan Kami telah fardukan.”
Surah yang
Kami turunkan dan Kami fardukan dan kalau dibaca surah ini bertemu dengan
ayat-ayat berkait dengan pemerintahan. Bermakna memerlukan politik. Jika tidak
ada politik tidak boleh dilaksanakan ayat-ayat ini.
Bagaimana
ada cakap-cakap mengatakan politik kotor.
Politik
orang kafir kotor. Politik Allah Ta’ala tidak kotor dan wajib orang Islam
beramal dengannya. Tetapi ajaran sekularisma yang dibawa oleh penjajah membuang
perkara-perkara ini.
Mereka
menyuruh kita tinggalkan hukum-hukum Islam, suruh tinggal undang-undang Islam,
kemudian menyuruh tinggal peraturan-peraturan Islam. Cukup dengan menjaga diri
masing-masing dan tidak perlu kisah bab pemerintahan. Ini adalah ajaran yang
diajar oleh penjajah.
Orang
Palastin semenjak tahun empat puluhan sampai sekarang tidak berhenti berperang
menjaga tanah air mereka. Masing-masing orang Kasymir, orang Afgan dan orang
Sumalia tidak berhenti berjuang mempertahankan tanah air mereka.
Jika kita
tidak berjuang mempertahankan tanah air akhirnya hilang maruah. Tidak ada
maruah kita di hadapan Allah Ta’ala pada hari kiamat kalau kita tidak menjalankan
maruah sebagai orang Islam yang diwajibkan oleh Allah dengan hukum-hukum jihad
dan hukum-hukum lain.
Mengapa
tidak berjuang?
Kerana
dipengaruhi penyakit ‘politik suku agam suku’ yang dibawa oleh penjajah.
3.
Melimparkan tuduhan dan fitnah terhadap Islam untuk mengeliru dan
menakut-nakutkan orang kepada Islam.
Menyebarkan
fitnah terhadap ajaran Islam. Islam ganas. Bila sebut Islam, ganas selalu.
Kalau memakai kopiah ganas selalu. Jika menutup aurat ganas selalu. Berpakaian
tidak senonoh tidak mengapa. Membuat maksiat dan percampuran bebas seperti
binatang pun tidak mengapa.
Jika
rajin ulang alik ke masjid, rajin belajar agama, rajin usrah akan diawas oleh
golongan tertentu. Membuat maksiat tidak mengapa. Ini adalah fitnah terhadap
Islam dan inilah yang disebar oleh penjajah.
4.
Menggalakkan cara-cara hidup yang bercanggah dengan Islam seperti mendedahkan aurat, hidup bebas dan melakukan upacara-upacara
yang bercanggah dengan kepentingan akhlak.
Membuat
perkara-perkara yang bercanggah dengan Islam seperti mendedahkan aurat. Aurat
ditutup masa sembahyang sahaja. Di luar sembahyang tidak menutup aurat.
Makna
menutup aurat perlu difaham beberapa perkara:
1. Menutup
anggota yang diwajibkan bagi orang lelaki dan orang perempuan.
2.
Jangan memakai pakaian yang menjolok mata bagi orang perempuan. Tidak boleh
memakai pakaian ketat yang menampakkan lembaga tubuh kerana hukumnya haram.
Sabda nabi
SAW:
“Dua
jenis ahli neraka yang aku tidak sempat tengak yang ada di akhir zaman. Pertama
golongan manusia yang melakukan kezaliman yang memukul orang laksana ekor
lembu, iaitulah golongan yang berkuasa.
Kedua
orang perempuan memakai pakaian macam terlanjang atau memakai perhiasan yang
menggoda orang kepada hawa nafsu, mereka menghiaskan rambut mereka laksana
gah-gah unta mereka tidak dapat mencium bau syurga pada hari kiamat kelak,
sesungguhnya bau syurga itu jarak bertahun-tahun perjalanan.”
Golongan
perempuan semacam ini ahli nereka kata nabi.
Hidup
bebas lelaki dengan perempuan. Di Mesir ada fatwa untuk orang lelaki
bercampur gaul dengan orang perempuan. Untuk menghalalkannya boleh hisab buah
dada wanita supaya menjadi adik beradik sesusu.
Seorang alim
yang memberi fatwa dan berita itu disiarkan dalam akhbar Mesir. Dia telah
dipanggil oleh universiti al-Azhar dan telah dipecat dan dibatalkan
kedudukannya sebagai berijazah Azhar kerana memberi fatwa yang sangat jahat.
Melakukan
upacara bercanggah dengan akhlak Islam. Membuat jamuan duduk selang seli dengan
suami isteri kerana hendak berkenal-kenalan antara satu sama lain sedangkan
ianya diharam oleh syarak,
5. Menyalah
tafsirkan Islam, menyifatkannya dengan perkara-perkara yang tidak baik dan menganggap gerakan yang merosakkan Islam seperti dilakukan
oleh Kamal Artatuk di Turki dan lain-lain sebagai pembaharuan dan pembawa
kebaikan.
Orang
yang benar-benar membawa Islam, berdakwah, mengajar, tazkirah dan berkhutbah
Jumaat dianggap boleh merosakkan orang. Sebaliknya orang yang merosakkan Islam
dianggap membawa pembaharuan seperti Kamal Artatuk dan lain-lain.
Khutbah
mesti dikawal, mesti sebut mengenai pembangunan dan tidak boleh menyebut kisah
akhirat banyak-banyak. Bab dunia jika tidak sebut orang akan kejar juga kerana
sudah menjadi tabiat manusia mengejar dunia.
Bab
dunia jika tidak diberitahu pun orang akan faham tetapi bab akhirat orang tidak
faham jika tidak diberitahu.
6. Menghidupkan
semula kesan-kesan sejarah jahiliah dan cara-caranya dengan berusaha supaya
tidak dilupakan sejarah itu.
Di
Mesir dihidupkan kesan-kesan Firaun. Kubur Firaun dibongkar semula dan mayatnya
diletak dalam muzium. Sesetengah orang Mesir bangga dengan kemajuan yang
dicapai kerana berjaya mengawit mayat sehingga hari ini.
Ada pula
yang berbangga kerana orang Mesir mempunyai tamadun awal dan kitalah anak cucu
Firaun.
Begitulah
juga di India, di Turki, di Iran dan juga di tempat kita. Dihidupkan semula kesan-kesan
sejarah walaupun sejarah jahiliah.
Sejarah
Islam dilupakan kemudian dihidupkan cara-cara yang bukan Islam.Wayang kulit
yang memuja hantu syaitan dihidupkan dan hiburan-hiburan di zaman jahiliah
dihidupkan semula.
7.
Menyalurkan fahaman sekularisma melalui pendidikan dan penyebaran am.
8.
Menyebarkan ideologi-ideologi yang bukan Islam dalam masyarakat Islam. Disebarkan ideologi kapitalisma, sosialisma, nasionalisma,
pragmatisma dan sebagainya kepada orang Islam supaya orang Islam berpegang
kepada ideology ini.
Orang
Islam terpengaruh dengan dakyah ini kerana mereka merasakan perkara ini tidak
kena mengena dengan agama islam.
Inilah cara
mereka merosakkan umat Islam.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment