Sunday, November 20, 2016

AGAMA MUDAH



Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda: 

"Sesungguhnya agama adalah mudah. Tiada seorang pun yang berlebih-lebihan dalam agama melainkan ia di kalahkan. Perbetulkanlah, dekatkanlah dan bergembiralah. Bantu lah diri kamu sendiri dengan beramal pada waktu selepas subuh, selepas gelincir matahari dan sebahagian malam." (Riwayat al-Bukhari)

'Berlebih-lebihan' orang yg memberat-beratkan diri pada amalan agama dan bersikap keras, ia akan lemah dan menghentikan amalan nya.

'Perbetulkanlah' melakukan dengan cara yang betul tanpa memberat-beratkan dan mencuaikan. Bersederhana dalam amalan.

'Dekatkanlah' sekiranya tidak terdaya beramal dengan cara yang paling sempurna maka lakukan sekadar menghampirinya.

'Bergembiralah' bergembira dengan ganjaran daripada amalan yang berterusan walaupun sedikit sahaja yang dilakukan.

No comments:

Post a Comment