Friday, November 18, 2016

PUASA SEMBILAN DAN SEPULUH MUHARAM.



Maksud hadis muttafakun alaih:

“Dari ibni Abas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w berpuasa pada hari Asyura’ (sepuluh Muharam) kerana hari ini merupakan hari yang bersejarah kepada umat Islam. Pada hari ini nabi Nuh a.s. diselamatkan daripada taufan yang besar dan nabi Musa diselamatkan daripada kezaliman Firaun.

Pada hari ini juga cucu nabi s.a.w. syahid di Karbala dan pada hari ini juga berbagai-bagai peristiwa berlaku dalam sejarah Islam. Sama ada hari gembira atau hari sedih. Maka nabi berpuasa hari ke sepuluh Muharam. Jadi kita disunatkan berpuasa pada hari ini kerana menjadi amalan nabi s.a.w.

Nabi tengak orang Yahudi di Madinah juga berpuasa pada hari ini. Nabi tanya Yahudi kenapa mereka berpuasa.

Orang Yahudi kata pada hari ini Allah menenggelamkan Firaun dan memberi kemenangan kepada Musa a.s.  Lalu nabi berkata: “Kami lebih berhak daripada Yahudi untuk berpuasa tentangnya.” Kitalah yang sebenar ikut syariat nabi Musa yang ada dalam Taurah semuanya.

Orang Yahudi beriman dengan sebahagian dan kufur dengan sebahagian yang lain.

Sabda Rasulullah s.a.w

“Dari Abi Khatadah bahawa Rasulullah s.a.w ditanya berkenaan dengan puasa pada hari kesepuluh bulan Muharam maka sabdanya dia MENGHAPUSKAN DOSA TAHUN YANG LALU.” Hadis riwayat Muslim.

Sabda Rasulullah s.a.w

“Dari Ibni Abas r.a. katanya sabda Rasulullah s.a.w sekiranya aku dipanjangkan umur sehingga tahun hadapan nescaya aku puasa pada hari yang kesembilan bulan Muharam.” Hadis riwayat Muslim.

Hadis ini menyatakan nabi berazam berpuasa pada hari kesembilan bulan Muharam. Walaupun nabi tidak sempat berpuasa disunatkan kepada umatnya berpuasa kerana ini adalah arahan dengan kata-kata atau dengan sabda.

Tujuan ditambah berpuasa pada sembilan Muharam ini ialah untuk membezakan kita dengan orang Yahudi yang berpuasa hanya pada hari kesepuluh.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment