Sunday, November 20, 2016

KONSEP SALAM



Mengikut hadis seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu bertanya apakah dalam Islam perkara yang paling baik.
 
Rasulullah s.a.w. menjawab: “Dalam Islam ada dua benda yang baik. Menjamu orang makan sama ada di rumah atau di luar, dan ucaplah salam sama ada kepada orang yang kamu kenal atau tidak kenal.”

Apa itu salam?

Salam digunakan dengan satu perkataan ATTAHIYYAH, satu ucapan penghormatan yang sering disebut ASSALAMU ALAIKUM atau ASSALAMU ALAIKUM WARAH MATULLAH atau pun ASSALAMU ALAIKUM WARAH MATULLAHI WABARAKATUH. 

Bila kita memberi salam bererti kita mendoa kesejahteraan kepada seseorang itu seperti sebagaimana yang kita hendak kita sejahtera. 

Itulah konsep salam yang dikehendaki oleh Allah s.w.t.

Bila sebut ucapan salam ASSALAMU ALAIKUM WARAH MATULLAHI WABARAKATUH, istimewanya ucapan ini kerana ia dikhususkan kepada orang-orang beragama Islam sahaja

Ungkapan salam ini merupakan ungkapan yang akan kekal dunia dan akhirat. Di dunia kita mengucap salam dan orang menjawab salam. 

Dalam solat, semasa tahiyyat kita sebut ASSALAMU’ALA. Nabi memberi salam kepada Allah SWT dan Allah SWT menjawab salam nabi. Ini menunjukkan Allah dan rasul-Nya saling memberi salam. Di akhir solat pun kita sebut ASSALAMU ALAIKUM WARAH MATULLAH. 

Bila melawat kubur disunatkan menyebut ASSALAMU ALAIKUM wahai ahlil kubur.

Sebelum memulakan khutabah Jumaat imam menyebut ASSALAMU ALAIKUM WARAH MATULLAHI WABARAKATUH.

Ucapan yang sama diucap dalam syurga. Penghuni syurga bertemu sahaja ASSALAMU ALAIKUM WARAH MATULLAH. Ertinya dalam syurga hanya ucapan-ucapan yang melambangkan kesejahteraan. 

Tidak ada ucapan yang keji dalam syurga. Tidak ada ucapan buruk dan tidak ada fitnah orang dalam syurga. Yang ada ialah orang ini bagi salam orang itu jawab salam. 

Inilah dikatakan keistimewaan ucapan salam, ASSALAMU ALAIKUM WARAH MATULLAHI WABARAKATUH.

Dari segi hukum memberi salam adalah sunat dan menjawab salam adalah wajib. Dalam konsep hukum tidak satu pun hukum sunat lebih baik daripada yang wajib melainkan ucapan salam. 

Ucapan salam satu-satunya perbuatan yang memberi salam itu sunat menjawab salam wajib, tetapi yang memberi lebih baik daripada yang menjawab walaupun yang memberi salam itu sunat. 

Al-Quran ada memberitahu kita: “Apabila kamu diberi satu ucapan ASSALAMU ALAIKUM WARAH MATULLAH maka jawablah ucapan itu dengan cara yang lebih baik atau memadai sekadar kamu jawab sahaja.”

Jadi bila orang memberi salam kita kena jawab. 

Kiranya orang yang memberi salam itu orang bukan Islam memadailah kita menjawab WA’ALAIKUM saja

Nabi s.a.w. menyebut janganlah kamu memulakan salam kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani kerana ucapan salam hanya untuk sesama Islam sahaja.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment