Sunday, November 20, 2016

SUMPAH, TAKLID DAN BAI’AH



Bai’ah ialah akad jual beli, janji setia dengan Allah Ta’ala. Dalam bai’ah tidak ada tolak ansur dengan Allah Ta’ala.

Adapun sumpah dan taklid adalah tambahan. Sumpah asalnya berasingan. Taklid juga berasingan asalnya.

Bagi menguatkan bai’ah, ulamak-ulamak mengizinkan bai’ah dicampur dengan sumpah dan taklid.

Adapun hukum yang pernah dicakap oleh beberapa orang itu adalah hukum taklid dan hukum sumpah sahaja.

Hukum bai’ah tiada kaffarah. Bila nazar atau pun sumpah dan taklid dicampur dengan bai’ah maka menjadi terangkum dengan bai’ah. Oleh itu tiada kaffarah lagi. Ini yang perlu kita faham.

Ada ulamak-ulamak fekah yang membahas khilaf ulamak tentang taklid.

Mengikut jumhul ulamak mazhab empat bahawa yang bertaklid hendak mencerai isteri jika membuat begian-begian maka jatuh talaq.

Ada ulamak antaranya Mahmud Shaltut, Syaikul Azhar, Shiekh Qardawi dalam Fatawanya, Syed Sabit dalam Fikrul Sunnah dan beberapa ulamak dalam mazhab Hambali seperti Ibni Tarmiyah dan Ibni Qayim mengatakan bahawa taklid ini tidak jatuh talaq kerana sebagai satu amaran sahaja. Ini kaul dalam masalah taklid sahaja, tidak berkait dengan bai’ah.

Bila sumpah dan taklid dicampur dengan bai’ah bererti berjanji dengan Allah bukan dengan isteri, bukan dengan manusia.

Jadi perkara ini tidak boleh dibuat main-main.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment