“Dan
orang-orang yang beriman itu Kami gabungkan mereka bersama dengan zuriatnya.”
Anak-anak
cucu dan cicik mereka yang beriman digabungkan dengan mereka. Para ibu-bapa
digabungkan dengan anak-anak mereka yang soleh sehingga mereka menikmati darjat
yang tinggi dalam syurga.
Para ulamak
mengatakan ada di kalangan zuriat murtabatnya rendah kerana kurang ibadat
diangkat murtabat bersama dengan ibu bapanya yang tinggi darjat.
Ibu bapa
yang rendah darjat disamakan dengan anaknya dan cucunya yang lebih tinggi
darjatnya di dalam syurga.
Dengan ini
mereka bertemu antara satu sama lain.
“Dan
tidaklah Kami kurangkan amalan mereka sedikit pun.”
Walaupun
digabungkan nikmat mereka tidak dikurangkan. Mereka boleh bertemu antara satu
sama lain dengan syarat mereka beriman.
Ayah nabi
Ibrahim tidak boleh bertemu dengan nabi Ibrahim dalam syurga kerana ayahnya
tidak beriman.
Abu Lahab,
bapa saudara nabi SAW tidak diketemukan dengan nabi SAW kerana Abu Lahab tidak
beriman.
Adapun
anak-anak dan ibu bapa yang beriman akan digabungkan diantara satu sama lain.
Para ulamak
membincangkan tentang anak-anak orang kafir. Mengikut kaum yang asaf anak-anak
orang kafir dimasukkan ke dalam syurga.
Satu
riwayatkan mengatakan mereka diuji terlebih dahulu. Bila berjaya ujian
baharulah dimasukkan ked dalam syurga kerana mereka tidak berdosa.
KULIAH
TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment