Doanya:
ASTAUDIUKALLAH ALLAZI LA TADI’U
WADA I’UHU (I’UH)
(Aku letakkan kamu dalam pemeliharaan Allah
dan tidak akan hilang apa juga yang berada dalam pemeliharaannya)
Satu kisah yang sangat menakjubkan berlaku
zaman Saidina Umar. Ramai orang datang mengadap Saidina Umar, salah seorang
menjulang anaknya yang masih kecil mengadap Saidina Umar, lalu Saidina Umar memegang
budak itu.
Bapanya memberitahu budak ini aku ambil dari
dalam kubur, emaknya meninggal tetapi anak selamat kerana aku silap, isteri aku
mengandung aku hendak tinggal rumah kerana ada tugas, aku silap berdoa “Aku
tinggalkan apa yang ada dalam perut isteriku dalam jagaan Allah SWT.”
Jadi dia minta doa Allah jaga yang dalam
perut itu. Masa dia tidak ada di rumah isterinya meninggal dan dikebumikan
bersama anak dalam perut. Siang hari dikebumikan isterinya dan malam itu dia
balik ke rumahnya.
Orang memberitahu isterinya sudah
meninggal dan dia pun terus pergi ke kubur. Sampai dikubur didapati kubur
isterinya terbuka dan dihulurkan anak dari dalam kubur itu. Inilah yang engkau
minta Allah jaga anak kamu. Jadi Allah jaga anak itu. Kamu tidak minta Allah
jagakan isteri kamu maka isteri meninggal.
Bagaimana boleh berlaku emak
meninggal, anak dalam perut tidak meninggal, bagaimana boleh berlaku kubur
terbuka dan dihulur anaknya.
Itu adalah kerja Allah SWT.
Apa yang penting ialah doa. Jangan berdoa
dengan “Aku tinggalkan sebagai amanah kepada Allah apa yang di dalam kandungan
isteriku.” Kepada isterinya dia tidak berdoa dan mati.
Itu adalah kisah benar yang berlaku zaman
Saidina Umar.
Jadi bila hendak tinggalkan rumah,
harta bacalah doa ASTAUDIUKALLAH ALLAZI LA TADI’U WADA I’UHU (I’UH) sambil
memegang rumah atau harta itu. Sekiranya kita yakin kepada Allah sebagai
pemegang amanah in sya Allah selamat.
Diriwayatkan semua sahabat yang hendak
musafir nabi iringi mereka dengan doa ASTAUDIUKALLAH ALLAZI LA TADI’U WADA
I’UHU (I’UH)
Apa yang penting doa
ASTAUDIUKALLAH ALLAZI LA TADI’U WADA I’UHU (I’UH). Bila hendak tinggalkan
kereta atau motor selepas kunci elok-elok pegang kereta atau motor dan baca doa
itu.
Harta termasuk kebun, kedai, bila
tutup kedai baca doa itu, pejabat dan sebagainya. Termasuk juga anak isteri dan
kawan-kawan. Jadikan doa itu amalan in sya Allah, Allah pelihara.
Sekarang ini harta benda dan anak isteri
sudah tidak begitu aman kerana orang lupa kepada Allah SWT. Oleh itu elok
benarlah doa itu dijadikan amalan.
KULIAH YT
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete