Wednesday, November 23, 2016

WAWASAN ISLAM



Wawasan Islam yang diajar oleh Islam ialah dari dunia hingga akhirat.

Apa yang menjadi masalah banyak kalangan kita tidak faham kerana penentangan terhadap Islam berubah-berubah.

Zaman nabi Nuh penentangnya golongan al-malak. Zaman nabi Ibarhim ialah Namruk. Zaman nabi Musa bukan Namruk tetapi Firaun. Zaman nabi Muhamad SAW tiada lagi Namruk dan Firaun walaupun kisah mereka disebut dalam Quran. Yang ada pada zaman nabi Muhamad ialah Abu Jahal, Farsi dan Rome.

Zaman kita ini Abu Jahal, Farsi dan Rome sudah tidak ada. Siapa yang melawan Islam. Kita terpaksa berdepan dengan fahaman-fahaman atau ideologi-ideologi atau teori-teori sama ada yang berlandaskan kebendaan atau pun kebangsaan. Semua ini ditentang oleh nabi kita Muhamad SAW.

Kebendaan atau kebangsaan menjadi asas. Menjadi satu hikmat yang besar nabi SAW meninggal Mekah, tanah air sendiri. Mengapa pula meninggal tanah air. Ini menandakan perjuangan bukan berdasarkan kepada tanah air semata-mata tetapi mesti diasaskan kepada Islam.

Nabi berhijrah ke Madinah menubuh kerajaan Islam. Kemudian membuka Mekah, negerinya sendiri dan memerdekakan Mekah bukan daripada penjajah Inggeris, China, India, Peranchis atau Rusia tetapi daripada penjajah Arab. Penjajah Arab yang memerintah Mekah dengan ajaran jahiliah.

Jangan kita fikir penjajah hanya orang putih, orang Melayu bukan penjajah. Kalau orang Arab penjajah yang nabi lawan takkan Melayu lebih baik daripada Arab.

Kita merayakan kemerdekaan setiap tahun. Kemerdekaan itu daripada penjajah Inggeris dan ajaran-ajaran asing, ajaran yang bukan Islam. Inggeris sudah balik tetapi undang-undangnya, budayanya, judi, arak dan lain-lain masih ada. Ini bermakna kita belum merdeka lagi dari segi Islam.

Ramai orang tidak faham perkara ini kerana dikelirukan oleh fahaman kebangsaan. Kita mesti merdeka diri kita dengan Islam. Selagi Islam tidak ditegakkan maka kita tidak merdeka.

KULIAH TAFSIR


No comments:

Post a Comment