Monday, November 28, 2016

BUKAN MUDAH MASUK SYURGA



Orang Islam diuji dengan teruk dalam peperangan Uhud. Tubuh badan dan hati mereka sakit lalu Allah Ta’ala berfirman:

“Adakah kamu menyangka kamu dapat masuk syurga dengan percuma (dengan mudah) begitu sahaja?

Padahal belum lagi nyata kepada Allah kiranya orang-orang yang berjihad dan berjuang bersungguh bagi menegakkan agama Allah SWT

dengan harta benda mereka, dengan jiwa raga mereka, dengan nyawa dan segala nikmat yang diberi oleh Allah sedia dikorbankan untuk berjihad bersungguh-sungguh bagi memenangkan agama Allah di kalangan kamu, dan nyata dalam ilmu Allah orang yang benar-benar sabar.”
  
Allah Ta’ala menguji kamu dalam peperangan Uhud untuk menyatakan benarnya dalam ilmu Allah dan terdedah kepada Allah dan juga kepada kamu orang yang benar-benar beriman, menang atau kalah tetap beriman.

Bukannya beriman hanya pada masa menang dan masa kalah terus lari. Ini bukan orang beriman yang sebenar.

Orang beriman yang sebenar ialah orang yang sanggup bersama dengan agama Allah di masa senang di masa susah, di masa menang di masa kalah, di masa timbul di masa tenggelam, di masa di atas dan di masa ditindas atau di bawah. Mereka tetap bersama agama Allah SWT.

Allah Ta’ala jadikan kehidupan dunia ini tempat ujian. Alam akhirat ialah alam penentuan yang sebenar sama ada syurga selama-lama atau neraka selama-lamanya.

KULIAH TAFSIR YT



No comments:

Post a Comment