Selepas Malaikat Israfil meniup
sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh
makhluk mati kecuali Izrail dan beberapa malaikat yang lain. Selepas itu,
Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐Selepas semua makhluk mati,
Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?"
Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya
"Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan
kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup,
tidak mati.
✐Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil
a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh
makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang
Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐Sekelian manusia hidup melalui
benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka.
Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina.
Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan
bimbang tentang nasib dan masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐Lalu datanglah api yang
berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan
binatang ke tempat perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan
kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak
dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap
manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐Setelah semua makhluk
dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam
kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐Tiba-tiba langit yang tebal
pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah
malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut
melihat saiz malaikat yang besar dan
suaranya yang menakutkan.
✐Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan
seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari
naik di bumi seperti keadaannya naik di hari Kiamat nescaya seluruh bumi
terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai
kepanasan dan bermandikan peluh sehingga
peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada
amalan masing-masing. Keadaan mereka
berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐Terdapat satu telaga kepunyaan
Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi
air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan
dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika
diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat
tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari
kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia
mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐Semua makhluk berada bawah
cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy.
Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐Oleh kerana tersangat lama
menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan
mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun
pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal
kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan
Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim
a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi
Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa
Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu
nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐Lalu berdoalah baginda Nabi
Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐Selepas itu, terdengar bunyi
pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka
sangka azab akan turun. Lalu terbelah
langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar
(besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara
yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐'Arasy ialah jisim nurani yang
amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang
sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik
yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang
menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐Kursi iaitu jisim nurani yang
terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz
kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang. Dalam bahasa mudah
ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐Seluruh makhluk pun
menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan
timbangan amal. Ketika itu
berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke
leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil
untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah /Raqib
& 'Atid / Kiraman Katibin.
✐Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-
masing.
Orang kafir dan munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap
pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan
amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama
kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐Apabila tiba giliran seseorang
hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan,
lalu pemiliknya
mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika
orang bukan mukmin.
✐Semua makhluk akan dihisab
amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai
satu tiang yang mempunyai lidah dan dua
daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang
dosa.
✐Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW.
✐Perkara pertama yang diminta
ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang
bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐Ketika dihisab, mulut manusia akan
dikunci tangan
akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah
tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
✐Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai
untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah
seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐Syafaat Nabi Muhammad SAW di
akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan
mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐Para nabi dan rasul serta
golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada
para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70
000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju
syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang
terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut
yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia
akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐Fudhail bin Iyadh berkata
perjalanan di Sirat memakan masa 15000
tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Dan berkata setengah ulama perjalanan
memakan masa 3 ribu tahun.1000 tahun menaik,1000 tahun menurun dan 1000'tahun
mendatar.( ,khilaf para ulama) Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat,
seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat
melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka
jatuh ke dalamnya.
✐Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap
makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja
yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin
karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura
2004.
No comments:
Post a Comment