Sunday, November 20, 2016

CLEANSING (PENYUCIAN)



Bagaimana pembersihan dividen Wang KWSP ?

KWSP telah mengeluarkan kenyataan rasmi dalam surat khabar. 30% sahaja daripada pelaburan dilabur di tempat-tempat yang patuh syariat. Bermakna 70% lagi adalah tidak halal.

Kita tidak ada pilihan maka tidak berdosa letak duit adalam KWSP sebab regulation. Duit yang kita carum melalui gaji dan sumbangan majikan kita adalah kedua-duanya halal. Bererti duit pokok (potongan gaji dan caruman majikan) adalah halal.

Apa yang menjadi masalah ialah duit itu digabungkan dan dilaburkan di tempat-tempat tidak halal dan setiap tahun ada dividen.

Menurut statik semenjak tahun 1952 dividen KWSP, secara purata sampai tahun 2013 adalah 6.25% setiap tahun. Macam mana hendak membuat penyucian.

Katakanlah jumlah terkumpul masa pencen RM100,000.00. Kita pun kira 6.25% daripada RM100,000.00. Bukan begitu caranya. 6.25% akan menjadi pokok semula dan bertambah-tambah tahun demi tahun (compounding)

Bila dikaji melalui penyata tahunan KWSP didapati duit dividen sahaja 35% atau RM35,000.00. Daripada RM35,000.00 70% adalah haram.

Pengiraan:

Wang pokok -    RM100,000.00
Dividen -              35%
                                = RM35,000.00
Penyucian -         70%
                                = RM24,500.00

Jadi RM24,500.00 adalah wang haram kerana tidak patuh syariat.

Jika wang KWSP RM1 juta, dividen RM350,000.00 dan wang haram berjumlah RM245,000.00


Mengapa 70% sahaja haram?

Kerana bukan semua tempat-tempat yang dilabur oleh KWSP itu tidak patuh syariat.

Bagaimana pula dengan zakat?

Zakat 2.5% mesti dibayar jika KWSP tidak bayar zakat.

Bukan sahaja wang KWSP perlu disucikan tetapi semua urus niaga yang melibatkan riba wajib dibersihkan kerana riba tergolong di dalam tujuh dosa-dosa besar.

Orang makan riba dibangkit daripada kubur pada hari kiamat dalam keadaan huyun-hayan dan dalam hadis israk dan mikraj kita diberitahu mereka yang makan riba berenang dalam sungai darah dan dilontar batu ke dalam mulutnya.

Wang haram tidak berkat dan diberi makan atau pakai kepada anak isteri menjadi umpan api neraka.

Selepas dibersihkan baharulah bertaubat dengan taubat nasyuha.

Ke mana wang tidak patuh syariat itu hendak dikeluarkan?

Mengikut nas, duit itu dikeluarkan untuk membena projek awam seperti tandas dan jihad fi sabilillah.

Bagaimana pula wang haram boleh dipindah kepada orang lain.

Duit bukan seperti najis. Duit ialah haram maknawi (haram atas kita sahaja kerana dapat dengan cara tidak halal) bukan haram hissi (physically seperti arak).

Cara dapat duit (maknawi) haram atas kita dan bila dipindah kepada orang yang berhak dia menjadi halal balik (neutral)

Jadi wang itu halal kepada yang berhak.


KULIAH YT


No comments:

Post a Comment