Saturday, November 19, 2016

PUASA ENAM HARI BULAN SYAWAL

Sabda Rasulullah s.a.w

“Dari Abi Ayub r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda sesiapa berpuasa Ramadan kemudian dia mengikutinya dengan enam hari daripada Syawal adalah ia seperti puasa sepanjang tahun.” Hadis riwayat Muslim.

Ulamak menghuraikan kerana hadis yang lain bermaksud: “Barangsiapa yang membuat satu amal kebajikan digandakan dengan sepuluh kali ganda.”

Bila berpuasa bulan Ramadan diganda dengan sepuluh maka puasa sebulan Ramadan menyamai sepuluh bulan. Kemudian puasa enam hari bulan Syawal, enam diganda dengan sepuluh menjadi enam puluh yang bersamaan dengan dua bulan. Jadi jumlahnya dua belas bulan dan cukup setahun.

Ini bermakna puasa bulan Ramadan dan diikuti dengan enam hari bulan Syawal diberi kelebihan berpuasa sepanjang tahun.

Bagaimana maksud enam hari puasa bulan Syawal?

Lepas hari raya iaitu dua Syawal terus berpuasa enam hari berturut-turut. Itulah yang lebih afdal. Boleh juga dibuat dengan cara selang seli. Apa yang penting ialah kita berpuasa enam hari dalam bulan Syawal.

Para ulamak membolehkan mereka yang ada puasa qodar dipuasakan pada hari-hari puasa sunat untuk mengganti puasa qodar dan sekali gus mendapat kelebihan puasa sunat. Jika dia pilih membuat asing-asing tidak menjadi masalah. Memasukkan puasa wajib dalam puasa sunat juga dibolehkan.

Ini dibandingkan dengan sembahyang Tahiyatul Masjid. Sebelum duduk terus sembahyang fardu boleh juga fadilat sembahyang Tahiyatul Masjid.

Tetapi sebaik-baiknya sembahyang sunat dahulu baharulah sembahyang fardu kecuali kita masuk masjid orang sudah sembahyang berjamaah, kita terus sembahyang berjamaah dan boleh juga fadilat sembahyang Tahiyatul Masjid.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment